Pallas Jazz Kasut Sekolah Tahun Satu Adam - RUBY.MY | Best Lifestyle Blog

Pallas Jazz Kasut Sekolah Tahun Satu Adam

Pallas Jazz Kasut Sekolah Tahun Satu Adam. | Assalammualaikum semua! Hari ini Ruby nak bercerita tentang persediaan persekolahan Adam. Anak pertama kami akan memasuki alam persekolahan pada tahun 2021. Tahun 1 adalah waktu kenangan persekolahan terbina. Sama ada memori indah atau memori yang menakutkan. Sebagai ibu bapa, kami berusaha untuk beri yang terbaik dan menginginkan anak kami suka belajar. Memupuk minat belajar di persekitaran baru ibarat reset button bagi kami. Risau, berdebar, takut dan seronok semua ada. Perasaan bercampur. Hehehe. Hari ni nak bercerita bab kasut sekolah dulu. Sebab Ruby teruja nak Adam pakai kasut sekolah yang Ibu pakai masa zaman ibu sekolah dulu. Hahaha. Memang rasa menggamit memori bila Adam tanya, kasut sekolah ibu dulu macam mana? Jenama apa? Warna apa? Jadi, marilah kita sama-sama mewarisi Pallas Jazz semasa zaman sekolah. Hehehe. Nanti Adam cerita kat generasi akan datang pula ya.

Pallas Jazz Kasut Sekolah Tahun Satu Adam


Pallas sememangnya jenama #throwback paling klasik kepada seluruh Rakyat Malaysia. Sebagai seorang pelajar sekolah, kenangan paling indah ketika usia 7 hingga 17 tahun. Zaman di bangku sekolah. Aktiviti tahunan pada bulan 12, mesti beli barang sekolah. Kasut sekolah adalah wajib. 2 pasang setiap seorang. Ruby ada tiga orang adik beradik yang semuanya bersekolah. Kasut Pallas Jazz ni sangat mampu milik. Tambahan ibu Ruby adalah ibu tunggal. 6 pasang kasut untuk tiga orang anak. Seronok kami pilih kasut. Ada yang suka velcro lekat-lekat dan ada yang suka bertali. Mak Ruby tak kisah pun. Asalkan pergi sekolah! Hehe.

Masa gambar ini di ambil, malu la sebab kaki tunjuk macam tu. Tapi bila Adam tanya baju sekolah ibu, kasut sekolah ibu, Ruby boleh tunjuk gambar ni. Hahaha. 

Okay habis cerita kenangan tentang Ruby, sekarang tahun 2021, giliran Adam pula enjoy keseronokan ke sekolah. Kenapa Ruby dan suami pilih kasut Pallas? Sebab harga mampu milik, rekaan trendy, fungsi kasut sekolah untuk di pakai secara harian, tahan lama sehingga akhir tahun persekolahan, berkualiti, mudah untuk anak yang tak reti ikat tali kasut, ringan, ada sokongan bahagian tapak dan paling penting mudah didapati berdekatan rumah kami. Hehehe. AEON!

Untuk kaki Adam, Ruby beli saiz 12 dan bernilai RM 47.99 sahaja! Nak koleksi sama macam Adam? Korang boleh beli dalam talian di sini :

Ringan, Selesa, Velcro Strap.


๐Ÿ’› Reka bentuk Velcro Melekat.
๐Ÿ’› Memberi keselesaan kaki dengan sistem pengudaraan unik yang dirancang; bahagian atas dibuat dengan mesh yang digabungkan dengan PVC. Pengudaraan yang baik, kasut cepat kering.
๐Ÿ’› Super Ringan tambahan yang terbukti "X-Light". Bagus untuk kaki anak-anak yang akan membesar atau memanjang.
๐Ÿ’› Lapisan busa untuk perlindungan keselesaan tambahan
๐Ÿ’› Arch Support melegakan ketegangan pada otot kaki. Lengkungan mengikut tapak kaki akan membuatkan kaki anak selesa.

Promosi Pallas Crazy Online Combo


Jom rebut peluang membeli secara dalam talian melalui laman web e-dagang www.wow2wee.com. Promosi secara dalam talian berlangsung dari 23 Dec 2020 hingga 31 Jan 2021. Jangan lepas kan peluang ini! Sehingga stock masih ada!


RM 35, korang boleh pilih 1 pasang kasut dari 4 koleksi kasut sekolah Pallas Jazz dan dapat 2 pasang stokin berkualiti iaitu Pallas 2 in 1 Socks Hitam

atau


RM 79, korang boleh pilih 2 pasang kasut dari 4 koleksi kasut sekolah Pallas Jazz dan dapat 3 pasang stokin berkualiti iaitu Pallas 3 in 1 Bamboo Charcoal Hitam.


Penghantaran PERCUMA untuk Semenanjung Malaysia apabila korang membeli RM 50 ke atas.

Flat Rate RM 5 untuk penghantaran setiap pasang kasut ke Sabah dan Sarawak.

Peraduan Jom Beli Dan Menang


Anda juga berpeluang memenangi ๐—ฅ๐— ๐Ÿฏ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ tunai dan hadiah menarik lain dengan membeli sepasang PALLAS SCHOOL SHOE.

Muat turun borang peraduan melalui https://bit.ly/3pix9Hg

Pallas School Shoes turut terdapat di promosi Back To School yang berlangsung di pasaraya AEON, Tesco, Mydin Supermarket. Jom dapatkan kasut Pallas Jazz untuk anak-anak sekarang!

19 ulasan:

  1. Pilihan tepat! Pallas memang best pakai. Selesa!
    Sejak zaman kak Nina sekolah dan sekarang anak pun pakai kasut sekolah Pallas!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pallas Jazz memang best. Zaman kita dulu kasut bertali. Sekarang utk anak, velcro the best choice. Hehehe

      Padam
  2. fuhhh macho betul Adam posing dengan set baju sekolah! Nice jugak ada combo macam ni, jimat sikit duit parents kan. Boleh shopping dekat Pallas untuk adik2, ada free shipping pulak tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha'ah. Cuma mereka risau bab saiz. Dekat website Pallas ada ajar camana nak ukur. Saya dah beli. Memang ngam ngan kaki anak. Cuma kena rajin ukur sebab kaki anak-anak cepat membesar. Tanpa sedar dah up size. Hehe.

      Padam
  3. Comelnya Adam nak masuk sekolah dah..good luck ye. Kasut Pallas ni jenis melekat, sure senang for kids kan ☺️☺️

    BalasPadam
  4. murah la pakej kasutnya. siap daoat stokin. nanti nak bagitau kakak. jimat ni

    BalasPadam
  5. Brand ni dah brrzaman di pasaran.trusted. anak3 akk mmh semua guna pallas. Sangat tahan lasak

    BalasPadam
  6. :) bila baca entry ni, Nell pulak yang excited lebih macam Nell yang akan back to school ni.. :) Rindu zaman dulu2 ni la hari2 paling happy sebab boleh pergi beli kasut baru, semuanya baru... takde rezeki merasa lagi untuk prepare anak2 ke sekolah..

    BalasPadam
  7. Lama betui jenama ni ya. Kasut ni pakai sampai tak lekat la pelekat dia tu. Prefer pakai tali. Budak2 elok pakai jenis pelekat la kan. Promo pun menarik tu. Sonok ye kalao time pakai kasut baru. Mesti kwn2 puji wow kasut baru. Memori kecik2 ye.

    BalasPadam
  8. Anak-anak sedara Sis pun semua pakai pallas jazz ni, sama juga Sis, dulu sekolah pakai pallas juga, tahan lasak, tapi Sis pakai yang bertali tu.. setahun pakai wooo..

    BalasPadam
  9. This looks like such a great product. Can’t wait to buy a few of these for my young little nephews nnt, i am sure they will love them!

    BalasPadam
  10. Kasut pallas jazz ni dari zaman dulu sampai sekarang memang kekal trendy kan? Seingat saya, masuk sekolah menengah baru saya pakai kasut ni sebab waktu tu baru pandai nak bergaya. Masa sekolah rendah, mak belikan kasut2 murah je.

    BalasPadam
  11. cantik yer kasut sekolah adam. pandai betul dia pose, macam model cilik . anak2 huda pun ada kasut pallas ni untuk sesi persekolahan tahun ni

    BalasPadam
  12. Pallas antara brand yang dipercayai !! K.Sal lom shopping lagi kasut anak-anak..ingat nak beli online je. Terus sampai depan pintu gittew

    BalasPadam
  13. Thanks for sharing this! I believe my friend's children will very in love with this brand! When my daughter grow up , I think she will like this too!

    BalasPadam
  14. Kasut jenama Pallas ni memang dah lama sejak dari zaman kita sekolah dulu dah ada kasut ni tapi kita orang kampung tak mampu beli siapa yang ada kira orang yang have-have lah masa tu hehehehehe..

    BalasPadam
  15. Kasut sekolah Pallas memang pilihan ibubapa, kasut sekolah MR dan MH pun pakai Pallas punya. Selesa dan dapat melindungi kaki anak-anak.

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Dikuasakan oleh Blogger.