Daftar Prasekolah Dan Tahun 1 Untuk Sesi 2021. Assalammualaikum semua! 1 March setiap tahun adalah masa yang dinantikan oleh para ibu bapa. Ini adalah tarikh keramat untuk kalian mendaftar sesi persekolahan anak-anak. Melalui pengalaman Ruby, Ruby telah mendaftar anak-anak Ruby seawal 1 March dan kemudian akan hantar semua dokumen pada Isnin berikutnya. Pantas kan? Hahaha. Sebab Ruby tidak suka tangguh-tangguh sesuatu perkara. Nanti boleh terlupa atau peluang untuk anak-anak ke sekolah yang diidamkan tipis. Lagi awal hantar, lebih tinggi peluang.
Daftar Prasekolah Dan Tahun 1 Untuk Sesi 2021
Melalui pengalaman mendaftar Adam untuk sesi Prasekolah 2020. Ruby daftar pada 1 March 2019. Ini pun sudah dianggap lewat, sebab kita boleh mendaftar anak seawal usia 4 tahun secara dalam talian. Ia bg mendapatkan penempatan. Kebiasaannya sekolah kerajaan akan sediakan Prasekolah untuk usia 6 tahun.
Maklumat yang telah diisi akan dibawa ke rekod Tahun 1 di sekolah yang sama. Mudah kan?
2. Semak keputusan permohonan kemasukan Prasekolah Tahun 2021 bermula 5 Ogos 2020
3. Mohon Rayuan bermula 5 Ogos 2020 hingga 20 Ogos 2020
4. Semak Keputusan Rayuan pada 10 September 2020
www.eprasekolah.moe.gov.my
www.public.moe.gov.my
Pendaftaran Prasekolah
1. Permohonan kemasukan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Tahun 2021 secara dalam talian dibuka mulai 1 Mac 2020 hingga 30 April 20202. Semak keputusan permohonan kemasukan Prasekolah Tahun 2021 bermula 5 Ogos 2020
3. Mohon Rayuan bermula 5 Ogos 2020 hingga 20 Ogos 2020
4. Semak Keputusan Rayuan pada 10 September 2020
www.eprasekolah.moe.gov.my
Pendaftaran Tahun 1
Permohonan ke Tahun Satu bagi ambilan 2021 dan 2022 akan dibuka pada 1 Mac 2020 sehingga 30 April 2020. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan). Pendaftaran pengguna adalah menggunakan ID Pengenalan ibu bapa/ penjaga.
1. Permohonan kemasukan murid tahun 1 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Tahun 2021 secara dalam talian dibuka mulai 1 Mac 2020 hingga 30 April 2020
2. Proses Penempatan sedang dilaksanakan diperingkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bermula 1 Ogos 2019
3. Mohon Rayuan bermula 1 Ogos 2020 hingga 20 Ogos 2020
Hantar Dokumen Lengkap Ke Sekolah Pilihan Dalam Masa 2 Minggu Selepas Mendaftar Dalam Talian
Apabila ingin menghantar dokumen kepada pejabat sekolah. Pastikan semuanya sudah lengkap di cetak. Kemudian sediakan 1 sampul surat yang ada stem RM 2 dan tulis nama penuh, alamat dan no telefon. Nanti sekolah akan pos maklum balas sama ada anak kita terpilih ke tidak untuk Prasekolah atau Tahun 1 disekolah tersebut.
Ruby pergi hantar dokumen lengkap di pejabat sekolah bersama dengan Adam Solihin. Nak bagi dia pendedahan awal keadaan sekolah. Belajar nanti rajin-rajin. Ruby ada buat perubahan lokasi sekolah untuk Tahun 1 2021. Sekolah ni parking banyak untuk ibu bapa. Walaupun di luar kawasan sekolah, tapi rasa selamat la. Sebab awal seminggu persekolahan mesti kita akan menunggu mereka. Mesti comel pergi sekolah nanti. Hehehe
Kali ini, Ruby mendaftar untuk Adam Solihin dan Alif Daniel di sekolah yang sama. Walaupun terlalu awal untuk Alif. Tetapi di laman web KPM sudah tertera pada usia berapa boleh memohon. Jadi, jangan lepaskan peluang atau melengahkan masa. Isi sahaja butiran anak-anak kita. Nanti data itu akan dibawa ketahun hadapan.
Semak Permohonan Pada Bulan Ogos
Zaman serba canggih ni, kita hanya beri sedikit masa untuk cek keputusan. Mungkin surat dari sekolah lambat, tapi info dari sistem terus keluar keputusan persekolahan anak-anak. Masa bulan ini juga untuk ibu bapa memohon rayuan jika tidak mendapat sekolah yang diidamkan.
Semoga informasi ini bermanfaat.
Tags
Pendidikan
zaman dulu aida masih lagi daftar cara kuno utk kakak-kakak berdua tu, ruby.
BalasPadamtidak online. as for izzat last 2 years, dia dah pun daftar skola swasta.
pun tidak la secara online gini.
now, terbaik. semua mendaftar. then ada reconfirmations to all.
data tepat. data cepat. terbaik Malaysia.
Senang orang sekarang daftar aje melalui online, kalau Sis dulu alahai mengangkut anak-anak ke sekolah tiap kali nak daftar..menunggunya lagi, sabar je la..pengalaman seorang ibu..
BalasPadamBagus tue Ruby..buat pendaftaran awal2..jgn dah last minit baru nak buat..klu dah penuh nanti tahu pulak mengamuk kan
BalasPadamwah awalnye kene daftar :D
BalasPadamheheh orang tak kawen lg tak tau..tapi bagus perkongsian akak ni :)
sangat membantu :)
Banyak benda kena cakna bila jadi parents nie. Terutama bab pendidikan anak2. Zaman pon dah berubah. Serba canggih semua lalu atas talian je
BalasPadamZaman sis dah berakhir..tp skrg lbh senang dr dulu. Mudahnya ibu2 skrg kan.
BalasPadamInfo bagus. Senang buat ibu-ibu nak buat persediaan awal dan cara nak daftar pra-sekolah. Kena cepat jugak nanti sekolah penuh kan.
BalasPadamhuda masih belum daftar anak sekolah lagi. tahun depan nak darjah 1. tengah fikir nak pindah rumah tahun depan. tu yg tertangguh daftar anak sekolah ni..
BalasPadamalamak lupa lak pasal nak daftar anak saya born 2015. thanks remind benda ni
BalasPadamWahh awal kena daftar untuk anak-anak ye untuk masuk darjah 1. Dulu tak ada sistem. Tapi jenuh juga prosesnya. Harap nanti dipermudahkan urusan nak masuk daftar sekolah. Tak sabar nak tunggu entri orientasi pulak..hahaha
BalasPadamBagus perkongsian sebegini sebab ada yang ambil mudah prosesnya - ingat pergi ke sekolah dan masuk kelas je. Tq Ruby
BalasPadamSekarang semua jadi mudahkan. Di hujung jari jari saja. Daftar prasekolah dan darjah 1 anak guna portal online. Tahun depan baru isi permohonan prasekolah anak yang no 3 tu. Tahun ni boleh rileks lagi.
BalasPadamWah semuanya dihujung jari je sekarang. Tak daftar lagi anak ke sekolah darjah 1 lagi. Tambah tengah musim covid ni, tak boleh nak hantar dokumen lagi
BalasPadamteringat pula zaman sekolah rendah dulu bila kak ruby story pasal sekolah rendah. hehe walaupun saya belum kahwin lagi , tapi info ni memang penting :)
BalasPadam