Anak-Anak Datin Seri Zizie Izette Dilantik Sebagai Duta IQ Super

Anak-Anak Datin Seri Zizie Izette Dilantik Sebagai Duta IQ Super

Ruby
14

Anak-Anak Datin Seri Zizie Izette Dilantik Sebagai Duta IQ Super. Assalammualaikum semua! Apabila bercerita tentang makanan tambahan untuk anak-anak, mesti kita akan fikirkan vitamin. Kita sedia maklum jenama antarabangsa sering melopori pasaran. Kini, anda tidak perlu risau lagi. Jenama buatan Malaysia dari Datin Rabecca Nur Al Islam telah menghasilkan produk berkualiti untuk anak-anak iaitu IQ Super. Pasti anda teruja nak tahu apa itu IQ Super kan?

Anak-Anak Datin Seri Zizie Izette Dilantik Sebagai Duta IQ Super

Persahabatan antara dua selebriti terkenal, Datin Rabecca Nur Al Islam dan Datin Zizie Ezette terjalin sejak lebih sedekad lalu. Kedua-duanya juga dilihat berkongsi minat dan tanggungjawab sama iaitu bergelar isteri dan ibu. Mereka juga saling menyokong dalam banyak aspek. Bahkan kedua mereka jika dilihat sanggup memperlahankan rentak dunia lakonan demi tumpuan kepada rumahtangga yang dibina. 

Lalu tidak hairan keputusan Rabecca melamar Zizie sendiri untuk menyunting lima cahaya matanya sebagai duta produk IQ Super keluaran syarikatnya, Anggun & Anggerik (M) Sdn Bhd melalui proses yang mudah apabila masing-masing sudah memahami dan kenal hati budi. 

"Banyak sebab saya mempertimbangkan tawaran daripada teman baik sendiri (Rabecca) ini. Ini memang produk pertama yang Iima anak saya ( Naila Nurjenna, 5, Aaric Zayn lzette, 3, Aadam Zac lzette, 3, Aaleph Zeke Izette, 3, dan Aalisa Belle Izette, 1) menjadi duta produk. Ini juga jadi ruang untuk anak saya sendiri membuat simpanan dari usia muda kerana sudah pandai cari duit.

Sebab yang paling nyata saya menerima tawaran ini untuk anak-anak kerana menyenangi Rabecca. Sejak awal lagi produk ini diberinya untuk dicuba oleh anak saya. Anak saya sendiri menyukai produk ini. Saya nampak keberkesanan produk ini sekali gus terus jatuh hati menerima ‘pinangan’ Rabecca untuk melantik anak saya sebagai duta. 

Malah sebelum itu, ketika Rabecca mengadakan peraduan mencari duta produk IQ Super, peminat dan pengikut di Instagram seIalu tag nama saya serta anak. Sebab itu saya berbesar hati menerima tawarannya," kata kakak kepada Shaheizy Sam itu ketika majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman produk |Q Super bersama anaknya

Datin Seri Zizie Izette Utamakan Keluarga

Pemilik nama sebenar Zizie lzette Abdul Samad ini juga mengaku memilih untuk memberi sepenuh tumpuan kepada anak dan rumah tangga dan mengetepikan dulu perihal minat berlakon. Kali terakhir, Zizie berlakon menerusi drama Hero Seorang Cinderella yang diterajui Nur Fazura dan Fattah Amin pada tahun 2017. 

"Kalau ikutkan minat dan keterujaan di pentas seni itu takkan berakhir. Perasaan rindu itu pasti akan bertandang. Cuma demi anak yang masih perlu perhatian sepenuhnya daripada diri ini, saya memilih untuk memperlahankan rentak lakonan. Nak cakap berhenti terus itu takut juga kalau tiba-tiba gian nak berlakon balik. Di saat anak kecil dan kian membesar, saya memilih untuk terus mencipta memori dengan mereka sekali gus mewujudkan kenangan indah bersama. Kita pun tak tahu sampai bila usia ini akan terhenti," katanya yang sudah 11 tahun berkahwin dengan Dato' Sri Bung Moktar 

Pemilihan Zizie Amat Bersesuaian Dengan IQ Super

Oleh kerana produk ini memfokuskan kepada kanak-kanak dan peranan ibu. Ia dapat memastikan yang terbaik untuk anak-anak. Jadi saya melihat Zizie sebagai pilihan tepat merangkumi apa yang ingin disampaikan. Malah Zizie menjadi testimoni terawal yang mencuba  produk ini untuk anaknya. 


Seperti yang semua tahu, saya turut mempunyai anak yang ramai dan kebahagiaan anak adalah penting. Apabila anak saya sihat, ceria dan cergas, saya sebagai seorang ibu akan rasa bahagia melihat mereka. Saya yakin Zizie juga berasakan hal sama. 

Sekalipun produk ini menjadikan lima nak Zizie sebagai duta, peranannya sebagai ibu amat besar dan penting sekali gus mempromosi serta memperkenalkan produk kami kepada ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak seperti kami. Kami yakin semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak dan sudah pasti IQ Super menjadi pilihan mereka," kata Rabecca seiaku Pengasas Anggun & Anggerik Enterprise 

Apa Itu IQ Super?

IQ Super adalah suplemen revolusi baru yang dilancarkan untuk membantu tumbesaran kanak-kanak yang bijak, cergas dan ceria. Ia adalah produk keenam syarikat selepas pengeluaran tudung Anggun Anggerik Shawl Hijab pada tahun 2014, minuman melangsingkan badan Body Love pada September 2018, pencuci & penjagaan intim wanita VBecca pada Disember 2018, Jamu Mummy Becca pada September 2019 dan penjagaan muka BF Shine pada Disember 2019.


Harga IQ Super

Harga pasaran IQ Super dijual RM 119 untuk sebotol dengan isi kandungan 60 biji tablet. Ia adalah solusi tepat bagi ibu bapa yang ingin melihat anak mereka aktif dan ceria.

Isi Kandungan IQ Super :


  • Susu Kambing 

Susu kambing merupakan sumber kalsium yang menyokong pertumbuhan tulang dan gigi di semua peringkat umur. Ia amat penting semasa zaman kanak-kanak dan remaja. Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan lebih daripada dalam susu lembu.  Susu Kambing tidak mengandungi protein jenis (protein alfa-kasein & protein beta-kasein) yang menyebabkan alahan seperti yang terdapat dalam susu lembu.  Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 amino asid termasuk 8 jenis amino asid yang penting.


  • Kurma 

Kurma adalah gula semula jadi yang tinggi seperti glukosa, fruktosa, dan sukrosa. Oleh itu, ia berupaya untuk menjana tenaga. Vitamin di dalam kurma menjadi rangsangan yang ideal untuk kesihatan dan fungsi sistem saraf. Kalium adalah satu daripada ramuan utama dalam mempromosikan sistem saraf yang sihat dan responsif, dan ia juga bertambah baik kelajuan dan kewaspadaan aktiviti otak. 


  • Kismis 

Menjaga kesihatan jantung. Kismis adalah sumber antioxidan dan fitonutrien yang sangat baik yang mencegah penyakit kronis seperti penyakit jantung dan strok. Ia membantu pencernaan kepada anak-anak.


  • Walnut 

Kaya antioksidan, omega 3, membantu dalam perkembangan pesat otak, tidur lebih lena dan mengekalkan berat badan yang optimum untuk anak-anak.

Visi Datin Becca Agar IQ Super Ke Pasaran Antarabangsa

Kami mengharapkan IQ Super dapat diterima baik oleh masyarakat Malaysia. Menerusi tempahan awal, kami yakin bahawa produk ini akan menjadi hit di pasaran. Kami berhasrat untuk memasarkan 120,000 kotak menjelang akhir tahun 2020. Kami iuga mahu mengambil peluang berkembang ke pasaran ASEAN.


Anda boleh hubungi nombor tertera di bawah untuk sebarang pertanyaan dan penempahan produk. 

Hubungi : +60 12-601 5308

Tags

Catat Ulasan

14Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Kalau tengok IG ibu-ibu berdua ni, memang comel keletah anak-anaknya, bijakk...memang sesuai anak mereka jadi duta makanan sihat untuk kanak-kanak ni..Geram nengok body derang ni aishhhh...

    BalasPadam
  2. setiap mak di dunia ni nakkan yang terbaik untuk anak-anak. boleh ni survey2 tgk mcm mana

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Rezeki Datin Ziezi. Anak2 dia Sumer comel2. Good thing.

    BalasPadam
  4. mmg banyak kebaikan produk ni. sesuai untuk anak2 yg mana mereka perlukan tambahan suplemen utk imunisasi dalam badan

    BalasPadam
  5. Tahniah Datin Rabecca dan tahniah buat Zizie atas pelantikan anak menjadi Duta. Sis dah rasa gak suplemen ni, memang sedap, anak2 mesti suka

    BalasPadam
  6. Memang perlu ambik supplemen masa belajar terutama masa otak masih muda dan budak2 membesar. Boleh belikan untuk anak sedara lah nanti.

    BalasPadam
  7. Tahniah datin rebecca atas pelancaran produk iq super.. Nanti boleh la nd try bli untuk anak2 nad..

    BalasPadam
  8. Datin Zizie tu memang utamakan family dia lepas kahwin kan. Seronok tengok anak nya ramai and sihat2 belaka. Okay kena try juga supplement tu kasi anak2 lebih bijak lagi..haha

    BalasPadam
  9. dah bergelar ibu pun masih cantik2 kan diorang ni. anak-anak pun comel2 plak tu. rezeki bdk2 tu dapat jadi duta, produk untuk iq plak tu. moga dapat membesar dengan lebih sihat dan bijak

    BalasPadam
  10. Wah thanks for sharing this product info, nanti sis check out ya.

    BalasPadam
  11. Comelnya anak datin zizzie izzete.. Bertuah dapat kembar lelaki yang comel gitu kan.. Sekarang jadj duta produk suplemen kanak2 pulak.. Terbaik..

    BalasPadam
  12. Wahhhh nampak baguslah produk nie kak Ruby. Dan pemilihan anak2 Zizie Ezette merupakan satu langkah yg bijak. Anak2 dia mmg comel2 betul terutama sekali yg kembar tu.

    BalasPadam
  13. tahniah anak2 Datin Zizie Izzet. mesti hebat ni jadi duta produk. all the best

    BalasPadam
  14. Tinggi juga rupanya Datin Rebecca Nur Islam ni ya... maintain cantik je dua-dua selebriti ni... baik Datin Zizie mahupun Datin Rebecca... tahniah kerana terpilih untuk menjadi duta produk untuk anak-anak Datin Zizie... semoga produk ini terus berjaya di pasaran...

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !