Siti Khadijah TPO Nayla Di Shopee Super Brand Day 11 Oktober 2019

Siti Khadijah TPO Nayla Di Shopee Super Brand Day 11 Oktober 2019

Ruby
0

Siti Khadijah TPO Nayla Di Shopee Super Brand Day 11 Oktober 2019. Assalammualaikum semua! Bagi anda yang menggemari koleksi telekung Siti Khadijah, pasti anda sudah memiliki koleksi TPO Nayla kan? Telekung ini akan hadir dengan dua warna baharu. Sebelum ini warna Salmon & Almond menjadi pilihan para muslimah, kali ini anda pasti menyukai warna Grey & Mint! Hehehe. Jadi, jom set jadual untuk bersiap sedia untuk beli telekung Siti Khadijah!

Siti Khadijah TPO Nayla Di Shopee Super Brand Day 11 Oktober 2019

Pada 11 Oktober 2019, para penggemar SK boleh mengikuti Shopee Live, siaran langsung platform e-dagang ini, untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk telekung SK dan bagaimana ia direka untuk wanita Islam zaman sekarang selama 30 minit bersama pengacara Bella Zahir dan wakil dari Team SK. Bagi anda yang terlepas peluang untuk menonton sesi ini masih boleh mengikuti ulangannya pada bila-bila masa, dari mana-mana sahaja, dengan log masuk ke aplikasi Shopee.

Siti Khadijah (SK) merupakan jenama pakaian gaya hidup Muslim di Malaysia yang menawarkan pelbagai produk telekung dan bukan telekung dengan corak inovatif, motif dan warna yang berkualiti premium hanya untuk anda. Dalam jangka masa yang panjang, SK merancang untuk menjadi pengeluar produk gaya hidup Muslim yang terbesar di Malaysia dan juga di pasaran antarabangsa. Peminat pastinya teruja dan tertarik dengan begitu banyak pilihan rekaan yang ditawarkan.
  • Material: Made from premium quality of Poplin Signature material.
  • Face Design: Harmony & Classic
  • Face measurement: 60 cm
  • Special detail: Patterned geometric lace geometric embellishing over combi telescope looks minimalist.
  • Suitable for modern Muslimah of all ranges of age.
  • Waist length: 80cm.
  • Size available: Free size (up to M size)
  • Color: Grey & Mint
  • Price: RM 239

The Prayer Outfit (TPO) Nayla

The Prayer Outfit (TPO) Nayla merupakan produk terbaru keluaran SK yang akan dipasarkan secara eksklusif di Shopee. TPO Nayla yang direka eksklusif diperbuat daripada material Signature Poplin yang berkualiti premium bukan sahaja selesa untuk dipakai tetapi juga cantik dan menarik dipandang. Pastinya peminat boleh mendapatkan TPO Nayla bermula 11 Oktober 2019 hanya di Shopee. Ianya didatangkan dengan dua warna dengan corak menarik yang pastinya memikat hati penggemar telekung SK iaitu, warna Grey dan Mint. Harga telekung pula berharga RM 239.

Buat julung kalinya, jenama SK akan melancarkan kempen Super Brand Day, di mana SK akan “take over” aplikasi Shopee selama sehari pada 11 Oktober 2019. Istimewa bagi anda yang inginkan diskaun produk SK, nantikan baucar eksklusif SK hanya di Shopee. Tambahan juga, dengan setiap pembelian TPO Nayla, pelanggan akan dihadiahkan dengan Pouch Bag dan Kotak Eksklusif Shopee.

“SK amat menitikberatkan setiap perincian dan struktur sesebuah produk telekung mahupun produk bukan telekung yang lain, untuk mencapai standard yang premium kepada para pelanggan SK. Setiap potongan dan jenis kain haruslah tepat dan yang paling penting keselesaan untuk digunakan ketika beribadah itu yang paling penting. Bukan itu sahaja, dah nama pun ingin ‘berjumpa’ Tuhan, pastinya kita perlu bercantik-cantik ketika beribadah. Jadi, kami memperkenalkan pakaian solat dengan rekaan yang dipatenkan dengan tumpuan utama kepada bahagian muka, menggabungkan kain bermutu tinggi dan bahan yang boleh diregangkan– dijahit dengan rapi menggunakan renda sulaman yang cantik. Kami harap wanita Islam seronok memakai produk SK khususnya tambahan terbaru dalam koleksi kami, sebagaimana seronoknya kami menghasilkan setiap satu daripadanya untuk mereka”. Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman, Pengasas Siti Khadijah.

Mengenai Siti Khadijah

Siti Khadijah merupakan syarikat pengeluar telekung nombor satu Malaysia dengan keunikan dan rekaan inovatif di bahagian wajah. Telekung ialah pakaian istimewa wanita di Kepulauan Melayu yang dipakai setiap kali bersolat dan sinonim dengan orang Melayu yang beragama Islam. Siti Khadijah memperkenalkan rekaan yang dipatenkan fokus kepada potongan unik bahagian wajah dengan kombinasi fabrik berkualiti tinggi untuk memastikan keselesaan ketika beribadah. Material mudah regang sesuai untuk setiap bentuk dan saiz wajah wanita. Koleksi telekung SK menawarkan empat unik rekaan wajah yang berbeza dengan rekaan telekung biasa.

Material yang digunakan hanya daripada fabrik berkualiti premium seperti kapas, cotton-feel, rayon dan sutera dengan sentuhan perincian renda yang disulam indah. Selain daripada telekung, SK turut menawarkan koleksi pakaian khas untuk jemaah Haji dan Umrah. Antara produk lain yang ditawarkan termasuklah hijab, sarung lengan, jubah, baju kurung tradisional dan pelbagai aksesori. Sejak 2009, SK dinamakan sebagai jenama isi rumah di Malaysia dengan memasarkan produk gaya hidup Muslim. Kini, SK berkembang luas dengan lebih 34 cawangan sekitar Malaysia dan 15 cawangan di Indonesia.

www.shopee.com.my/sitikhadijahofficial
www.shopee.com.my
www.instagram.com/Shopee_MY
www.facebook.com/ShopeeMY
www.facebook.com/TelekungSitiKhadijah
www.instagram.com/telekung.sitikhadijah
www.sitikhadijah.com/my
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !