PRISM+ Melantik Jonathan Wong Sebagai CEO Baharu, Perkukuh Kepimpinan Untuk Fasa Pertumbuhan Seterusnya

KUALA LUMPUR, 10 Mac 2026 — Jenama teknologi pengguna yang berkembang pesat di Asia Tenggara, PRISM+, hari ini mengumumkan pelantikan anak kelahiran Malaysia, Jonathan Wong, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu syarikat tersebut.

PRISM+ Melantik Jonathan Wong Sebagai CEO Baharu, Perkukuh Kepimpinan Untuk Fasa Pertumbuhan Seterusnya


Pelantikan ini turut menyaksikan pengasas PRISM+, Jonathan Tan, beralih ke peranan baharu sebagai Executive Chairman, sebagai sebahagian daripada strategi syarikat untuk memperkukuhkan struktur kepimpinan dan mempercepatkan pertumbuhan perniagaan.

Sejak ditubuhkan, PRISM+ telah membina reputasi sebagai jenama teknologi paparan terkemuka di Singapura. Jenama ini mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2020 dan pantas mendapat perhatian pengguna menerusi produk berkualiti tinggi pada harga berbaloi serta pendekatan yang mengutamakan pelanggan.

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, PRISM+ terus memperluaskan portfolionya daripada teknologi paparan kepada rangkaian peralatan rumah pintar, termasuk televisyen, monitor, penghawa dingin dan pelbagai produk gaya hidup moden yang boleh diurus melalui satu aplikasi mudah alih PRISM+. Ekosistem ini direka bagi memudahkan pengguna mengawal rumah pintar secara lebih praktikal dan efisien.

Sejak memasuki pasaran Malaysia, PRISM+ mencatatkan pertumbuhan dua digit secara konsisten setiap tahun, selain memperluaskan operasi perniagaan melebihi platform e-dagang.

Kini, jenama tersebut mengendalikan 10 cawangan runcit di pusat beli-belah utama di seluruh negara, termasuk di Sunway Pyramid, Sunway Velocity, IOI City Mall Putrajaya, Queensbay Mall, Setia City Mall dan AEON Mall Tebrau City.

Sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan, PRISM+ turut merancang pembukaan cawangan baharu di Imago Shopping Mall, Sabah, sekali gus mengukuhkan kehadirannya di Malaysia Timur.

Langkah ini mencerminkan kedudukan PRISM+ sebagai antara jenama teknologi rumah pintar yang berkembang paling pesat di Malaysia, selari dengan permintaan pengguna terhadap produk seperti TV premium, monitor, penghawa dingin serta peralatan rumah pintar yang menawarkan nilai terbaik.

Dengan pelantikan Jonathan Wong sebagai CEO, beliau akan menerajui operasi teras PRISM+ di rantau Asia Pasifik, termasuk strategi perniagaan dan pengedaran, pembangunan produk serta prestasi keseluruhan syarikat ketika syarikat bersedia memasuki fasa pengembangan seterusnya.

Jonathan Wong membawa pengalaman luas dalam kepimpinan teknologi dan perniagaan global, termasuk pernah memegang jawatan penting di Uber, CloudKitchens dan Habyt. Beliau juga mempunyai latar belakang dalam bidang perbankan pelaburan dan perundingan pengurusan di rantau Asia Pasifik.

Pengalaman beliau dalam mengembangkan perniagaan teknologi yang berkembang pesat di pelbagai pasaran dijangka memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan kedudukan PRISM+ di peringkat domestik dan antarabangsa.

Sebagai CEO, beliau akan mengetuai usaha memperluaskan ekosistem produk PRISM+, merangkumi televisyen pintar, monitor serta rangkaian peralatan rumah pintar yang semakin berkembang.

Menurut Jonathan Tan, Executive Chairman PRISM+, jenama tersebut sejak awal lagi dibina berasaskan prinsip bahawa teknologi berkualiti tinggi seharusnya boleh diakses oleh semua.

“PRISM+ sentiasa berdiri atas nilai kualiti, kepercayaan dan kebolehcapaian. Daripada televisyen dan monitor sehinggalah penghawa dingin serta rangkaian produk rumah pintar seperti mesin basuh dan vakum, kami mahu mentakrifkan semula konsep inovasi mampu milik di setiap rumah,” katanya.

Tambah beliau lagi, kerjasama bersama Jonathan Wong diyakini mampu membawa PRISM+ ke tahap yang lebih tinggi dalam menawarkan nilai luar biasa kepada pengguna.

Sementara itu, Jonathan Wong menyifatkan pelantikannya sebagai satu penghormatan besar untuk memimpin syarikat tersebut ke fasa baharu.

“PRISM+ telah membina asas yang kukuh sebagai jenama pengguna yang dipercayai. Fokus saya adalah untuk mengembangkan kejayaan ini melalui rangkaian teknologi rumah pintar yang semakin luas, dengan menggabungkan inovasi produk, perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan nilai terbaik kepada pengguna,” katanya.

Dalam peranan baharunya sebagai Executive Chairman, Jonathan Tan akan memberi tumpuan kepada hala tuju jangka panjang syarikat termasuk pertumbuhan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembangunan produk baharu bagi memastikan inovasi PRISM+ terus berkembang.

Peralihan kepimpinan ini mencerminkan momentum pertumbuhan syarikat yang semakin matang, dengan ratusan ribu pengguna serta puluhan ribu ulasan lima bintang bagi rangkaian produknya.

Ketika PRISM+ terus memperluaskan rangkaian produknya, syarikat itu kekal komited kepada falsafah pembangunan produk yang memberi tumpuan kepada penyelesaian teknologi yang praktikal, mudah digunakan dan pada harga yang lebih berpatutan.

Komitmen ini turut disokong dengan antara jaminan produk paling panjang dan komprehensif di pasaran, selain rangkaian pasukan pemasangan dan servis yang kukuh bagi memastikan pengguna menerima sokongan selepas jualan yang boleh dipercayai.

Dengan misi untuk membawa teknologi premium kepada semua, PRISM+ terus membuktikan bahawa kualiti bertaraf dunia dan nilai terbaik boleh bergerak seiring, sekali gus menjadikan kehidupan rumah pintar lebih mudah diakses oleh setiap isi rumah.
Terbaru Lebih lama