Sehingga kini, anak-anak pula mewarisi minat Ruby. Suami juga menyukai LEGO. Kami banyak bina sesuatu tetapi buka balik dan menyimpannya di dalam box. Sebab kami suka bina semula. Ia terapi buat kami berfikir walaupun sepi. Berbeza dengan anak-anak kami. Adam dan Alif adalah generasi Alpha. Mereka bermain LEGO sejak bayi dan mereka lebih banyak imaginasi. Ada sound effect dan sangat berbeza dengan kami. Hahaha. LEGO Duplo dan LEGO Ninjago masih utuh sehingga hari ini walau banyak kali jatuh dan bertaburan.
Secara jujurnya Ruby baru tahu berkenaan LEGOLAND® School Challenge dari pengumuman pemenang. Rupa-rupanya rahun 2025 ni, sudah memasuki tahun ke empat program ini berlangsung. Malaysia memang bersinar terang sebab dua sekolah kita berjaya jadi juara utama kategori Primary dan Secondary.
🏆 Sekolah Kebangsaan Port Dickson, Negeri Sembilan (Team LEGEND INSPIRE) menang kategori Primary.
🏆 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Perak (Team Lucira) pula rangkul juara kategori Secondary.
Untuk kategori Junior (7–9 tahun) yang baru diperkenalkan dimenangi oleh Queenstown Primary School dari Singapura berjaya jadi juara sulung.
Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana ingin menyertai LEGOLAND® School Challenge ni kan? Cara penyertaannya mudah sahaja.
✨ Pertandingan ini dianjurkan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia – jadi biasanya sekolah akan dapat jemputan rasmi.
✨ Terbuka untuk tiga kategori umur:
✨ Pemenang bukan sekadar dapat trofi LEGO, malah ada hadiah bernilai lebih RM200,000 termasuk percutian ke luar negara! Tahun ini pemenang ke Korea!
🎁 Kalau booking untuk lebih 80 pelajar sebelum 31 Oktober 2025, boleh dapat naik taraf tiket percuma.
👉 Untuk pertanyaan lanjut atau booking, boleh ke laman rasmi LEGOLAND Malaysia Resort atau email terus ke [email protected].
Ruby rasa pertandingan macam ni bukan sekadar main LEGO. Ia ajar anak-anak tentang kerjasama, kreativiti, komunikasi dan penyelesaian masalah – semua skill penting dalam hidup. Siapa tahu, daripada hobi kecil boleh jadi kerjaya besar satu hari nanti.
Tahniah kepada semua pemenang LEGOLAND® School Challenge 2025! InsyaAllah 2026 Ruby masukkan Adam dan Alif untuk kategori Primary. InsyaAllah.
🏆 Sekolah Kebangsaan Port Dickson, Negeri Sembilan (Team LEGEND INSPIRE) menang kategori Primary.
🏆 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Perak (Team Lucira) pula rangkul juara kategori Secondary.
Untuk kategori Junior (7–9 tahun) yang baru diperkenalkan dimenangi oleh Queenstown Primary School dari Singapura berjaya jadi juara sulung.
[Dari kiri - kanan] Ashely Xie, Country Manager Malaysia & Brunei; Thila Munusamy, Director of Sales & Marketing, LEGOLAND® Malaysia Resort; Tuan Haji Kamal Bin Ahamr Untong, Deputy Director of Student Development Sector, Johor State Education Department; Encik Zainal Bin Abas, Deputy Director-General, Ministry of Education; CS Lim, Vice President, LEGOLAND® Malaysia; Mohd Amin Bin Kamarudin, Deputy Director, Tourism; dan Leina Rehim, Senior LEGO® Model Production Manager, Asia, bersama tiga kategori lain LEGOLAND School Challenge 2025.
Pertandingan pada Skala Serantau
Pada tahun keempat, cabaran menarik adalah hampir 2,000 pelajar dari tujuh negara iaitu Malaysia, India, Singapura, Filipina, Indonesia, Australia dan China menyertai di bawah tema “Build Your Dream Destination”.
Edisi tahun ini mencapai tahap baharu dengan beberapa pencapaian:
● Final Binaan Kelajuan Langsung yang pertama, menyumbang 20% daripada markah akhir mereka, di mana pasukan berlumba melawan masa di hadapan penonton.
● Kategori umur diperluaskan, memperkenalkan kategori Junior baharu.
● Debut penyertaan dari Singapura dan China sebagai finalis.
● Kepulangan Filipina yang sangat dinanti-nantikan, selepas penampilan terakhir mereka di peringkat akhir pada 2023
Cara Sekolah Nak Sertai Pertandingan
Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana ingin menyertai LEGOLAND® School Challenge ni kan? Cara penyertaannya mudah sahaja.
✨ Pertandingan ini dianjurkan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia – jadi biasanya sekolah akan dapat jemputan rasmi.
✨ Terbuka untuk tiga kategori umur:
- Junior (7–9 tahun)
- Primary (10–12 tahun)
- Secondary (13–17 tahun)
✨ Pemenang bukan sekadar dapat trofi LEGO, malah ada hadiah bernilai lebih RM200,000 termasuk percutian ke luar negara! Tahun ini pemenang ke Korea!
Syarat Menyertai Pertandingan
1. Daftar Ahli Kumpulan pada 15 Mei - 15 Jun 2025
2. Nama Sekolah
3. Negeri
4. Negara
5. Nama Kumpulan
6. Kategori Junior, Primary atau Secondary
7. Nama 3-4 pelajar dari sekolah yang sama
8. Nombor Telefon Guru yang terlibat
9. Hanya menggunakan blok set dari jenama LEGO sahaja. Jika didapati menggunakan set selain LEGO asli, peserta automatik tersingkir.
10. Bina LEGO mengikut tema yang diberikan dan gunakan kreativiti masing-masing.
11. Rekod video dari pelbagai sisi dalam tempoh 60 saat.
12. Muat naik di platform yang disediakan. Hanya untuk penyertaan yang sudah berdaftar.
Sejak penubuhan program ini pada 2022, LEGOLAND® School Challenge telah menjadi fenomena serantau. Berikutan penyertaan yang memecahkan rekod pada 2024, tahun ini menjanjikan pengalaman yang lebih mendebarkan, padat dengan ciri dan hadiah baharu yang mencetuskan imaginasi dan menyemarakkan semangat untuk belajar.
Apa yang Baharu pada 2025?
Dua kemas kini utama menjadikan LEGOLAND® School Challenge tahun ini benar-benar tidak dapat dilepaskan:
Hadiah Utama Go Global: Pemenang dari Kategori Rendah dan Menengah akan mengalami lawatan ke LEGOLAND Korea, manakala juara Kategori Junior akan menikmati percutian di LEGOLAND Malaysia.
Showdown Bangunan Kelajuan: Buat pertama kalinya, perlawanan akhir akan menampilkan Cabaran Bina Kelajuan bertenaga tinggi. 5 pasukan finalis teratas dalam setiap kategori akan bersaing secara langsung di hadapan panel penilai dan penonton, berlumba melawan masa untuk mencipta binaan LEGO asli dalam masa 45 minit sahaja.
Setiap pasukan finalis juga akan menikmati penginapan 3H2M di LEGOLAND Hotel, menerima trofi LEGO eksklusif, set LEGO yang menarik dan Pas Tahunan ke LEGOLAND Malaysia Resort.
Rombongan Sekolah ke LEGOLAND?
🎟️ Sekolah yang nak bawa murid jalan-jalan ke LEGOLAND pun ada tawaran khas: hampir 60% diskaun tiket dengan pakej lengkap termasuk makan dan tiket guru percuma.🎁 Kalau booking untuk lebih 80 pelajar sebelum 31 Oktober 2025, boleh dapat naik taraf tiket percuma.
👉 Untuk pertanyaan lanjut atau booking, boleh ke laman rasmi LEGOLAND Malaysia Resort atau email terus ke [email protected].
Ruby rasa pertandingan macam ni bukan sekadar main LEGO. Ia ajar anak-anak tentang kerjasama, kreativiti, komunikasi dan penyelesaian masalah – semua skill penting dalam hidup. Siapa tahu, daripada hobi kecil boleh jadi kerjaya besar satu hari nanti.
Tahniah kepada semua pemenang LEGOLAND® School Challenge 2025! InsyaAllah 2026 Ruby masukkan Adam dan Alif untuk kategori Primary. InsyaAllah.
0 Ulasan
PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.