UFIRST Perodua Passport Day Out Ladies Edition Di X Park Sendayan

UFIRST Perodua Passport Day Out Ladies Edition Di X Park Sendayan

Ruby
0
UFIRST Perodua Passport Day Out Ladies Edition Di X Park Sendayan

Assalammualaikum semua! Pada 24 November 2019, Perodua UFIRST telah mengadakan UFIRST Perodua Passport Day Out Ladies Edition di X Park Sendayan. Ruby selalu juga cek aplikasi UFIRST untuk tengok acara terkini UFIRST. Sebab mereka ada banyak Day Out. Nak join boleh bayar dengan secara online bank-in atau gunakan mata ganjaran Ukoin aje. Lepas tu, setiap acara mereka buat, mesti memenangi hadiah berupa wang tunai. Fuhhh best kan!

UFIRST Perodua Passport Day Out Ladies Edition Di X Park Sendayan

Seawal jam 5 pagi Ruby dah bangun, 5.45 pagi bertolak ke rumah Fatin. Sebab kami plan car pool ke Perodua Sales Sdn Bhd, Jalan Rasah, Seremban, Negeri Sembilan. Perjalanan mengambil masa 1 jam sahaja dari Serdang. Kami tiba di PSSB (Perodua Sales Sdn Bhd) Seremban jam 8 pagi. Sesi mengenali kenderaan Perodua diadakan, kemudian pada jam 11 pagi semua peserta bertolak ke X Park Sendayan. Teruja!

UFIRST Perodua Passport Day Out adalah acara pertama kali Ruby sertai. Ia tertaluk kepada terma dan syarat seperti memiliki kenderaan Perodua. Rasa eksklusif apabila ada acara khas untuk pemilik kenderaan Perodua. Inisiatif begini sangat bagus, sebab kita join event menerusi Perodua sendiri. Bukan dari kelab kelab kenderaan. Jadi ada faktor keselamatan dan ketelusan untuk sesiapa sahaja boleh join. Macam Ruby, Ruby suka aktiviti begini. Tetapi tidak selesa nak join aktiviti kelab kelab kenderaan lain. Kekangan masa, jadual keluarga dan tidak mahu wujud whatsapp group yang banyak. Hahaha. Jadi, alternatifnya Ruby join acara anjuran UFIRST. Terima kasih UFIRST Perodua.

Saya Kumpulan Lady Vaganza

Ramai yang mengikuti instagram story Ruby bertanya tentang aktiviti yang Ruby ikuti ni. Sebelum menyertai, Ruby siap tanya dengan rakan-rakan di Facebook siapa yang memiliki kenderaan Perodua dan sudah muat turun ke aplikasi UFIRST?

Ramai yang memiliki kenderaan Perodua tetapi tidak mendaftar UFIRST Perodua Passport lagi. Banyak manfaat apabila anda menyertai program ini. Nanti Ruby kongsikan info tentang UFIRST ya. Sekarang, jom baca pengalaman Ruby join UFIRST Perodua Passport Day Out Ladies Edition di PSSB Seremban & X Park Sendayan.

Poster acara seperti yang Ruby kongsikan dibawah adalah poster yang berlegar-legar di aplikasi UFIRST. Hahaha. Next time, anda boleh lihat-lihat dalam aplikasi supaya boleh join sama-sama dengan Ruby. Kita pandu Aruz untuk menang di UFIRST Day Out! okay. hehe

Di PSSB Jalan Rasah, Ruby daftar dan dimasukkan ke dalam kumpulan Lady Vaganza. Aktiviti yang kami lakukan adalah persaingan secara individu. Ruby dapat UFIRST Boxer Bag, tisu, air mineral, tng RM 20 dan perodua tag. Yay boleh gantung dekat kunci kedua kereta Aruz. Oh ya lagi satu Ruby ada shopping baju Bomber Jacket Gear Up bernilai RM 70. Satu untuk suami, satu untuk Ruby. Haha. Kemudian hidangan sarapan pagi yang disediakan adalah pakej makan sampai kenyang. 

Dua kali kami makan, tiba di PSSB pun kami makan, selepas sesi bersama Puan Oja dan Cikgu Raj juga kami makan lagi. Kemudian kami memandu ke X Park Sendayan hidangan makan tengahari sudah tersedia, hi tea dan minuman sejuk panas juga ada. Subhanallah seronok ya amat. Penyertaan RM 60 dapat semua ni. Berbaloi-baloi join. Terima kasih Perodua.

#UFIRSTKONGSI Sesi Keselamatan & Mengenali Kenderaan Perodua Di PSSB Jalan Rasah

Sejak memiliki Perodua Aruz Advance, Ruby teruja nak tahu kelebihan jentera yang Ruby miliki. Hehe. Seronok apabila dapat mengetahui apa yang dimiliki oleh Perodua Aruz. Rasa beruntung la dapat beli kenderaan pertama jenis SUV dengan harga yang berbaloi-baloi. Jadi, Puan Oja menerangkan informasi tentang bagaimana untuk menjaga keselamatan ketika memandu, fahami keadaan badan kita. Jika tidak larat, mengantuk dan ada masalah lain. Berhenti di kawasan rehat berdekatan. Plan perjalanan anda, teknologi semakin canggih dengan adanya peta digital. Maka, kita boleh elak dari perkara yang tidak diingini berlaku.

UFIRST Perodua Passport Day Out Ladies Edition Di X Park Sendayan

UFIRST Perodua Passport Day Out Ladies Edition Di X Park Sendayan

UFIRST Perodua Passport Day Out Ladies Edition Di X Park Sendayan

UFIRST Perodua Passport Day Out Ladies Edition Di X Park Sendayan

Selain itu, kami juga belajar di #UFIRSTKongsi tentang maksud setiap gambar di kenderaan. Seperti apabila lampu teko menyala bermaksud minyak hitam kurang. Kemudian ada sesi soal jawab istimewa kerana hadiah berupa USB drive alat kawalan kenderaan Perodua Bezza. Limited Edition ni! Syukur Ruby dapat menang jawab soalan “Apakah maksud A.S.A?”

Ia bermaksud Advanced Safety Assist. Perodua Aruz mempunyai ciri keselamatan aktif Advanced Safety Assist (ASA) yang dipanggil ASA 2.0. Ia berfungsi mengesan pejalan kaki (sehingga 50kph), Amaran Pre-Collision hingga 100kph dan Pre-Collision Braking kepada 80kph, Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control.

Ruby, Rane dan Puan Oja @ Rozaidah Sutires; Deputy General Manager, Product Strategy Perodua ketika melakukan manual menggunakan A.S.A. Demo ini bertujuan untuk sesi pembelajaran dan mengetahui kelebihan kenderaan Perodua yang memiliki fungsi A.S.A. Jadi, jangan lakukan di luar okay. Sayangi kenderaan anda, fokus ketika memandu dan bergembiralah! Kalau teringin nak tahu bagaimana A.S.A berfungsi, join acara UFIRST!

PSSB (Perodua Sales Sdn Bhd) Seremban

PSSB Seremban Jalan Rasah ini dimiliki oleh Encik Mohd Muzaffar Jaafar. Cawangan ini adalah one stop centre di Seremban. Ini kerana cawangan ini mempunyai Pusat Servis Perodua, Pusat Jualan Kenderaan Perodua dan ruang parkir yang sangat luas. Maka, jika anda datang ke cawangan ini, anda boleh pandu uji kenderaan Perodua atau anda boleh menunggu kereta anda sedang di servis. Ruang selesa disediakan dan ada tempat permainan kanak-kanak. Disini juga tempat latihan bagi staf bengkel Perodua untuk mempelajari dan melakukan latihan membaiki kenderaan Perodua.

#UFIRSTFUN Aktiviti Lasak Di X Park Sendayan

Sejak Ruby dah berkeluarga, anak pun dah dua. Nak join aktiviti lasak mesti fikir dua tiga kali. Sebab penakut sampai kaki sejuk-sejuk tau. Pernah cabar diri terjun bungee jumping selepas melahirkan si Alif anak kedua Ruby. Fuhh pegang tiang kuat-kuat sebelum terjun. Menjerit sekuat hati. Itu aktiviti melibatkan ketinggian. Aktiviti melibatkan fokus dan kelajuan juga Ruby takut nak buat. Entah kenapa rasa macam ni. Tapi, kena lawan rasa takut ini dengan menyertai program seperti anjuran UFIRST Perodua Passport.

Aktiviti yang diuruskan oleh UFIRST team memang teratur dan memberi masa banyak kepada peserta untuk selesaikan tiap tugasan. Sebab mereka sedia maklum semua aktiviti perlu nombor giliran dan beratur. Mereka juga dah asingkan peserta siap-siap mengikut 4 aktiviti. Agar tidak menunggu lama. Hehehe.

3 Minit 30 Saat Menunggang ATV Sambil Bawa Bola Golf & Kumpul Getah Rambut

Aktiviti pertama Ruby adalah ATV Trail. Ruby berlari ke kawasan laluan ATV sebab ingatkan ia kawasan hutan. Rupanya laluan ATV adalah tanah merah yang berlumpur. Haaaa bayangkan apabila kita mula menunggang. Hahaha. Syarat tugasan di ATV sambil enjoy bawa motor laju, peserta perlu bawa 6 biji bola golf yang confirm akan jatuh. Sebab enjin bergegor pun dah tergolek bola golf. Ruby pulas minyak terus semua jatuh. Kahkahkahkah. Kemudian setiap satu pusingan kena kumpul getah rambut. 5 pusingan bermaksud, lima getah rambut. Total markah 20. Itu aje la yang Ruby cukup untuk kumpul dalam masa 3 minit 30 saat.

Pengalaman menunggang ATV ni seronok, kalau bawa baik sangat, tak rasa la Adrenalin Rush kan. Bawa laju, selekoh lipat dan langgar lecak. Haaaa. Terbaik! Puas! Hahaha.

Go Kart 8 Laps Dalam Masa 10 Minit

Go Kart ni nampak mudah, tekan minyak dan kawal stereng. Ini adalah aktiviti pertama kali Ruby cuba memandu Go Kart dan sangat berpuas hati! Sebab kebiasaannya di taman tema, Go kart 2 laps sahaja dan laluan dia tidak mencabar seperti di X Park Sendayan. Tiba-tiba dah habis masa. Beratur dah la panjang dan lama. Main sekejap sahaja. Stress. Tapi, di X Park Sendayan, Ruby puas hati dapat main Go Kart.

Laps pertama dan kedua adalah warm up. Bila dah sedap layan laps, ejas kaki, tangan pegang stereng kuat-kuat dan terus vroom vroom. Ruby tak kira dah laps berapa tapi Ruby pandu laju, layan selekoh, potong 2 biji kereta. Rasa 10 laps Ruby pusing. Kahkahkahkah. Sebab kereta Ruby beratur tempat pertama sekali. Jadi, tiada siapa potong Ruby. Ruby layan main Go Kart dengan 5 orang peserta lain. Hahaha. Fuhh puas bawa kereta laju-laju. Adrenalin Rush tu keluar semua rasa cemas, takut dan puas la. Hahaha.

Memanah Perlukan Skill & Kesabaran

Okay memanah ni memang stailo la bila buat aktiviti ni. Cuma Ruby tak faham macam mana nak target. Lepas tu kena ruang yang luas juga untuk saiz macam Ruby ni. Kahkahkah. 10 anak panah yang disediakan, hanya 8 masuk dalam target. Tapi target biru la yang banyak. Well, itu pengalaman yang bagus. Lepas ni kita cuba lagi. Tanggan dah gigil selepas lepas geram main Go Kart tak ingat dunia. Hahahaha.

Paintball Tembak Sasaran Mengena!

Kecewa dengan sukan memanah, Ruby berusaha di sukan Paintball. Kali ni pekerja X Park Sendayan ajar demonstrasi. Hahaha lucu juga belajar menembak ni.

Ruby : Kuali merah atau biru?

Dia kata : merah.

Sebab Ruby tinggi.

Ruby cakap : eh mustahil la. Sebab merah tu kat atas, takkan i tempak atas dari paras mata.

Dia cakap : Ya you boleh, tembak tembak. Hahaha

Ruby pun tembak, sekali 5 terus kena. Bila dah syok, tak boleh kawal senjata dah. Lagi 5 kuali tak kena sasaran. Kahkahkah. Ini bermakna kena fokus sampai habis apabila melakukan sesuatu tugasan. Hihikss.

Berurut Selepas Selesai Tugasan. Nyaman #UFIRSTCANTIK!

Dari 5 pagi sampai 7 malam Ruby beri sepenuh hari Ruby kepada UFIRST Perodua Passport Day Out Ladies Edition. Aktiviti padat dengan informasi dan badan rasa best. Seronok lakukan aktiviti lasak. Sesi seterusnya Ruby pilih jam 3.30 petang untuk berurut kaki. Ada beberapa pilihan yang disediakan oleh pihak UFIRST Perodua, urut bahu & kepala, urut kaki, manicure, lukis glitter pada wajah dan henna. Ruby semestinya pilih urut kaki. hahahaha. 30 minit pun dah best. Cuma, silap pakai seluar cerut. Tak boleh urut sampai lutut. hahahaha.

Sesi #UFIRSTSIHAT Bersama Adele Wong

Sorotan aktiviti dan informasi di UFIRST Perodua Passport Day Out Ladies Edition sememangnya luar kotak pemikiran Ruby. Dari makanan enak, aktiviti lasak, sesi me-time urut-urut. Seterusnya kami diakhiri dengan sesi nutrisi bersama Adele Wong. Semua peserta sudah kelihatan kepenatan dan seperti membuat hal sendiri, tetapi Adele Wong pandai mengambil perhatian kami dengan soalan yang best. Hahaha. Dah la Ruby tengah makan soto ayam, karipap, keria gula melaka dan minum pula teh tarik. Fuhhh nak telan mati mak, nak diluah mati ayah. Kita kemam makanan sambil Adele cerita berkenaan kalori dan makanan yang sesuai diambil untuk diet. Apa sahaja diet, pastikan kita tahu apa badan kita perlukan. Jangan terus cut off karbohidrat, gula dan makanan lain. Sebab kita nak diet berterusan, bukan dah sampai target kurus. Lupa diet dan kembali gemuk. Kemudian mula sakit-sakit badan.

Suplimen juga amat penting untuk membantu menambahbaik kesihatan, cuma kena tahu apa yang diperlukan badan. Sebagai contoh minyak ikan, cara mudah untuk amalkan adalah beli softgel yang dijual dipasaran. Setiap diet yang kita ingin buat, pastikan kita tahu keadaan badan kita. Lakukan rutin rawatan kesihatan, jika ada diabetes, diet berbeza diperlukan. Jika ada darah tinggi, makanan apa yang perlu dielak dan apa yang perlu ditambah melalui makanan lain juga anda perlu tahu. Seronok kan topik begini? Tanpa sedar, kita belajar sesuatu.

Tahniah Pemenang UFIRST Perodua Passport Day Out Ladies Edition & Happy Birthday!

Acara yang dinantikan sudah tiba! Tahniah kepada semua pemenang. Walaupun main-main lakukan semua tugasan, anda berjaya membawa pulang hadiah wang tunai! Best sungguh! Happy Birthday November babies!

Terima Kasih UFIRST Perodua! Ruby nak join lagi!

Apa Kelebihan UFIRST Perodua Passport

UFIRST adalah program mata ganjaran yang telah diwujudkan oleh Perodua pada tahun 2015. Terdapat tiga jenis keahlian – Pemilik kenderaan Perodua, kakitangan pasukan Perodua dan peminat untuk bukan pemilik kenderaan Perodua. Poin di UFIRST pula ada 3 jenis iaitu UKoin, UKredit & U-Voucher

UKoin boleh diperolehi melalui pembelian kenderaan, aksesori atau liputan Smart Assist, jual beli kereta lama kepada kenderaan baru Perodua, servis atau pembaikan badan dan cat, pembaharuan insurans, menyertai kelab pemilik Perodua Circle atau menyertai aktiviti Perodua.

Manakala UKredit adalah sistem mata ganjaran yang boleh digunakan pada perkhidmatan, pembelian aksesori & pelincir di kedai jualan dan servis Perodua. Para ahli akan dapat menikmati tawaran jualan dan perkhidmatan, mendapatkan hadiah dan diskaun, menyertai pertandingan, menerima jemputan khas, mengambil bahagian dalam aktiviti dan mendapat akses keutamaan kepada produk dan promosi baru.

U-Voucher pula adalah baucar yang terdapat di dalam aplikasi UFIRST. Anda boleh tebus baucar kegemaran anda dengan menggunakan UKoin atau UKredit.

Muat turun UFirst App dan mendaftar untuk menerima 200 UKoins langsung!

www.ufirst.com.my

www.instagram.com/ufirst_perodua_passport

www.facebook.com/Perodua

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !