Giant Stadium Shah Alam Kini Berwajah Baharu, Tawar Pengalaman Membeli-Belah Lebih Selesa

Shah Alam, 2 April 2026 – Giant Stadium Shah Alam kini tampil dengan wajah baharu yang lebih segar, moden dan mesra pelanggan, sekali gus menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih selesa untuk seisi keluarga.

Transformasi ini bukan sahaja melibatkan perubahan visual, malah turut merangkumi susun atur ruang yang lebih kemas dan sistematik. Dengan pencahayaan yang lebih terang serta laluan yang lebih luas, pelanggan kini dapat menikmati suasana membeli-belah yang lebih teratur dan menyenangkan. 

Giant Stadium Shah Alam Kini Berwajah Baharu, Tawar Pengalaman Membeli-Belah Lebih Selesa

Majlis perasmian wajah baharu ini telah disempurnakan dengan kehadiran barisan tetamu kehormat termasuk Linda Phang, Deputy CEO GCH Retail Malaysia Sdn Bhd, YB Tuan Mohd Najwan Halimi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Belia & Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan & Ekonomi Kreatif serta ADUN Kota Anggerik, dan YBRS Tuan Muhamad Hanif Bin Asa’ari, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Selangor.

Turut hadir memeriahkan acara ialah Arumugam a/l Nadarajan, Store Manager Giant Stadium Shah Alam, bersama wakil GCH Retail Malaysia Sdn Bhd iaitu Cheah Yong Hock dan Sivanesan a/l Velaidam.

Muaz Jadi Tarikan Utama

Antara tarikan utama di Giant Stadium Shah Alam ialah kehadiran Muaz, sebuah pemborong fesyen dan tekstil Muslim yang luasnya melebihi 26,000 kaki persegi. Ruang ini menawarkan pelbagai pilihan daripada tudung, kain hinggalah pakaian siap, menjadikannya destinasi pilihan bagi pelanggan yang mencari kelengkapan fesyen Muslim dalam satu lokasi. 

MR DIY Lebih Luas, Lebih Pilihan

Selain itu, cawangan MR DIY di lokasi ini turut diperluaskan bagi memenuhi keperluan pelanggan. Dengan ruang yang lebih besar, pengunjung kini dapat menikmati lebih banyak pilihan produk, daripada barangan rumah hinggalah ke keperluan harian, dalam suasana membeli-belah yang lebih selesa.

Konsep Baharu MBF Mattress

Bahagian peruncitan tilam juga diberi nafas baharu melalui konsep MBF Mattress yang lebih moden dan premium. Susun atur yang lebih menarik serta suasana yang selesa memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan yang sedang mencari kelengkapan tidur berkualiti.

Farmasi Tempatan Bakal Dibuka

Dalam usaha memperkukuh konsep pusat beli-belah sehenti, Giant Stadium Shah Alam turut bakal menampilkan pembukaan farmasi tempatan dalam masa terdekat. Inisiatif ini dijangka memberi kemudahan tambahan kepada pelanggan dalam memenuhi keperluan kesihatan dan kesejahteraan.

Promosi Hebat Sempena Wajah Baharu 

Bersempena dengan pelancaran wajah baharu ini, Giant Stadium Shah Alam turut menganjurkan promosi khas bertemakan “Kini Berwajah Baharu – Promosi Hebat!” yang berlangsung dari 2 hingga 5 April 2026, bermula jam 8 pagi hingga 10 malam.

Antara tawaran menarik termasuk:

Susu Magnolia: Beli 2 Percuma 1
Pantene & beras: Beli 1 Percuma 1
Telur: 2 tray pada harga RM5
Ayam seekor: RM5.99 sekilogram
Pisang: RM2.99 sekilogram
Sayur-sayuran: dari RM0.99
Sunlight: RM4.99
Tisu Scott: RM11.99

Promosi ini memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang lebih berbaloi. 

Klik https://www.giant.com.my/promotions untuk info promosi yang sedang berlangsung.

Peraduan Beli & Menang 25 Feb - 19 April 2026

Giant Stadium Shah Alam Kini Berwajah Baharu, Tawar Pengalaman Membeli-Belah Lebih Selesa

Pengalaman Baharu untuk Pelanggan

Dengan pelbagai penambahbaikan yang diperkenalkan, Giant Stadium Shah Alam kini bukan sekadar destinasi membeli barangan dapur, tetapi juga sebuah ruang membeli-belah yang lebih selesa, lengkap dan sesuai untuk kunjungan seisi keluarga.

Transformasi ini mencerminkan komitmen Giant dalam menyediakan pengalaman runcit yang lebih baik, sejajar dengan keperluan gaya hidup pelanggan masa kini. 
Terbaru Lebih lama