Petisyen WAO Untuk 7 Hari Cuti Paterniti Meraih 39,340 Tandatangan

Petisyen WAO Untuk 7 Hari Cuti Paterniti Meraih 39,340 Tandatangan

Ruby
0

Petisyen WAO Untuk 7 Hari Cuti Paterniti Meraih 39,340 Tandatangan. | Assalammualaikum semua! Pada 13 November 2019 yang lalu, Ruby telah bersama-sama dengan Women’s Aid Organisation, Daphne Iking, JinnyBoy dan beberapa orang bapa-bapa menghadiri upcara penyerahan petisyen menyokong 7 hari cuti paterniti bagi bapa-bapa dalam sektor swasta. Petisyen telah mendapat 39,340 tandatangan daripada ahli masyarakat awam. Petisyen ini diserahkan kepada Yang Berhormat Tuan M. Kulasegaran V. Murugeson iaitu; Menteri Sumber Manusia dan Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jom ikuti perkongsian lebih lanjut tentang petisyen ini.

Petisyen WAO Untuk 7 Hari Cuti Paterniti Meraih 39,340 Tandatangan

Petisyen WAO untuk 7 hari cuti paterniti bagi bapa-bapa dalam sektor swasta mendapat 39,340 tandatangan. Tahukah anda di sektor awam, bapa-bapa diberikan cuti paterniti sebanyak 7 hari? Inisiatif ini, sekurang-kurangnya memudahkan urusan berpantang isteri, mendaftar anak di Jabatan Pendaftaran Negara dan buka akaun bank untuk si kecil tersayang. Tetapi, bagaimanakah bapa-bapa dalam sektor swasta akan menyelesaikan tanggungjawabnya jika mereka tidak diberi cuti yang secukupnya. Kini, tiada peruntukan langsung sebagai cuti paterniti bagi bapa-bapa di sector swasta.



Paternity leave atau cuti paterniti adalah perkara biasa di kebanyakan negara di Asia Tenggara. Singapura memperuntukkan cuti paterniti dua minggu berbayar; Myanmar, 15 hari; dan Filipina, antara tujuh hingga 14 hari. Berikut Ruby kongsikan rajah dari MalayMail yang menunjukkan betapa pentingnya paternity leave kepada setiap ahli negara di Asia. Menyedihkan apabila si bapa tiada cuti untuk membantu isterinya, malah tidak berkesempatan mencipta memori indah dengan bayi yang baru lahir. Tanggungjawab untuk menjaga anak perlu dikongsi bersama.

#7DaysForDads Paternity Leave Untuk Bapa Di Malaysia

Tidak kira anak yang ke berapa dilahirkan, cuti 7 hari ini dapat memudahkan urusan bapa-bapa yang baru menimang cahaya mata.

“Ramai rakyat Malaysia mahukan paternity leave dan kerajaan mesti mennyahut hasrat ini,” kata Pengarah Eksekutif WAO, Sumitra Visvanathan ketika menyampaikan petisyen kepada Yang Berhormat Tuan M. Kulasegaran V. Murugeson iaitu; Menteri Sumber Manusia dan Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Parlimen.

“Tiga hari cuti paterniti yang dicadangkan oleh kerajaan adalah langkah positif, tetapi ia tidak mencukupi. Bapa dalam sektor swasta patut mendapat sekurang-kurangnya tujuh hari paternity leave, sama dengan cuti paterniti yang sedia ada dalam sektor awam,” tambah Sumitra.

Daphne Iking Juga Menyokong #7DaysForDads

Personaliti televisyen, Daphne Iking yang turut hadir dalam penyerahan petisyen, menekankan bahawa ia amat penting untuk bapa bapa mendapat cuti paterniti yang secukupnya, bagi menggalakkan penjagaan bersama.

“Saya berjuang untuk sekurang-kurangnya 7 hari cuti paterniti untuk membolehkan lebih ramai bapa memainkan peranan aktif semasa isteri bersalin. Ia supaya kedua-dua mereka boleh menyesuaikan diri dan berkongsi tanggungjawab penjagaan bayi yang baru lahir.”

“Minggu pertama selepas bersalin sangat penting dan dengan bantuan bapa, ia membolehkan proses berpantang menjadi lebih selesa bagi ibu. Manakala bapa boleh menumpukan perhatian terhadap kerja-kerja rumah dan menjaga bayi serta anak-anak yang lain supaya ibu boleh mendapatkan rehat yang optimum dan sembuh secepat mungkin.”

Orang Ramai Juga Bersetuju 7 Hari Paternity Leave.

Mereka yang menandatangani petisyen itu juga berkongsi cabaran yang mereka hadapi akibat kekurangan cuti paterniti.

Youtuber, Jinnyboy juga menyokong penyerahan petisyen bagi 7 hari cuti paterniti. “Ia amat penting untuk ibu bapa meluangkan masa yang secukupnya dengan bayi yang baru lahir kerana tiada sesiapa yang boleh menjaga anak kamu sebaik anda” kata Jinnyboy. 

Saya baru pertama kali menjadi bapa dan tanpa cuti paterniti yang mencukupi untuk menjaga bayi baru lahir, saya dan isteri mengalami kesukaran,” jelas Jasper Ooi.

Seorang lagi penanda tangan petisyen, Priyasheni Paramasivan, turut menyuarakan kebimbangan Ooi.

“Saya baru sahaja melahirkan bayi pra-matang dan suami saya hanya mendapat cuti dua hari. Saya masih memerlukan dia untuk bersama menjaga bayi yang masih berada di unit penjagaan intensif neonatal dan membantu saya,” kata Priyasheni.

Sementara itu, penanda tangan petisyen yang lain turut menekankan bahawa majikan harus memberi sokongan yang lebih baik kepada para ibu bapa.

“Cuti paterniti tujuh hari perlu dijadikan hari cuti minimum yang diberikan. Majikan tidak boleh menjangkakan pekerja untuk bekerja dengan baik sekiranya mereka memaksa pekerja untuk memilih antara kerja dan keluarga,” kata Abol Hanif Abol Munafi.

Sokongi Petisyen #7DaysforDads Di Change.Org

Petisyen #7DaysForDads dilancarkan pada bulan Jun 2019 oleh Women’s Aid Organisation (WAO), telah mendapat 39,340 tandatangan, daripada yang mana 38,878 telah ditandatangani secara atas talian dan 462 secara biasa.
Anda boleh menandatangani petisyen pada bit.ly/rights4parents

Pengalaman Ruby Semasa Hamil, Bersalin & Berpantang

Kehamilan Ruby yang lalui atau ibu lain lalui sememangnya berbeza. Ruby hamil anak pertama ketika usia 26 tahun dan melahirkan Adam Solihin pada usia 27 tahun. Fasa menjaga kehamilan banyak cuti tidak berbayar yang suami perlu ambil. Sebab Ruby yang perlukan dia, bukan dia sakit. Dari situ sudah berkali-kali unpaid leave dan emergency leave. Sebab Ruby ada temujanji di Hospital perlukan dia memandu dan dia memilih untuk teman Ruby. Jika diceritakan kepada mana-mana ibu bapa, pasti mereka akan jawab “itu biasa, sebab kita bekerja di sektor swasta dan cuti tahunan sangat sikit. Tidak boleh dibawa ke tahun hadapan. Malah, jika ada lebihan cuti yang tidak digunakan pada tahun ini akan dianggap batal”.

Paternity Leave yang suami Ruby dapat adalah 3 hari dan akan bermula ketika hari bayi dilahirkan. Maka kami sering berdoa agar ruby bersalin hari ahad atau isnin supaya tidak mengganggu cuti suami. Sebab disaat kontraksi dan pecah air ketuban mungkin berlaku di rumah, di tempat kerja atau di hospital dan ketika itu, suami adalah peneman terbaik. Anak pertama Ruby, Adam Solihin dilahirkan awal 32 minggu. Bayangkan keadaan kami suami isteri di hospital dengan keadaan baru dan situasi ini amat stress. Ruby ditahan wad selama 2 hari. Hari ketiga bersalin dan seterusnya menetap di NICU. Berpantang di hospital. Suami pula cuti tidak mencukupi.

Belum dicerita lagi urusan pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara. Sebelum 60 hari kita boleh mendaftar nama anak, tetapi di nasihatkan terus daftar apabila usia bayi genap 7 hari agar urusan lain boleh diteruskan seperti pendaftaran akaun bank, ASB, Tabung Haji dan Tabung Warisan Anak Selangor. Semua lokasi berlainan.

Si Ayah amat diperlukan ketika sepanjang ibu berpantang. Paling Ruby perlukan ketika menyusu bayi ketika berpantangkan si Alif Daniel. Sebab dia dilahirkan secara Caesarean dan luka jahitan itu masih boleh terasa jika terlalu banyak bergerak.

Dulu, semasa berpantang, Ruby datang ke KKIA (Klinik Kesihatan Ibu & Anak) untuk mengambil suntikan vaksin bayi. Alhamdulillah suami dapat menemani dan Ruby berasa selesa. Ada juga ibu yang memandu ketika berpantang dan menunggu di KKIA bersama bayi tanpa ditemani suami. Itulah risiko dan pengorbanan demi karier suami. Setiap ibu bapa baru, pasti ada kisah pengorbanan mereka.

Jadi kisah dua-dua anak Ruby unik kan? Lagi unik apabila suami berhenti kerja sebab nak jaga Ruby. Dengan wang simpanan yang ada, disitu lah kami teruskan kehidupan. Ketika ingat balik kisah ini, Ruby memang sedih. Rakan sepejabat tidak memahami keadaan ini dan cuti pula sedikit, Ruby pula mengalami komplikasi ketika hamil dan macam-macam lagi.
Untuk ibu bapa baru pada masa akan datang, cuti paterniti amat bermanfaat. Ia untuk kalian, generasi Malaysia Baharu. Nikmati saat indah bersama isteri dan bayi anda. Seronoknya bau bayi, tenang je. Hehehe.

Kami bersama-sama mendesak kerajaan untuk memperkenalkan cuti paterniti sebanyak 7 hari bagi bapa-bapa dalam sektor swasta!
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !