Siap Sedia Untuk Festival Kanak-Kanak Terbesar Di Malaysia "Lola Baba Kids Festival 2018"

Lola Baba Kids Festival 2018. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby nak berkongsi tentang festival yang bakal membuatkan anda semua tak sabar nak datang! Bukan sahaja pengunjung seperti ruby sahaja teruja, malah vendor dan selebriti terlibat juga pasti teruja! Ruby memang menantikan acara hot spot tahunan yang menampilkan pelbagai jenama, pelbagai kartun animasi, makanan enak seluruh Malaysia, tempat ibu bapa boleh membeli belah keperluan anak-anak seperti alat tulis dan buku. Kemudian paling best adalah masuk PERCUMA! Yayy!

Lola Baba Kids Festival 2018

Karakter comel dua ekor biri-biri, Lola clan Baba membawakan festival kanak-kanak terbesar di Malaysia iaitu Lola Baba Kids Festival. Bakal diadakan pada 26 hingga 28 Oktober 2018 bertempat di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor, ia dijangka menarik kehadiran kira-kira 500,000 pengunjung. Lola Baba Kids Festival dianjurkan oleh Eventious Global Sdn Bhd dengan kerjasama Binsabi Event Solution yang julung kali diadakan menyasarkan ibu bapa dan anak berusia 18 tahun ke bawah. Festival ini tentu memberikan pengalaman yang begitu berbeza berbanding seumpamanya yang pernah diadakan.

Lola Baba Kids Festival 2018

Paknil Duta Rasmi Lola Baba

Lola Baba Kids Festival menampilkan YBhg Datuk Aznil Haji Nawawi sebagai duta rasmi Lola Baba. Profail Paknil sentiasa memberi inspirasi kepada para ibu bapa dan anak-anak. Malah kami yang membesar dengan Paknil dari kaca televisyen juga menjadikan beliau idola. Mana tidaknya, setiap apa jua penampilan Paknil dalam apa jua rancangan, pasti dinantikan. Dalam bidang pengacaraan juga Paknil digelar sifu. Sebab beliau pandai menangani pelbagai situasi sepanjang bergelar host. Paling best, bila paknil buat situasi mendebarkan masa Akademi Fantasia. Hahaha.

Lola Baba Kids Festival 2018

Anak Paknil Presiden Lola Baba Kids Club

Paknil memang terkenal dengan sikap profesional dan jauh dari kontroversi. Paknil memiliki 3 orang anak iaitu Fildza Haifa (Fifi); 28, Fariq Haizen (Riki); 24 dan Firdaus Hariz (Baby Riz); 10 tahun. Apa perkembangan mereka pun netizen tidak tahu. Jauh dari dunia hiburan. Tapi, ada sesuatu yang membanggakan. Anak bongsu Paknil iaitu Firdaus Hariz Aznil yang kita semua kenal sebagai Baby Riz telah dilantik sebagai Presiden Lola Baba Kids Club. Tahniah! Wah bertambah meriah industri dengan penampilan anak Paknil.

Lola Baba Kids Festival 2018
Dari kiri Puan Sharifah Fadzliah; Principal Lola Baba, YBhg Datuk Aznil Haji Nawawi; Duta Rasmi Lola Baba, Firdaus Hariz Aznil; Presiden Lola Baba Kids Club

Siapa Yang Terlibat Sepanjang Lola Baba Kids Festival 2018

Festival ini akan turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa selebriti tempatan seperti Amir Raja Lawak dan pasangan Khai Rosma serta YBhg Dratuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor termasuklah karakter animasi seperti Omar Hana dan Didi & Friends bagi menyerikan program itu.

Lola Baba Kids Festival 2018 telah menarik sokongan ramai penaja iaitu . Champs, Pipipau, Siti Khadijah dan Glorier manakala rakan strategik LoLa Baba iaitu Tateh, Yons, Eiman Kids, Nedya, Kids Project, Susu Irfan, El Zahraa Kids, PantangPlus, Little Dariena, Si Chomel Lily, Chak2baby. House of Kambing, Susu Irfan, Dhaka Teh Ais, Aiskrim Kedadih, Coway, Bondahaven, Laman Khaira, Axpic, Villapria, HAS Production, HF Consultant, Mibsstudio, EduAsia, Ampac, SFA, Siffra, Ansara, Grolier, Zawra, Kenny Rogers Roaster, UPM dan UKM.

Lola Baba Kids Festival 2018 Lola Baba Kids Festival 2018

Pencarian Vendor Lola Baba Kids Festival 2018

Pelbagai vendor akan memeriahkan suasana di festival ini. Pasti tempat ini menjadi satu hot spot untuk ibu bapa berbelanja. Mungkin expo bayi, expo barangan permainan patut diadakan. Barulah berbaloi datang dari jauh. Kita borong semua keperluan anak-anak. Hehehe.

4 jenis vendor yang diperlukan. Sama ada dari syarikat besar atau bumiputera, kedua-duanya amat dialu-alukan. Ruby teringin satu tempat ada pesta buku antarabangsa, expo bayi, food festival yang ada food truck dan pakaian anak-anak murah-murah dari tollyjoy, pureen, aeon ke.

  • Syarikat Penerbitan
  • Permainan Bayi & Kanak-Kanak
  • Produk Makanan
  • Pakaian Bayi & Kanak-Kanak

Lola Baba Kids Festival 2018 Lola Baba Kids Festival 2018 Lola Baba Kids Festival 2018 Lola Baba Kids Festival 2018

Aktiviti di Lola Baba Kids Festival 2018

Pelbagai program dan aktiviti menarik yang disediakan untuk mencipta keteruiaan sekaiigus menggandakan kegembiraan terutamanya kanakkanak iaitu buih gergasi, belon udara panas, sand art, permainan virtual, bouncing castle, petting zoo, pony ride, memanah, paintball dan lain-lain lagi.

Festival ini turut mengadakan beberapa aktiviti seperti persembahan kebudayaan, pencarian bakat cilik, forumkeibubapaan, persembahan seni mempertahankan diri, pertandingan catur, pertunjukan fesyen bayi. perjumpaan pasangan kembar Malaysia dan banyak lagi.

Terdapat empat zon disediokon iaitu Zon A, kawasan yang dilengkapi dengan penyaman udara dengan 260 ruang niaga disediakan di bahagian ini. Zon B pulo kawasan yang dilengkapi dengan khemah Arabian yang menempatkan sehingga 152 ruang niaga. Sementara itu, Zon C merupakan ruang untuk gerai makanan termasuklah trak makanan. Manakala Zon D adalah ruang untuk permainan luar.

Lola Baba Kids Festival 2018 Lola Baba Kids Festival 2018

Ruby seru semua ibu bapa dan anak-anak di seluruh Malaysia untuk masukkan festival ini di dalam jadual. Bulan oktober walaupun nampak seperti masih jauh, tetapi tidak bagi ruby yang sentiasa sibuk. Ruby akan pastikan kami sekeluarga hadir. Mula menabung dari sekarang ya. 25hb dah gaji, pastikan semua yang hadir happy tau. Hahaha. Tambahan anak-anak kita. Setiap permainan mesti nak main. Oh ya bawa juga wang tunai ya. Sesetengah vendor ada perkhidmatan kad debit dan kredit. Hehehe.

Lola Baba Kids Festival 2018
26, 27 & 28 Oktober 2018
Jumaat, Sabtu & Ahad
10AM – 10PM
MAEPS Serdang
Masuk PERCUMA!
#lolababafestival2018 #lolababa #funparknil #lolababafest
www.lolababa.com
www.facebook.com/lolababamalaysia
www.instagram.com/lolababa.official

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال