MYGUARDIAN REWARDS FIESTA UNTUK ANDA YANG SETIA! JOM RAIKANNYA!

Assalammualaikum semua! Sedar tidak sedar sudah 3 bulan Ruby sertai MYguardian Rewards. Aplikasi Guardian MY memang Ruby dah ada, muat turun semasa cawangan ke 500 guardian dilancarkan. Ketika itu Januari 2022 dan dunia masih lagi dalam fasa pendemik Covid-19. Cabaran guardian sebagai kedai runcit keluarga perlu cepat bertindak dari kedai fizikal ke dalam kedai dalam talian. Cara ini dapat melindungi para pekerja yang terkesan dengan SOP tidak boleh merentas daerah, negera atau lebih 10km. Alhamdulillah tahun 2025 kita sudah kembali pulih sepenuhnya. Terima kasih guardian memudahkan pelanggan dengan barang keperluan kesihatan sepanjang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

Siapa dah daftar MYguardian Rewards? Ruby sudah daftar pada bulan Mac hari tu. Kemain tidak sabar nak kumpul mata ganjaran. Cuma, sebab terlalu teruja. Ruby membeli hanya RM 200 masa tu. Mata ganjaran 10x ganda untuk pembelian pertama kali! Alamak! Lepas tu sekarang boleh bagi no telefon aje dekat juruwang jika data internet telefon pintar slow. Bertambah ligat kita nak kumpul mata ganjaran. Hahaha. 

MYGUARDIAN REWARDS FIESTA UNTUK ANDA YANG SETIA! JOM RAIKANNYA!

MYGUARDIAN REWARDS FIESTA UNTUK ANDA YANG SETIA! JOM RAIKANNYA!


guardian perkenal MYguardian Rewards, revolusi pembelian harian dengan keutamaan pada kesejahteraan. Lebih 3 juta pendaftaran sejak Mac 2025, platform ganjaran serba lengkap ini mentakrifkan semula cara rakyat Malaysia membeli-belah, berjimat, dan berpenampilan hebat dengan matlamat untuk menjadi program kesetiaan No.1 di Malaysia.

Pada 29 Mei 2025 guardian Malaysia secara rasminya telah melancarkan inovasi terbaharunya dalam penglibatan pelanggan program MYguardian Rewards melalui aplikasi guardianMY. Ia merupakan sebuah platform kesetiaan generasi baharu digital sepenuhnya, digamifikasi dan diperibadikan, direka untuk memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia bagi setiap pembelian serta meningkatkan pengalaman membeli-belah ke tahap yang lebih tinggi. 

Program ini telah dilancarkan dalam sebuah majlis penuh warna-warni di Kuala Lumpur, diserikan dengan fiesta belon udara panas dan konsert secara langsung oleh kumpulan hip-hop legenda, KRU. Pelancaran ini memperkukuhkan misi guardian untuk memperkasakan rakyat Malaysia untuk “Serlahkan Kecantikanmu” melalui kesejahteraan, nilai dan kegembiraan dalam kehidupan seharian. 

MYGUARDIAN REWARDS FIESTA UNTUK ANDA YANG SETIA! JOM RAIKANNYA!
MYGUARDIAN REWARDS FIESTA UNTUK ANDA YANG SETIA! JOM RAIKANNYA!



“Platform MYguardian Rewards lebih daripada program kesetiaan,” jelas Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia dan Brunei.

“Ia adalah ekosistem digital yang intuitif, dibina khusus untuk pelanggan kami. Ia direka khas untuk ANDA, pelanggan guardian, menawarkan ganjaran dan pengalaman eksklusif yang diperibadikan serta-merta dengan setiap imbasan. Paling hebat, ia adalah PERCUMA!”


TERAJU DIGITAL: SATU APLIKASI GANJARAN SERTA-MERTA


MYguardian Rewards direka bentuk mesra pengguna dengan elemen ganjaran serta-merta seperti: 
  • Mata ganjaran dan rebat serta-merta semasa pembayaran - di stor fizikal dan dalam talian. 
  • Penyertaan automatik dalam peraduan dengan setiap pembelian. 
  • Tawaran harian menarik 
  • Hadiah istimewa sempena bulan kelahiran yang diperibadikan 
  • Student Pass Tuesday - pelajar berumur 21 tahun ke atas akan menikmati diskaun tambahan 10% setiap Selasa dengan menunjukkan kad pelajar mereka. 
  • Sebagai ganjaran permulaan, ahli yang mendaftar akan menerima 10X mata ganjaran untuk pembelian pertama serta baucar Guardian bernilai RM250 secara percuma. 


GERAKAN YANG MENCETUS GELOMBANG

Sejak pelancarannya awal Mac lalu, MYguardian Rewards telah mencetus fenomena dengan lebih 3 juta rakyat Malaysia mendaftar, menjadikannnya salah satu program kesetiaan paling popular di Malaysia, dengan lebih RM5 juta dalam bentuk ganjaran tunai telah diagihkan setakat ini.


“Ini bukan sekadar program kesetiaan - ia adalah penghargaan kami kepada rakyat Malaysia atas kepercayaan dan sokongan berterusan mereka,” tambah Priscilla.

“Dengan guardian, anda bukan sekadar berbelanja - anda melabur dalam kesihatan, kesejahteraan, dan kini, ganjaran anda sendiri. Dan kami berhasrat untuk menjadikan MYguardian Rewards sebagai program ganjaran #1 di negara ini.” 

MALAM PENUH KENANGAN


Untuk meraikan pelancaran rasmi ini, guardian menganjurkan acara istimewa MYguardian Rewards Fiesta di TRX, menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk pengalaman belon udara panas, reruai interaktif, dan konsert penuh bertenaga yang diterajui oleh kumpulan hip-hop legenda KRU, menjadikannya malam yang tidak akan dilupakan oleh para peminat dan ahli. 

MYGUARDIAN REWARDS FIESTA UNTUK ANDA YANG SETIA! JOM RAIKANNYA!

MYGUARDIAN REWARDS FIESTA UNTUK ANDA YANG SETIA! JOM RAIKANNYA!

MYGUARDIAN REWARDS FIESTA UNTUK ANDA YANG SETIA! JOM RAIKANNYA!

MYGUARDIAN REWARDS FIESTA UNTUK ANDA YANG SETIA! JOM RAIKANNYA!

MYGUARDIAN REWARDS FIESTA UNTUK ANDA YANG SETIA! JOM RAIKANNYA!


JOM ENJOY NAIK BELON UDARA PANAS

Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana ingin menyertai aktiviti di MYguardian Rewards Fiesta. Caranya mudah sahaja! 

MYGUARDIAN REWARDS FIESTA UNTUK ANDA YANG SETIA! JOM RAIKANNYA!
MYGUARDIAN REWARDS FIESTA UNTUK ANDA YANG SETIA! JOM RAIKANNYA!
MYGUARDIAN REWARDS FIESTA UNTUK ANDA YANG SETIA! JOM RAIKANNYA!
MYGUARDIAN REWARDS FIESTA UNTUK ANDA YANG SETIA! JOM RAIKANNYA!
MYGUARDIAN REWARDS FIESTA UNTUK ANDA YANG SETIA! JOM RAIKANNYA!
MYGUARDIAN REWARDS FIESTA UNTUK ANDA YANG SETIA! JOM RAIKANNYA!


MELANGKAUI SEKADAR GANJARAN 


“Di guardian, kami percaya kecantikan dan kesejahteraan harus seiring dengan tanggungjawab,” kata Priscila. “MYguardian Rewards mencerminkan visi kami untuk membina komuniti yang lebih sihat dan lebih berkeyakinan - disamping menjadikan setiap pengalaman membeli-belah seakan sebuah perayaan. Kami mahu pelanggan untuk “Serlahkan Kecantikanmu. Utamakan kesejahteraan, ganjaran, dan masa hadapanmu.” 


MYGUARDIAN REWARDS FIESTA UNTUK ANDA YANG SETIA! JOM RAIKANNYA!


Daftar untuk MYguardian Rewards di aplikasi guardianMY hari ini dan mula kumpul ganjaran anda!


Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama