Marvel Spiderman PS4

Marvel Spiderman PS4

Ruby
0

Marvel Spiderman PS4

Marvel Spiderman PS4

Marvel Spiderman PS4. Cuti panjang 4 hari dengan anak-anak layan main game Marvel Spiderman, Adam dan Alif memang minat dengan superhero ni. Hari-hari kalau boleh nak pakai baju Spiderman dia tu.

Spiderman kali ini di buat oleh Insomniac Games yang terkenal dengan video game Ratchet& Clank,  gameplay untuk Spiderman adalah “action/adventure” yang mempunyai peta bandar New York. Ianya mempunyai sistem kombat yang menarik, super dan pantas reflek seperti Spiderman di dalam filem. Di samping mempunyai gajet yang menarik segala yang ada di sekeliling boleh digunakan sebagai senjata untuk membanteras jenayah di bandar New york.

Untuk memberikan kepelbagaian dalam “quest” Spiderman, banyak mini game yang berselerak di serata bandar new york di samping ada “event” tiba-tiba seperti kemalangan, rompakan dan musuh Spiderman yang lain.

Kisah kali ini mengenai Peter Parker yang berumur 23 tahun dan menjadi pelatih di makmal Otto. Peter telah menjadi Spiderman selama 8 tahun dan menjadi penjaga bagi bandar New York sementara Mary Jane telah menjadi wartawan di Daily Bugle.

Insomniac Game telah membuat game Spiderman ini dengan baik, jalan cerita yang menarik, kombo lawan yang hebat, pantas dan mempunyai banyak baju Spiderman yang unik dan gajet-gajet hebat Spiderman. Baru beberapa jam sahaja main Spiderman, keterujaan untuk menghabiskan misinya memang “first class”. Perkembangan yang menarik antar karektor, grafik yang mantap, kombat yang “awesome”, gajet yang best dan paling banyak baju Spiderman dari koleksi kartun dan komik Spiderman termasuk baju dari Avenger “Infinity War”. Anak-anak pun teruja bila tengok koleksi baju dan tidak sabar nak mencubanya.

Bagi Ruby, Spiderman memberikan berita gembira buat peminat Spiderman dan para “gamer”. Ianya game yang perlu ada dan adalah hak eklusif buat PS4 sahaja. Ruby bagi rating 8/10 walaupun yang baru bermain 25% dan tidak sabar untuk habiskannya. Terbaik Insomniac game.

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !