Laman Web DoctorOnCall Bantu Rakyat Malaysia Cek Jangkitan COVID-19


Laman Web DoctorOnCall Bantu Rakyat Malaysia Cek Jangkitan COVID-19. Assalamualaikum semua! Rasa macam sayu je hati ni bila melihat berita tentang kes-kes COVID-19 di Malaysia yang semakin meningkat dan kadar kematian sudah mencapai ke 8 orang. Ini bukanlah masanya untuk menyalahkan sesiapa atau mengetahui punca. Sekarang adalah masa kita jaga diri, orang sekeliling dan duduk rumah. Memang bukan mudah untuk #Stayathome dan #Workfromhome. Tapi ini adalah sebaiknya. Melihat pesakit yang sukar bernafas, Canulla / Branula di kiri kanan tangan. It's break my heart.

Laman Web DoctorOnCall Bantu Rakyat Malaysia Cek Jangkitan COVID-19


Laman web DoctorOnCall ni Ruby pernah gunakan perkhidmatan video call mereka sekitar tahun 2017 untuk mendapatkan rawatan sakit kepala dahulu. Ia adalah cara yang paling efektif, sebab kita tidak perlu keluar rumah dan preskripsi ubat-ubatan doktor akan pos. Kalau dah sakit kepala migrain, memang takleh bawa bincang. Alternatif terbaik adalah gunakan perkhidmatan DoctorOnCall. Selain itu, inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia bekerjasama bersama DoctorOnCall bagi memudahkan rakyat Malaysia cek gejala COVID-19 adalah amat membantu. Terima kasih!

Sekiranya anda demam, selsema, batuk atau paranoid dengan keadaan sekeliling anda. Sila lakukan saringan dengan menjawab beberapa soalan secara jujur. Diantara soalannya adalah, seperti yang Ruby screenshot dibawah : 

Klik laman web dibawah untuk cek gejala COVID-19 anda pula. Semoga bermanfaat. 


14 Ulasan

PERHATIAN: Semua komen yang ditinggalkan adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen pembaca. Komen yang melanggar undang-undang adalah tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya.

  1. Sis dah try gak ni hrtu Ruby...jawabannya sama macam atas tu haaa...tapi still sangat menakutkanlah...nak tidur pun tak lena huhuhu

    BalasPadam
  2. Bagus ada laman web begini namun sbg pesakit tnetu ada rasa tak puas hati bila tak dpt berjumpa doktor depan2 huhu

    BalasPadam
  3. laman web sangat lah membantu di waktu perintah kawalan pergerakan ni. tak perlu keluar rumah, boleh consult doktor secara online je

    BalasPadam
  4. bagus ada perkhidmatan online macam ni. Dapat membantu kita aware dengan kesihatan diri. Plus boleh call hotline dan Tanya jika ragu - ragu (huda pernah try and its help).

    BalasPadam
  5. Yes. Rawlins dah guna dah site nie and memang sangat memudahkan untuk mengetahui keadaan kesihatan diri

    BalasPadam
  6. Ohh kita baru tahu yang ada juga web untuk buat pemeriksaan awal sintom-sintom Covid ini bagus macam ni lagi senang orang nak check dan tak bersesak kat hospitalkan....

    BalasPadam
  7. wahh baru iena tau pasal website ni..mekasih atas perkongsian kak :)

    BalasPadam
  8. memang bagus apps ni, saya guna jugak waktu diperkenalkan baru-baru ini

    BalasPadam
  9. Kak min dah try dah hari tu sebab ada gejala batuk sakit tekak n selsema tapi Alhamdulillah bukan terkena jangkitan wabak..

    BalasPadam
  10. wah mudahnya dah ada aplikasi macam ni.. stay at home boleh kurangkan penularan wabak ni... bagi yang ada simptom kena kuarantinkan diri supaya orang lain tak kena especially sistem immune yang rendah

    BalasPadam
  11. Yes.... Saya pun dah pernah bukak website ni (secara tak sengaja), and baru aware tentang kemudahan ni. memang bagus untuk kita check sendiri symptom2!

    BalasPadam
  12. i dah pernah guna website ni sebab ada orang share and yes ianya sangat membantu

    BalasPadam
  13. bagusnya ada website Dr On-Call ni, at least kita boleh tahu lebih banyak tentang simpton diri kita semasa Covid 19 ni menyerang, benda baru yang sangat berguna untuk rakyat

    BalasPadam

Catat Ulasan

PERHATIAN: Semua komen yang ditinggalkan adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen pembaca. Komen yang melanggar undang-undang adalah tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya.

Terbaru Lebih lama