Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam

Bufet Ramadan pada tahun 2026 bakal membuka tirai di www.ruby.my dengan hidangan bertemakan Juadah Pasar Malam di Restoran Rebung Chef Ismail. Kedua-dua Restoran Rebung Chef Ismail, Kuala Lumpur & Rebung Chef Ismail 2, Putrajaya menyediakan Bufet Ramadan bermula pada 1 Ramadan. Jadi, buat anda yang tertanya-tanya apa kelainan tahun ini dan apa Juadah Pasar Malam yang Dato' Chef Ismail persembahkan. Jom kita menyelusuri nukilan dan foto hidangan dari Restoran Rebung Chef Ismail. 

Restoran Rebung Chef Ismail dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan sekali lagi mengumumkan pelancaran Bufet Ramadan 2026 yang akan berlangsung serentak di Restoran Rebung Chef Ismail Kuala Lumpur dan Rebung Chef Ismail 2 Putrajaya bermula 19 Februari 2026 hingga 19 March 2026.

Tahun ini, tema yang dipilih ialah "Juadah Pasar Malam", sebuah konsep yang meraikan nostalgia dan kemeriahan budaya Malaysia. Pasar malam bukan sekadar tempat membeli makanan, tetapi lambang harmoni masyarakat - di mana pelbagai kaum dan generasi berkumpul, menikmati aneka juadah, dan merasai kehangatan suasana penuh warna-warni.

Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam
Jualan laris hari ini. Kuew Teow Goreng kegemaran ramai. 

Juadah Pasar Malam


Bufet kali ini menampilkan beberapa menu istimewa yang pasti menjadi tarikan utama:

  • Nasi Ayam Pasar Malam - hidangan klasik penuh nostalgia.
  • Kambing Golek - juadah wajib yang menjadi tumpuan setiap tetamu.
  • Nasi Kerabu Kelantan bersama Ayam Percik dan Lemak Bakar - gabungan tradisi Pantai Timur yang penuh rasa.
  • Apam Balik Crispy - rangup di luar, lembut di dalam.
  • Roti John - kegemaran pasar malam yang diangkat ke tahap premium.
  • Martabak Ayam - padat dengan inti, penuh rempah yang harum.
  • Bihun Sup Utara - kuah berempah yang menghangatkan suasana berbuka.
Dan pelbagai lagi hidangan lauk pauk tradisional serta pencuci mulut yang akan membawa tetamu seolah-olah berjalan di pasar malam penuh lampu dan aroma makanan.

Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam
Masih ingat membeli sayuran ulam-ulaman di Pasar Malam?

Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam
Masih ingat tak sempat masak, Pasar Malam penyelamat bungkus lauk pauk? Hanya tinggal masak nasi putih di rumah. 

 Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam
Ingat lagi waktu teringin kerabu, pergi Pasar Malam untuk mencari makanan yang kita teringin. 

Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam
Di Pasar Malam, aneka juadah tersedia! 

Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam
Masih ingat lagi waktu dulu, ada pakcik makcik jual dodol dan wajik di Pasar Malam. Tak perlu tunggu majlis perkahwinan atau musim perayaan. Nostalgia betul! 

Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam
Menu kegemaran, Nasi Ayam! Pasti ada di Pasar Malam kan?

Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam
Hanya di Pasar Makam kita boleh pilih nak makan ikut selera. Teringin Laksa Penang? Bihun Sup Utara?

Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam
Kuih Muih mesti ada! Hanya Pasar Malam ada aneka kuih meriah begini!

Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam
Minuman juga wajib kita beli di Pasar Malam kan? Lega betul dapat Sirap Bandung! 

Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam
Air Kelapa segar lagi syiok! 

Pasar Malam: Nostalgia & Kemeriahan Masyarakat


Pasar malam di Malaysia sentiasa menjadi simbol harmoni masyarakat - tempat di mana semua orang berkongsi ruang, mencari makanan kegemaran, dan menikmati kepelbagaian budaya dalam satu destinasi. Restoran Rebung ingin menghidupkan semula memori itu, menjadikannya pengalaman berbuka puasa yang bukan sahaja mengenyangkan, tetapi juga menyentuh hati.

Tetamu akan dibawa menyelami pengalaman seakan-akan berada d i pasar malam sebenar - dengan dekorasi seakan di pasar malam, gerai-gerai bertema, dan muzik tradisional daripada kumpulan Orkes Melayu Rojer yang menghidupkan suasana.

Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam

Sambil mendengar alunan muzik tradisional, berbuka puasa dengan juadah dari Air Tangan Dato' Chef Ismail sememangnya mengukuhkan ikatan siratulrahim sesama masyarakat. 

Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam

Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam
Pajeri Nanas

Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam
Rendang Pucuk Ubu

Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam
Tempoyak Daun Kayu


Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam
Rebung Perut Lemak Ciliapi

Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam
Ikan Masak Assam Pedas

Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam
Patin Tempoyak

Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam
Gulai Kawah Daging Tetel

Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam
Telur Itik Lemak Cili Api

Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam
Sambal Udang Petai

Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam
Daging Salai Lemak Ciliapi

Restoran Rebung Chef Ismail Luas dan Selesa


Restoran Rebung Chrf Ismail di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur, menawarkan ruang makan yang luas dan tersusun rapi. Dengan kapasiti keseluruhan mencecah sekitar 450 tetamu pada satu masa, restoran ini dilengkapi pelbagai ruang berkonsepkan bilik berasingan seperti Orange Room, Blue Room, Red Room, Green Room, Yellow Room serta Anjung, selain Stage Area yang sesuai untuk majlis berskala besar. 

Susun atur ruang yang fleksibel ini menjadikan Rebung pilihan untuk bufet Ramadan, majlis korporat, kenduri keluarga mahupun acara rasmi, tanpa mengorbankan keselesaan tetamu. Keupayaan restoran ini mengurus kapasiti besar dengan teratur mencerminkan pengalaman serta profesionalisme pasukan dapur dan pengurusan yang telah dibina sejak lebih dua dekad lalu.

Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam

Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam

Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam

Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam

Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam

Harga Bufet Ramadan 2026


EARLY BIRD (15/1/2026 - 31/1/2026)
Dewasa : RM 99 nett
Kanak-Kanak (umur 6 - 12 tahun), Wargaemas & O.K.U: RM 69 nett 

NORMAL PRICE (1/2/2026 - 19/3/2026)
Dewasa : RM 109 nett
Kanak-Kanak (umur 6 - 12 tahun), Wargaemas & O.K.U : RM 79 nett

Kemudahan di Restoran Rebung Chef Ismail, Kuala Lumpur dan Rebung Chef Ismail 2, Putrajaya.

Kapasiti keseluruhan: Kedua cawangan Restoran Rebung mampu menampung sehingga 400 orang pada satu masa.

  • Bilik privasi: Untuk majlis tertutup.
  • Surau: Disediakan untuk lelaki dan perempuan.
  • Kemudahan mesra OKU: Kawasan restoran direka untuk akses mudah bagi Orang Kurang Upaya (OKU).
  • Parking awam berbayar disediakan dan banyak.
  • VIP Servis: Servis Dome dan pelayan untuk majlis lebih eksklusif.
  • Majlis tertutup: Majlis Tunang, Perkahwinan, Board Meeting, Annual Dinner, Sambutan Hari Jadi dan sebagainya.
  • Perkhidmatan Katering: Menyediakan pilihan hidangan dan servis untuk majlis korporat, persendirian, serta acara khas.
Cara Pembayaran

Bayaran boleh dibuat secara tunai, credit card, debit card, AMEX, dan e-Perolehan (Agensi Kerajaan)

Tempahan Buffet

Maklumat untuk membuat tempahan seperti berikut:

Restoran Rebung Chef Ismail, Kuala Lumpur.
No. Telefon: 03-2276 3535 |03-2276 2525
Email:[email protected]

Rebung Chef Ismail, Putrajaya.
No. Telefon: 011-6743 5355 | 011-6745 3535
Email:[email protected]

Perkhidmatan Katering untuk Buka Puasa & Open House Hari Raya


Nikmati pengalaman kulinari yang penuh citarasa untuk majlis Buka Puasa dan Open House Hari Raya, direka khas bagi memenuhi keperluan korporat, komuniti, dan keluarga.  

  • Pakej dengan pilihan juadah tradisional dan moden. Set menu eksklusif Berbuka Puasa & Hari Raya yang mengikut tema. 
  • Servis pelayan profesional untuk memastikan kelancaran majlis anda. 
  • Dekorasi meja dan suasana bertema bagi menambah seri kemeriahan acara. 
  • Penghantaran tepat masa terus ke lokasi anda di Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Untuk tempahan katering, sila hubungi wakil kami:

Kuala Lumpur: Encik Hafiz di talian 017-778 7895
Putrajaya: Cik Jannah di talian 014-508 2996

Bufet Raya 2026


Restoran Rebung akan membuat Bufet Hari Raya dimana gabungan hidangan di Bufet Lunch dan Bufet Dinner beserta tempahan menu sempena hari raya seperti Lemang, Ketupat Palas, Rendang dan lain-lain.

Promosi ini akan berlangsung bermula pada 27 March 2026 hingga 18 April 2026. Promosi ini akan dibuat sebanyak 3 sesi, bermula jam 11 pagi - 2 petang (sesi 1), jam 3 petang - 6 petang (sesi 2) dan jam 7 petang - 10 malam (sesi 3).

Harga adalah RM 79+ untuk dewasa dan RM 59+ untuk kanak-kanak berumur 5-12 tahun. Bufet ini dapat dinikmati di kedua-dua cawangan.

***Harga dan menu akan berubah mengikut ketetapan pihak restoran.

Dato' Chef Ismail, Legasi Kulinari Kebanggan Malaysia


Bufet Ramadan 2026: Restoran Rebung Chef Ismail Membawa Kembali Nostalgia Juadah Pasar Malam
Ruby bergambar bersama Dato' Chef Ismail. 

Restoran Rebung Chef Ismail bukan sekadar sebuah restoran, sebaliknya telah berkembang sebagai institusi masakan tradisional Melayu yang menyimpan nilai warisan dan memori kolektif masyarakat. Diasaskan oleh Dato’ Chef Ismail Ahmad pada tahun 2004 di Bangsar, restoran ini lahir daripada kecintaan beliau terhadap masakan Melayu yang dipelajari sejak kecil bersama neneknya di kampung, sebelum diperkukuhkan melalui pendidikan kulinari dan pengalaman luas di dalam serta luar negara. 

Perpindahan Rebung ke lokasi yang lebih luas di Taman Botani Perdana melambangkan perjalanan sebuah legasi yang terus berkembang, namun tetap setia pada cita rasa asal dan nilai kesederhanaan. Lebih dua dekad kemudian, kecekalan Dato’ Chef Ismail dalam mempertahankan keaslian masakan tradisional Melayu wajar dihargai, bukan sahaja sebagai usaha perniagaan, tetapi sebagai amanah memelihara identiti kulinari bangsa. 

Semoga legasi ini terus disokong dan diwariskan, agar generasi akan datang tidak sekadar mengenal masakan Melayu, tetapi turut memahami nilai, kasih sayang dan sejarah yang tersirat di sebalik setiap hidangan. Kini, Restoran Rebung Chef Ismail sudah ada dua cawangan. Jemput datang!


Post a Comment

PERHATIAN: Semua komen yang ditinggalkan adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen pembaca. Komen yang melanggar undang-undang adalah tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya.

Terbaru Lebih lama