PRISM+ Perkenalkan PRISM+ Care: Servis Penyaman Udara Mudah, Mampu Milik & Jaminan Sehingga 7 Tahun

PRISM+, jenama elektronik rumah yang semakin berkembang pesat di Malaysia, baru sahaja melancarkan PRISM+ Care, satu pelan langganan servis penyaman udara yang menggabungkan kemudahan, penjagaan jangka panjang dan harga berpatutan. 

Dengan hanya bermula dari RM79 setiap unit untuk servis suku tahun, pelanggan akan menerima:

✅ Kaedah pembersihan FoamJet yang lebih mendalam dan hygienic
Gas top-up percuma
Cuci kimia berkala untuk prestasi optimum

Lebih menarik, pelanggan boleh pilih bayaran suku tahunan, tahunan atau bayaran penuh 2 hingga 7 tahun untuk penjimatan maksimum. Pelanggan juga menikmati jaminan sehingga 7 tahun – meliputi bahagian alat ganti dan kos buruh.

Perkhidmatan Menyeluruh PRISM+ Care


PRISM+ Care direka khas untuk memastikan penyaman udara sentiasa dalam keadaan terbaik, mengurangkan penggunaan tenaga dan mengelakkan kos pembaikan yang tinggi.

PRISM+ Perkenalkan PRISM+ Care: Servis Penyaman Udara Mudah, Mampu Milik & Jaminan Sehingga 7 Tahun

PRISM+ Perkenalkan PRISM+ Care: Servis Penyaman Udara Mudah, Mampu Milik & Jaminan Sehingga 7 Tahun


  • FoamJet Wash (setiap 3 bulan) – pembersihan mendalam penapis, coil dan fin dalam masa 30–45 minit. 
  • Chemical Wash (setiap 2 tahun) – pembersihan intensif komponen dalaman seperti kipas blower dan sistem saliran. 
  • Servis oleh juruteknik terlatih dalaman PRISM+ dengan peralatan profesional. 

PRISM+ Luna Classic – Penyaman Udara Ringkas & Mampu Milik


Selain pelan servis, PRISM+ turut memperkenalkan PRISM+ Luna Classic penyaman udara bajet tanpa fungsi berlebihan, tetapi tetap berkualiti.

Ciri utama: 
  • 4-Way Airflow – aliran udara menyeluruh ke seluruh bilik.
  • Sistem Penapis Multi-Lapisan – termasuk Karbon Aktif, Vitamin C & Catechin untuk udara lebih bersih
  • Gas Mesra Alam R32 – lebih jimat tenaga & mesra bumi 

Harga pelancaran selepas baucar (terhad 50 pelanggan pertama):

Luna Classic 1.0HP (RM699)
Luna Classic 1.5HP (RM849)


PRISM+ Care boleh dilanggan sekarang, buat masa ini untuk kawasan Lembah Klang. (Johor & Pulau Pinang akan menyusul Q4 2025)
PRISM+ Luna Classic – pra-tempahan bermula 1 September 2025 di laman web rasmi PRISM+

Untuk maklumat lanjut dan langganan, layari www.prismplus.my











Catat Ulasan

0 Ulasan