Assalammualaikum semua! Terus-terang Ruby kongsikan masa datang ke Chinese Muslim Food Festival ni, Ruby memang tak ada niat langsung nak ambil gambar cantik-cantik, nak kira berapa booth ada, atau nak study menu satu per satu.
Harga pun Ruby tak tengok sangat. Nampak gerai, nampak orang beratur panjang, Ruby pun join. Hahaha. Zero knowledge. Datang dengan perut kosong dan hati terbuka.
Dan entah macam mana… semuanya sedap dan harga mesra poket. New flavor unlocked! 😄
Apa yang buat Ruby benar-benar terkesan ialah profil rasa makanan di festival ini.
✨ Rempahnya earthy.
✨ Tidak pedas menyengat.
✨ Tidak berlebihan.
Rasa dia seimbang dan tenang — bukan jenis makanan yang “menjerit”, tapi makanan yang memujuk selera perlahan-lahan. Mungkin sebab itu Ruby rasa sangat ngam. Setiap lidah berbeza. Dan bagi Ruby, ini jenis makanan yang selesa dinikmati seisi keluarga. Sharing is Caring!
Ini bahagian yang Ruby memang nak highlight. Harga makanan di festival ini sangat berbaloi. Ruby boleh cuba banyak jenis makanan, beli lebih dari satu, dan masih rasa tenang semasa membuat bayaran.
Berbeza dengan kebanyakan festival makanan yang terlalu mahal, di sini Ruby benar-benar rasa makanan kembali kepada fungsinya. Untuk dinikmati, dikongsi, dan menggembirakan, bukan untuk buat kita berkira atau stress.
Ruby boleh bawa seisi keluarga, makan sama-sama, dan pulang dengan perut kenyang. Alhamdulillah.
Sebagai Muslim yang suka travel, isu makanan halal sering menjadi kebimbangan utama. Festival seperti ini membuka mata Ruby bahawa:
✨ Makanan halal itu luas
✨ Ia wujud di pelbagai budaya seluruh dunia
✨ Dan ia boleh jadi jambatan antara komuniti beragama Islam
Bila tahu betapa banyaknya makanan halal di China, Ruby sendiri mula terfikir mungkin satu hari nanti, China pula dalam senarai travel keluarga kami. Tidak mustahil kan?
Untuk yang berimpian ke China, ini antara kawasan yang terkenal dengan komuniti Muslim dan makanan halal:
✨ Gansu – Laluan Silk Road, masakan Muslim Hui
✨ Ningxia – Majoriti Muslim Hui, mudah cari restoran halal
✨ Xinjiang – Masakan Uyghur, kebab & pilaf
✨ Xi’an (Muslim Quarter) – Street food halal yang sangat terkenal
✨ Beijing & Shanghai – Banyak restoran halal di kawasan tertentu
Mengetahui ini sahaja sudah cukup buat hati rasa lebih yakin untuk merancang trip pelancongan kami. Hehehe. Kadang-kadang pengalaman paling bermakna datang bila kita datang tanpa expectation. Cukup buka hati, buka selera dan biarkan rasa bercerita sendiri.
Chinese Muslim Food Festival ini bukan sekadar tempat makan bagi Ruby, tetapi satu peringatan bahawa dunia ini luas, dan rezeki halal itu hadir dalam pelbagai bentuk, budaya dan rasa.
Satu lagi momen manis, Ruby berpeluang bertemu dan bergambar dengan Mr Ma RuXiang, atau nama Islam beliau Shoaib Ma.

The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture And Tourism Festival @ Chinese Muslim Food Festival
Baru Ruby tahu rupa-rupanya Chinese Muslim Food Festival anjuran Pasar EatAi ini sudah memasuki tahun ketiga, berlangsung dari 25 Disember 2025 hingga 4 Januari 2026.
📍 Lokasi: 1 Utama Shopping Centre, LG E-Street
⏰ Waktu: Bermula 11.00 pagi
Kadang-kadang yang kita tak rancang itulah yang paling melekat dalam ingatan.

Halal Tak Semestinya Mahal, Seisi Keluarga Boleh Menikmati Semua Makanan
Apa yang buat Ruby benar-benar terkesan ialah profil rasa makanan di festival ini.
✨ Rempahnya earthy.
✨ Tidak pedas menyengat.
✨ Tidak berlebihan.
Rasa dia seimbang dan tenang — bukan jenis makanan yang “menjerit”, tapi makanan yang memujuk selera perlahan-lahan. Mungkin sebab itu Ruby rasa sangat ngam. Setiap lidah berbeza. Dan bagi Ruby, ini jenis makanan yang selesa dinikmati seisi keluarga. Sharing is Caring!
Harga Yang Buat Kita Rasa Adil
Ini bahagian yang Ruby memang nak highlight. Harga makanan di festival ini sangat berbaloi. Ruby boleh cuba banyak jenis makanan, beli lebih dari satu, dan masih rasa tenang semasa membuat bayaran.
Berbeza dengan kebanyakan festival makanan yang terlalu mahal, di sini Ruby benar-benar rasa makanan kembali kepada fungsinya. Untuk dinikmati, dikongsi, dan menggembirakan, bukan untuk buat kita berkira atau stress.
Ruby boleh bawa seisi keluarga, makan sama-sama, dan pulang dengan perut kenyang. Alhamdulillah.
Kenapa Festival Seperti Ini Penting
Sebagai Muslim yang suka travel, isu makanan halal sering menjadi kebimbangan utama. Festival seperti ini membuka mata Ruby bahawa:
✨ Makanan halal itu luas
✨ Ia wujud di pelbagai budaya seluruh dunia
✨ Dan ia boleh jadi jambatan antara komuniti beragama Islam
Bila tahu betapa banyaknya makanan halal di China, Ruby sendiri mula terfikir mungkin satu hari nanti, China pula dalam senarai travel keluarga kami. Tidak mustahil kan?
Wilayah China Yang Mesra Muslim & Kaya Makanan Halal
Untuk yang berimpian ke China, ini antara kawasan yang terkenal dengan komuniti Muslim dan makanan halal:
✨ Gansu – Laluan Silk Road, masakan Muslim Hui
✨ Ningxia – Majoriti Muslim Hui, mudah cari restoran halal
✨ Xinjiang – Masakan Uyghur, kebab & pilaf
✨ Xi’an (Muslim Quarter) – Street food halal yang sangat terkenal
✨ Beijing & Shanghai – Banyak restoran halal di kawasan tertentu
Mengetahui ini sahaja sudah cukup buat hati rasa lebih yakin untuk merancang trip pelancongan kami. Hehehe. Kadang-kadang pengalaman paling bermakna datang bila kita datang tanpa expectation. Cukup buka hati, buka selera dan biarkan rasa bercerita sendiri.
Chinese Muslim Food Festival ini bukan sekadar tempat makan bagi Ruby, tetapi satu peringatan bahawa dunia ini luas, dan rezeki halal itu hadir dalam pelbagai bentuk, budaya dan rasa.
Berjumpa Mr Ma RuXiang @ Shoaib Ma
Satu lagi momen manis, Ruby berpeluang bertemu dan bergambar dengan Mr Ma RuXiang, atau nama Islam beliau Shoaib Ma.
Beliau berasal dari Gansu, China, satu wilayah penting di sepanjang Silk Road. Ia adalah laluan perdagangan yang suatu ketika dahulu menjadi nadi pertemuan tamadun besar seperti Dinasti Han, Tang dan Ming. Kawasan ini juga di antara tempat awal penyebaran syiar Islam di China.
Menariknya, Mr Ma bukan sekadar food influencer. Beliau juga terlibat dalam bisnes pelancongan dan kini membawa makanan halal dari China ke Malaysia, supaya masyarakat di sini dapat merasai sendiri kepelbagaian masakan Muslim China.
Bila tahu latar belakang ini, pengalaman makan di Chinese Muslim Food Festival terasa lebih bermakna. Usaha memartabatkan makanan Halal di dunia seharusnya kita sokong!

Catat Ulasan
PERHATIAN: Semua komen yang ditinggalkan adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen pembaca. Komen yang melanggar undang-undang adalah tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya.