Assalammualaikum semua! Kempen tahunan anjuran Alamanda Putrajaya kembali untuk tahun kelima berturut-turut di atas permintaan ramai. Bermula dari 23 Mei 2025 hingga 8 Jun 2025 kempen Alamanda Putrajaya The Golden Ticket bertemakan permainan nostalgia klasik yang menyeronokkan. Pentas Centre Court dihias dengan tema flora dan fauna, dipenuhi dengan animasi ’snakes and ladders’.
Beruntung sangat apabila anda berbelanja di Alamanda Putrajaya pada musim The Golden Ticket. Selama 17 hari ini, semua pengunjung di Alamanda Putrajaya layak menyertai kempen ini. Hanya dengan berbelanja sahaja! Pusat Beli-belah Alamanda, dimiliki oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn Bhd, mempunyai keluasan lantai kasar 1,056,000 kaki persegi dengan keluasan boleh disewa bersih 921,443 kaki persegi. Pusat beli-belah ini menawarkan pelbagai kemudahan termasuk dua bangunan parkir khas (3,000 petak parkir), kemudahan mesra OKU, dan surau. Direka sebagai syurga membeli-belah di tengah-tengah Putrajaya, Alamanda menyajikan pengalaman ‘Easy, Vibrant Shopping’.
TAHUN KELIMA ALAMANDA PUTRAJAYA THE GOLDEN TICKET MENAMPILKAN HADIAH TUNAI RM 1000, RM 500 DAN RM 50
• Golden Ticket (RM1,000)
• Yellow Ticket (RM500)
• Blue Ticket (RM50)
Tiket yang tidak dituntut akan dibawa ke hari berikutnya, menambah keterujaan setiap kali kunjungan. Setiap hari, seorang pembeli bertuah akan memenangi Golden Ticket dan diraikan dengan cahaya berkelip, muzik ceria, serta sesi foto segera dengan cek replika.
Catat Ulasan
PERHATIAN: Semua komen yang ditinggalkan adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen pembaca. Komen yang melanggar undang-undang adalah tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya.