Orange Party Guardian Malaysia Menawarkan Promosi Istimewa Selama 3 Hari Bermula 1 Januari Sehingga 3 Januari 2021

Orange Guardian Malaysia Menawarkan Promosi Istimewa Selama 3 Hari Bermula 1 Januari Sehingga 3 Januari 2021. | Assalammualaikum semua! Happy New Year! Sekejap je masa kan. Tahun 2020 akan meninggalkan kita dan tahun 2021 akan menyambut kita. Ruby doakan semuanya akan lebih baik dan kita lebih bersedia. Sentiasa amalkan kebersihan diri, penjarakan sosial dan fizikal. Jaga diri, jaga keluarga dan jaga orang sekeliling. Tahun baru, pastinya ada azam baru kan? Ruby punya azam simple aje. Ruby nak bawa azam sebelum ini ke tahun 2021. Hahaha. Azam nak turunkan berat badan kepada 55kg ni selalu on off. Kahkahkah. Seterusnya azam untuk jadi isteri, ibu dan muslimah sejati. Semoga kehidupan kita semua lebih diberkati oleh Allah s.w.t. 

Orange Party Guardian Malaysia Menawarkan Promosi Istimewa Selama 3 Hari Bermula 1 Januari Sehingga 3 Januari 2021. 


Peneraju rantaian farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit di Malaysia, Guardian Malaysia menyambut tahun baru dengan ledakan OREN! 

Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Health And Beauty, Malaysia dan Singapura berkata: 

“2020 adalah tahun yang mencabar untuk perniagaan, jadi kami membuat keputusan untuk memulakan 2021 dengan semangat yang baru dan oleh sebab itu kami telah melancarkan PARTY OREN hari ini.

Kupon Ganjaran & Diskaun 50%


Kami ingin memberi ganjaran kepada para pelanggan setia dengan jualan seluruh stor yang terbesar pernah kami adakan yang dikenali sebagai PARTY OREN. Untuk tiga hari sahaja, bermula 1 sehingga 3 Januari 2021, para pelanggan akan dapat menikmati penjimatan hebat dengan diskaun sehingga 50% untuk produk-produk terpilih dan mendapatkan tawaran WOW untuk lebih 1600 barangan daripada pelbagai jenama terkemuka di SEMUA stor kami di seluruh negara. 


Mereka juga akan menikmati potongan harga 40% untuk rangkaian luas produk penjagaan rambut dan penjagaan kulit. Selain itu, pelanggan boleh mendapatkan kupon ganjaran istimewa PARTY OREN. Untuk pembelian bernilai RM80 dalam satu resit, mereka akan menerima kupon ganjaran sebanyak RM10, untuk pembelian bernilai RM120, mereka akan mendapat DUA kupon ganjaran RM10 dan untuk pembelian sebanyak RM150, mereka akan menerima TIGA kupon ganjaran RM10.” Inilah masa terbaik untuk menambah semua stok keperluan kecantikan dan kesihatan anda!

🧡 Kupon Ganjaran bernilai RM10, RM20, RM30 Up For Grab 
🧡 WOW Deals Diskaun Sehingga 50% Untuk Lebih Dari 1600 Tawaran Dari Pelbagai Jenama
🧡 Skin Care* Diskaun 40% Untuk Lebih Dari 500 Produk
🧡 Hair Care* Diskaun 40% Untuk Lebih Dari 240 Produk

Terma & Syarat Orange Party


1. Harga promosi berdasarkan harga jual biasa.
2. Julat tertentu boleh didapati di kedai terpilih.
3. Tawaran dan produk terpilih mungkin tidak tersedia di Guardian Store-in-Store di lantai membeli-belah Giant Hypermarket.
4. Terhad kepada 3 unit setiap item, setiap resit.
5. Sementara stok masih ada.  Syarat terpakai.


Pelitup Muka Baharu Guardian


Sebagai sebahagian daripada norma baru dan keprihatinan Guardian terhadap kesihatan dan keselamatan komunitinya, Guardian juga bakal mengedarkan pelitup muka OREN Guardian kepada ahli-ahli pasukannya.

Pelitup muka Antimikrobial eksklusif ini direka khas untuk Guardian dan ia:

Boleh dicuci dan mengandungi teknologi antimikrobial bertaraf dunia yang telah diuji di makmal untuk mencegah 99.9% mikrob melalui pelitup muka untuk sepanjang jangka hayat pelitup muka tersebut. Ia membersih sendiri dan tahan sehingga 100 kali cucian. Ia lebih kemas, lebih lut udara dan boleh dilaras. 

Ahli-ahli pasukan Guardian juga akan menerima satu beg oren untuk menyimpan pelitup muka itu agar ia kekal bersih, selamat dan mudah untuk dibawa. Di Malaysia, ahli pasukan Guardian yang berhijab akan menerima saiz mesra hijab manakala ahli-ahli pasukan yang lain akan menerima pelitup muka bersaiz normal. 

    
“Dengan susun atur stor yang baru, pelitup muka Guardian baru dan ditambah pula dengan PARTY OREN, kami akan menyambut para pelanggan setia ke stor kami di tahun 2021 dengan dinamik dan semangat baru sesuai dengan reputasi kami sebagai peneraju pasaran dalam farmasi, kesihatan dan industri runcit di Malaysia,” jelas Anna.   

Mengenai Guardian Malaysia


Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 53 tahun lalu. Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 450 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. Rangkaian stor-stor ini menyediakan perkhidmatan kepada lebih 33 juta pelanggan di seluruh Negara.

Jom ke kedai Guardian terdekat anda atau log masuk ke Guardian Online untuk mula membeli-belah www.guardiancatalogue.com.my/orange-party-2020

9 Comments

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Wow diskaun sehingga 40% Memang banyak dan boleh jimat lebih banyak kan? So kenalah terjah Guardian sekarang untuk dapat potongan hebat. Face mask orange dia pun cantik kan? Cute.

    ReplyDelete
  2. Meati rona Oren merupakan warna bertuah untuk kalendar tahun baru Cina pada Februari nanti... happy shopping di Guardian!

    ReplyDelete
  3. diskaun banyakkkk berbaloi2 kalau nak shopping kat Guardian. facemask orange Tu cantik lah

    ReplyDelete
  4. Ohhh ini ker yang oreng party tu kita ingat ada apa kat Guardian tu heheheheh kita pun memang beli barang kepeluan peribadi kat sini senang semua ada dan juga kalau ada promo lagi best hehehe..

    ReplyDelete
  5. Masa YES tak sempat nak shopping. Ni esok kena terjah juga la Guardian. Rugi sangat tak grab 40% less.

    ReplyDelete
  6. wow these deals and promotions are crazy! i am heading to a guardian right now to start shopping!

    ReplyDelete
  7. Wahh guardian tengah sales ye kak.. Ni rasa nak pergi ni.. Sbb mmg nak cari barang kt sana pun sbb byk dh abis kebetulan pula... Orange party ni byk juga ya...

    ReplyDelete
  8. Guardian memang kedai favorite saya. Kalau lalu mesti singgah, walaupun takde plan nak beli apa2. Sebab diskaun dia selalu best2. Nanti nak tengok la orange party ni.

    ReplyDelete
  9. Sakan shopping ritu.. masa ni la nak beli stok barang2 keperluan .. banyak jimat tu. berbaloi-baloi.

    ReplyDelete

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Previous Post Next Post