ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2024 KINI BERADA DI DUA LOKASI

ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2024 KINI BERADA DI DUA LOKASI

Ruby
0
ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2024 TAHUN KE-3 KINI BERADA DI DUA LOKASI | Assalammualaikum semua! Setelah kejayaan dua tahun menganjurkan Bazaar Raya bermula dengan Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2022 dan Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2023. Kini pada tahun 2024, Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya kembali dengan sorotan acara yang lebih meriah!

ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2024 TAHUN KE-3 KINI BERADA DI DUA LOKASI


Pada tahun ini, Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya (ABxFGR) 2024 bersiap sedia untuk mengukir kenangan yang tidak terlupakan dalam program tahun ketiganya. Festival Raya ini merupakan anjuran bersama My Events International dan Absolut Events & Management yang bakal berlangsung pada 29 Mac (12pm) – 1 April (6am) 2024 selama 66 jam tanpa henti di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia
(MITEC).

Dengan prestasi luar biasa yang dicapai sepanjang dua tahun lalu, berikut merupakan pencapaian ABxFGR;
• RM21.4 juta hasil jualan
• 927 tapak reruai
• 2.9 juta jumlah pengunjung
• 117 jumlah vendor F&B
• 120 selebriti
• 20 rakan penaja
• 12,548-meter persegi ruang pameran
• 1,204 usahawan
• lebih daripada 200 jenama pakaian dan kecantikan

Pihak penganjur berharap agar pengunjung dapat merasai pengalaman membeli belah yang memuaskan di bawah satu bumbung.

ABXFGR terus berkembang secara progresif pada kadar 25% setiap tahun. Pencapaian ini memberikan peluang yang baik kepada usahawan dan pemilik perniagaan kecil, terutamanya kepada perusahaan kecil dan sederhana (SMEs). Dengan kepesatan peningkatan seperti ini, ABXFGR menjadi pilihan yang ideal bagi mereka yang ingin memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka kepada ramai, serta membina rangkaian perniagaan yang lebih meluas.

ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2024 KINI BERADA DI DUA LOKASI
Menurut Encik Ben Ali, Pengarah, Absolut Event & Management, "Kelainan tahun in 66 jam tanpa henti akan bermula 29 Mac Jumaat jam 12 tengah hari sehingga 1 April 2024 Isnin 6 pagi, menghimpunkan 720 reruai. Jika dibandingkan pada tahun 2022 sebanyak 369 dan pada tahun 2023 sebanyak 558 reruai. 

Dengan keluasan 15,666 kaki persegi, seramai 500 usahawan menyertai Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya tahun ini yang meliputi lebih 400 jenama. Kami menjangkakan jumlah keuntungan dari penyertaan pempamer sekitar RM 13.5 juta dan kehadiran seramai 2 juta pengunjung.

Pengunjung boleh berada di sini sepanjang hari dari waktu siang, berbuka puasa dengan membeli makanan di 80 peniaga Mini Absolut FoodFest, kemudian anda boleh sambung membeli-belah, menyertai pelbagai aktiviti yang telah kami sediakan, menonton persembahan selebriti dan macam-macam lagi! Happy Hour juga menjanjikan penjimatan berganda buat mereka yang mencari keperluan Aidilfiti. Ruang solat yang luas turut disediakan. Seisi keluarga akan selesa dengan penghawa dingin di MITEC. Kemudian anda boleh sambung sahur di sini.

Penaja bersama iaitu Wardah, Hermo, NIMS, Minaz, Buttonscarves, Panasonic, Ainaa, Sugar Bomb, Super Sky, Kunafa Aiwahhh, Bulan Bintang dan dijangka akan bertambah sehingga 20 penaja yang sudi bekerjasama. Pada tahun ini Media Prima Berhad merupakan media rasmi untuk Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya. Kami ingin meneroka stratergi baharu dan penambahan demografik ini pasti akan memberi impak yang efektif." jelas beliau.

MEDIA PRIMA SEBAGAI MEDIA RASMI


Penganjur dengan sukacitanya mengumumkan satu perkembangan gembira dengan penyertaan Media Prima Berhad sebagai Rakan Rasmi Media untuk ABxFGR2024. Media Prima Berhad, sebagai kumpulan media terkemuka di Malaysia, akan membantu menyampaikan liputan besar besaran ke seluruh negara melalui saluran televisyen, radio, dan platform media di mana-mana.


Kebergantungan pada rangkaian luas Media Prima Berhad akan memberikan platform yang unggul bagi ABxFGR2024 untuk sampai kepada penonton yang lebih ramai. Liputan yang menyeluruh melibatkan berita, program hiburan, dan segmen khas di televisyen dan radio akan memberi tumpuan kepada kemunculan festival raya dan keunikan acaranya.

20 PENAJA BERSAMA MEMERIAHKAN ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA


Selain itu, penganjur juga mengumumkan barisan Penaja Bersama yang terdiri daripada Wardah, Hermo, NIMS, Minaz, Buttonscarves, Panasonic, Ainaa, Sugar Bomb, Super Sky, Kunafa Aiwahhh dan Bulan Bintang.

ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2024 KINI BERADA DI DUA LOKASI

Tidak hanya terhad kepada sektor pakaian, kecantikan, dan makanan, ABXFGR tahun ini turut memberikan peluang kepada sektor elektronik dan pelbagai sektor lain.

MINI ABSOLUT FOODFEST


Program penuh warna ini akan menyajikan lebih banyak aktiviti kejutan yang menarik perhatian pengunjung. Antara tarikan utama adalah mini Absolut FoodFest yang dianggarkan melebihi 80 vendor yang akan menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman untuk berbuka puasa atau bersahur, menjadikan ABxFGR24 destinasi ideal untuk keluarga dan rakan-rakan berkumpul.

AKTIVITI MENARIK DI ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA


Penganjur juga berkongsi tentang aktiviti yang bakal diadakan pada tahun ini, termasuk Money Chamber, Wheel of Fortune, Hamper Raya, dan Happy Hour yang pasti memeriahkan suasana. 

Dikatakan aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan menawarkan lebih daripada RM250,000 nilai ganjaran keseluruhan yang boleh dimenangi.

TARGET RM 20 JUTA HASIL KEUNTUNGAN


ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2024 KINI BERADA DI DUA LOKASI
Menurut Puan Hema Kandy, Chief Executive Officer, My Events International, "Dengan tekad untuk terus melonjakkan kecemerlangan ABxFGR2024, pihak penganjur mensasarkan sebanyak 720 tapak reruai dengan mengharapkan hasil keuntungan sebanyak RM20 juta daripada pempamer dan menarik seramai 2 juta pengunjung untuk memeriahkan festival raya ini.

Di MITEC, lokasi selesa dan luas. Ruang parkir MITEC cukup luas untuk menampung 1,400 kenderaan. Terdapat dua pintu masuk parkir iaitu dari pintu Utara dan pintu Selatan ke ruang letak kereta yang dikawal keselamatan Basement 1 dan 1A oleh pengendali parkir yang dilantik iaitu ParkRite. 

Sepanjang Absolut Bazaar X Gaya Raya berlangsung, kadar parkir bernilai RM 5 untuk 3 jam pertama." jelas beliau.

ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2024 PERSADA JOHOR


Sebagai tambahan, penganjur turut mengumumkan hasrat mereka untuk mengadakan
ABxFGR24 di Johor seminggu sebelum acara di Kuala Lumpur. Ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada komuniti setempat untuk turut menyertai dan menikmati kegembiraan festival ini. Festival raya di Johor ini akan berlangsung pada 22 – 24 Mac 2024 di Persada Johor.

ABXFGR tahun ini akan dihadiri oleh barisan selebriti ternama, artis, dan hiburan tanpa henti yang merangkumi bintang bintang besar. Pelbagai bakat terkemuka akan menyertai acara ini, menyajikan hiburan yang menghiburkan dan menggerakkan hati.

Selain itu, masih terdapat pelbagai kejutan menarik yang bakal diumumkan menjelang festival raya tersebut. Pihak penganjur berharap agar pengunjung dapat mengikuti perkembangan terkini melalui laman sosial dan portal rasmi ABxFGR24. Mari bersiap-siap untuk lebih banyak kejutan yang menanti! 

Lembaran Fakta Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya (ABxFGR) 2022


Nama Acara: ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA
RAYA
Tarikh: 22 – 25 APRIL 2022
Hari: Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin
Jenis: Acara berasaskan keperluan pengguna sempena Hari Raya Aidilfitri
Masa: 66 jam tanpa henti, 22 April (12PM) – 25
April (5AM)
Bilangan reruai: 369
Jumlah pengunjung: 1.25 juta
Jumlah saiz ruang : 8370 kaki persegi
Jumlah keuntungan pempamer: RM8.7 million
Penganjur: My Events International, Absolut Event & Management, Malaysia International Trade & Exhibition Centre
Ditaja oleh: SME Corp
Disokong oleh: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
Dirasmikan oleh: YB Tan Sri Noh Omar, Menteri KUSKOP
Turut hadir oleh: Tan Sri Shahrizat

Lembaran Fakta Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya (ABxFGR) 2023


Nama acara : ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA
Tarikh : 14 – 17 APRIL 2023
Day : Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin
Jenis: Acara berasaskan keperluan pengguna sempena Hari Raya Aidilfitri
Masa: 66 jam tanpa henti, 14 April (12PM) – 17
April (5AM)
Aktiviti : Money chamber, Mini AFF, Gempak Raya Hamper, Wheel of Fortune, Persembahan Selebriti
Bilangan reruai : 558
Jumlah pengunjung: 1.65 juta
Jumlah saiz ruang : 12,548 kaki persegi
Jumlah Keuntungan Pempamer: RM12.7 juta
Penganjur: My Events International Absolut Event & Management Malaysia International Trade & Exhibition Centre
Dirasmikan oleh: YB Senator Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri.
Turut hadir oleh : YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Rakan Kongsi Acara: Coca-Cola Far East Ltd. (Exclusive Refreshment Partner – Blue Diamond), So Chantique
(Gold Partner), KKMY Group Sdn Bhd (Bronze Partner), Malaysia Furniture Council (Supporting Partner)
Malaysia Book of Records : The Highest Value Hari Raya Hamper
Giveaway


Mengenai My Events International 


Dengan pengalaman selama 17 tahun, My Events International, merupakan peneraju dalam pengurusan acara, menyediakan pelbagai penyelesaian dan mencipta kandungan global yang memukau. Dengan keupayaan yang telah teruji dan kebolehan untuk berinovasi, syarikat ini mempunyai ibu pejabat di Malaysia dan telah membuka cawangan untuk berkhidmat kepada pasaran global di 10 buah negara lain termasuk Arab Saudi, Filipina, Nigeria, Pakistan, China, United Kingdom, India, Rwanda, dan United Arab Emirates.

Komitmen My Events International terhadap kecemerlangan tercermin dalam dedikasinya untuk menyampaikan penyelesaian dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Syarikat ini teguh berdiri dengan matlamat untuk melampaui jangkaan, membina modal insan, dan membentuk acara yang memukau. 

My Events International, sebuah nama yang bersinar dalam industri pengurusan acara global.

Absolut Event & Management


Absolut Event & Management merupakan jenama dari kejayaan perniagaan Absolut Chocolat. Absolut Chocolat telah menanam akarnya di tengah tengah Lembah Klang dengan menempatkan produk mereka di lebih daripada 100 buah stesen minyak seperti Petronas, Shell dan Petron dalam usaha mendekati masyarakat. 

Absolut Event & Management sebelum ini menjadi tuan rumah pesta makanan terbesar iaitu Absolut Food Fest (Shah Alam). Walaupun ini kali ketiga mereka sebagai penganjur, skala dan jumlah keluaran adalah satu kejayaan yang mutlak.

Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) 


Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) terletak di Metropolis KL, sebuah pembangunan bersepadu dalam daerah Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Kuala Lumpur. Diposisikan sebagai pemangkin ekonomi dan Gerbang ke Asia Tenggara, MITEC ialah destinasi MICE (Mesyuarat, Insentif, Persidangan, dan Pameran) terbesar di rantau Asia Tenggara dan pusat perdagangan dan pameran terbesar di Malaysia.

MITEC menawarkan lebih 52,000-meter persegi ruang pameran dan dewan pameran dengan kemungkinan yang tidak terhingga. Sebagai ruang pameran terkemuka di Malaysia, pusat itu menarik 100,000 pengunjung dan persidangan atau konvensyen antara 200 hingga 20,000 perwakilan.

Festival Gaya Raya | Facebook | Instagram

Absolut Bazaar | Facebook | Instagram

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !