Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby berpeluang hadir ke acara Merdeka in Style with Larrie & Geox di Lalaport BBCC Kuala Lumpur. Suasana sangat meriah dengan persembahan kebudayaan, permainan mini bertema Merdeka dan yang paling best, ada pameran kasut terkini di Concourse Lalaport berhadapan Metrojaya. 
Merdeka in Style with Larrie and Geox yang sedang berlangsung di Concourse Lalaport BBCC KL menghimpunkan pelbagai koleksi kasut Larrie dan Geox yang pastinya pasti anda akan tidak lepas kan peluang untuk dapatkannya pada harga istimewa! Inilah peluang untuk tengok sendiri koleksi kasut Larrie dan Geox yang selesa, bergaya. Malah sesuai dipakai untuk pelbagai gaya hidup. Kalau tengah mencari kasut baru sempena cuti panjang Merdeka, inilah masa terbaik! 
Acara ini juga meraikan pembukaan butik baharu Geox di Lalaport BBCC KL yang merupakan outlet kedua Geox di Kuala Lumpur. Dengan keluasan 818 kaki persegi, butik ini menawarkan suasana membeli-belah moden dan selesa.
Apa yang menarik, semua koleksi terkini Geox dipasarkan pada harga outlet. Jadi anda boleh dapatkan kasut premium dengan teknologi pernafasan 3D (Nebula sneaker) dan koleksi kalis air Amphibiox dengan harga yang lebih berbaloi.
Geox memang terkenal sebagai jenama kasut antarabangsa dari Itali yang mengutamakan teknologi, keselesaan dan gaya. Sekarang anda boleh terus singgah ke Lalaport untuk cuba sendiri keistimewaan kasut Geox.
🎶 Persembahan kebudayaan & tarian tradisional
🎲 Permainan mini bertema Merdeka untuk seisi keluarga
👞 Shoes Fair di Concourse Lalaport dengan koleksi kasut terkini
🛍️ Promosi eksklusif di butik Larrie & Geox (tarikh promosi berbeza mengikut butik)
✨ Tawaran pembukaan rasmi butik Geox di Tingkat 3 Lalaport
Jadi, bersempena cuti Merdeka ni, jom singgah ke Lalaport BBCC Kuala Lumpur. Bawa keluarga, rakan-rakan atau datang sendiri untuk rebut tawaran menarik ini! Ruby dah rasa sendiri kemeriahannya, sekarang giliran anda pula untuk meraikan Merdeka in Style with Larrie & Geox!
Alhamdulillah Ruby pun bernasib baik sebab menang lucky draw! Dapat sepasang kasut Larrie. Hadiah cabutan bertuah yang lain dari I-Scent Malaysia. Terima kasih! Kalau anda belum sempat ke sini, jangan risau, bersempena bulan Kemerdekaan Malaysia ke-68, promosi Merdeka juga berlangsung di semua butik Larrie dan Geox. 
Merdeka in Style with Larrie & Geox
Larrie membawa konsep fesyen yang menggabungkan gaya moden dan tradisi Malaysia. Sepanjang sambutan ini, pengunjung boleh menikmati persembahan tarian, muzik dan pelbagai aktiviti kebudayaan yang mencerminkan semangat kemerdekaan. 
Pembukaan Rasmi Butik Geox di Lalaport
Acara ini juga meraikan pembukaan butik baharu Geox di Lalaport BBCC KL yang merupakan outlet kedua Geox di Kuala Lumpur. Dengan keluasan 818 kaki persegi, butik ini menawarkan suasana membeli-belah moden dan selesa.
Apa yang menarik, semua koleksi terkini Geox dipasarkan pada harga outlet. Jadi anda boleh dapatkan kasut premium dengan teknologi pernafasan 3D (Nebula sneaker) dan koleksi kalis air Amphibiox dengan harga yang lebih berbaloi.
Geox memang terkenal sebagai jenama kasut antarabangsa dari Itali yang mengutamakan teknologi, keselesaan dan gaya. Sekarang anda boleh terus singgah ke Lalaport untuk cuba sendiri keistimewaan kasut Geox.
Promosi & Aktiviti Menanti Anda
🎶 Persembahan kebudayaan & tarian tradisional
🎲 Permainan mini bertema Merdeka untuk seisi keluarga
👞 Shoes Fair di Concourse Lalaport dengan koleksi kasut terkini
🛍️ Promosi eksklusif di butik Larrie & Geox (tarikh promosi berbeza mengikut butik)
✨ Tawaran pembukaan rasmi butik Geox di Tingkat 3 Lalaport





Catat Ulasan
PERHATIAN: Semua komen yang ditinggalkan adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen pembaca. Komen yang melanggar undang-undang adalah tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya.