2H1M IFTAR DAN SAHUR DI HOTEL MAYA KUALA LUMPUR

2H1M IFTAR DAN SAHUR DI HOTEL MAYA KUALA LUMPUR

Ruby
7
2H1M IFTAR DAN SAHUR DI HOTEL MAYA KUALA LUMPUR | Assalammualaikum semua! Pada 9 April dan 10 April 2022 yang lalu Ruby bawa suami dan anak-anak short staycation. Dah lama sangat nak buat program begini pada bulan Ramadan. Ruby google dan bertanya dengan kenalan rapat, ada tak pakej 2H1N semasa bulan Ramadan yang tersedia sekali Iftar dan Sahur. Cek harga dan menu, kami pilih Hotel Maya Kuala Lumpur. 

Anak-anak siap minta nak bilik yang ada bathtub. Semasa tempahan, Ruby terus tanya jenis bilik dan ada bathtub tak? Hahaha ada! Don't worry memang ada bathtub! Lega satu bab apabila semua tersedia di dalam bilik. Kebiasaannya kami 2H1M ni, kami nak berehat sahaja. Lokasi hotel mesti berdekatan dengan pusat membeli-belah atau ada permandangan bangunan ikonik. Kami suka tengok lampu malam-malam. Hehehe. 


HOTEL MAYA KUALA LUMPUR


Pemilihan Hotel Maya Kuala Lumpur adalah pilihan dari Ruby. Sebab Ruby suka lokasi hotel yang strategik di tengah kota Kuala Lumpur. Suria KLCC, Pintasan Saloma, Kedai Mamak NZ, Kedai Mamak Pelita, Malaysia Tourism Centre (MaTiC), AvenueK, Pavilion Kuala Lumpur, LRT KLCC, dan Bus Hop On Hop Off pun ada. Mudah nak kemana-mana. Betul tak?

Buat pengetahuan anda semua, apabila anda menginap di Hotel Maya Kuala Lumpur. Parking PERCUMA! Nak keluar masuk pergi kemana-mana pun mudah. Hanya validate kad parking anda di kaunter pendaftaran hotel dan sedia untuk keluar berjalan. Best kan? 


Ruby mengenali Hotel Maya Kuala Lumpur sejak 2016 ketika program Citrawarna @ Kuala Lumpur 2016 Myth & Folklore. Makanan di sini sedap dan penginapan juga selesa. Ketika itu Ruby hamil Alif dan Adam baru berusia 2 tahun. Jadi, ia hubungan yang berpanjangan juga ya bila dah jatuh cinta dengan masakan dan penginapan. Staf bertugas sangat peramah dan suasana hotel yang tenang adalah pilihan Ruby sekeluarga. Kami suka privasi. 

PAKEJ SIMFONI REMBULAN @ MAYA - STUDIO ROOM DOUBLE RM 370++


Selama 2H1M, kami berempat menginap di bilik Studio Room Double dan tambah extra katil bernilai RM 100.


Ramadan ini, jom menginap dan menjamu selera dengan Pakej Simfoni Rembulan @ Maya. Bermula dari RM370++ untuk Studio Room Double. Pakej termasuk berbuka puasa Citarasa Simfoni Buffet Dinner bernilai RM110+ seorang.

Tempah sekarang sehingga 29 April 2022 dan menginap dari 3 - 30 April 2022

Pakej termasuk:
✅️ Bufet Sahur
✅️ Iftar Citarasa Simfoni Buffet Dinner bernilai RM 110+ seorang
✅️ Daftar masuk awal pada pukul 11 ​​pagi
✅️ Daftar keluar lewat pada jam 3 petang
✅️ Tempat letak kereta PERCUMA
✅️ WiFi PERCUMA

Untuk tempahan:
No Tel: +60 3 2333 1310

STUDIO ROOM DOUBLE + EXTRA BED


Bilik ini untuk dua orang penginapan dan ditambah dengan Adam dan Alif sudah dua orang. Jumlah 4 orang, jadi kami tambah katil. Agar semua selesa. Katil dan bantal di Hotel Maya Kuala Lumpur ni empuk dan gebu buat kami tidak mahu bangun. Hahaha.

Air minuman, snacks, kettle, peti sejuk, televisyen, papan menggosok pakaian, seterika, selipar, bathrob, towel, bathtub, pancuran air, barang keperluan mandian dan toileteries semua ada disediakan oleh Hotel Maya Kuala Lumpur. 

PERMANDANGAN DARI BILIK

Apabila menginap di hotel. Permandangan dari kamar bilik adalah perkara yang Ruby akan lihat dahulu. MasyaAllah cantiknya melihat kota Kuala Lumpur dari tingkat 21 Hotel Maya Kuala Lumpur. 

Langit biru terbentang luas. Indah betul bumi Malaysia ni. Pembangunan di Kuala Lumpur berkembang pesat. Banyak bangunan mengelilingi Menara Berkembar Petronas. 

Ruby berjaya mengambil gambar Panorama waktu malam Nightography dari bilik menggunakan Samsung Galaxy S22+. MasyaAllah cantik sangat. Melihat Pintasan Saloma di sebelah kiri bertukar lampu sudah mengasyikkan. 

Plan awal kami nak ke Food Truck, TAPAK, Pintasan Saloma dan berjalan-jalan malam di sekitar Menara Berkembar Petronas. Kami batalkan hasrat dan lebih selesa tengok dari bilik sahaja. Korang tahu tak? Iftar di Hotel Maya Kuala Lumpur dah cukup! Tak perlu keluar mencari makanan lain. Hahaha.


IFTAR CITARASA SIMFONI MALAYSIA BUFFET DINNER

Bermula dari 3 April sehingga 30 April 2022, Hotel Maya Kuala Lumpur kembali menyediakan Buffet Ramadan. Kali ini, Ruby tidak mahu ketinggalan untuk menikmati hidangan berbuka puasa di hotel. Buat pengetahuan anda, setiap tahun Hotel Maya Kuala Lumpur tidak pernah berhenti menyediakan hidangan Buffet Ramadan, sama ada take away di rumah atau mereka membuat penghantaran ke rumah semasa Pandemik COVID-19.

Kenangan semasa berbuka puasa semasa pandemik COVID-19 sangat menggamit memori apabila industri perhotelan kita bertungkus lumus memberi perkhidmatan terbaik dan bertindak kreatif dengan menyediakan pakej juadah berbuka puasa. 

Jika anda memang dah target nak berbuka di Hotel Maya Kuala Lumpur, Ruby amat mengesyorkan untuk anda ambil peluang membeli Early Bird baucar. RM 88 sahaja! Jika tidak sempat, RM 110 untuk dewasa dan RM 55 untuk kanak-kanak pun okay juga. Sebab makanan di Hotel Maya Kuala Lumpur dijamin sedap dan suasana selesa! Kerusi di Hotel Maya Kuala Lumpur jenis luas. Ruby selesa boleh letak bag tangan. Hehehe.

Selain makan sedap dan pelbagai, anda akan dihiburkan dengan Live Buskers yang berbakat. Melodi yang mendamaikan jiwa. Makan pun tenang. 


Semasa Ruby sekeluarga berbuka di Citarasa Simfoni Buffet Dinner, menu kami adalah dari senarai menu Selera Simfoni Malaysia 1. Diantara menu adalah Nasi Putih, Nasi Briyani, Kari Kepala Ikan, Daging Tetel Asam Pedas Melaka, Ayam Masak Merah, Udang Galah Goreng Berlada, Ketam Masak Lemak Nenas dan Sayur Campur. Selain dari menu tersebut, Hotel Maya Kuala Lumpur menyediakan warung-warung dan Live Cooking Chef. Kemudian untuk pilihan minuman, mereka menyediakan Air Balang. Semasa Ruby datang, ada air Jagung, Milo, Soda Herbs, Asam Boi dan Sirap Bandung. 


Melalui dari senarai di atas, cuba bayangkan betapa best semua hidangan. Kami sekeluarga berpuas hati dengan juadah yang disediakan. Ruby tidak bimbang dengan pilihan makanan anak-anak. Sebab kebanyakan menu di sini mesra keluarga. Anak boleh makam Apam Terang Bulan, Ice Cream, Makaroni Cheese dan minum Air Balang tu. Fuhhh best!

IFTAR DI HOTEL MAYA KUALA LUMPUR MEMANG BEST! BANYAK PILIHAN MAKANAN UNTUK SEISI KELUARGA


Kami membuat tempahan awal dan mendapat meja berdekatan Live Buskers. Alhamdulillah. Anak-anak happy tengok pelbagai peralatan muzik yang dimainkan oleh mereka. Siap tanya violin tu ukulele ke Ibu? Ada sesi mengenali alat muzik selain gitar. Hehe. Jom kita lihat semua hidangan yang Ruby sekeluarga telah nikmati. Kenyang Alhamdilillah. 

Selamat Berbuka Puasa dari Kami. 😇

Warung Apom Terang Bulan

Apom Terang Bulan / Apom Balik

Warung Cendana

Ais Batu Campur

Area Buffet Ramadan

Nasi Briyani & Udang Galah Goreng Berlada

Warung Satay

Satay Ayam & Daging

Warung Bakar-Bakar

Warung Thai Aroi


Warung Dang Wangi

Rojak Buah

Warung Selera Rasa Kampung

Aneka Kerabu
Ulam-ulam & Sambal

Warung Kari Kepala Ikan

Warung Di Ambang Raya

Warung Aneka Sup & Bubur Lambuk Simpang Tiga

Warung Citarasa Barat Maya


Warung Roti Malaysia

Warung Minuman Maya


MENCUIT HATI MELIHAT GELAGAT ALIF BERBUKA PUASA

Tahun 2022 adalah tahun anak-anak mula belajar berpuasa penuh. Alhamdulillah Adam dan Alif sabar melengkapkan ibadah puasa. Walau pelbagai ragam, Ruby dan suami cuba mengawal situasi agar mereka seronok berpuasa. 

Di antara menu kegemaran anak-anak adalah Makaroni Carbonara, Apom Terang Bulan, Ais Krim bersama sprinkle. Manakala minuman pula, mereka suka Air Jagung, Air Sirap Bandung dan Air Milo.


SAHUR DI HOTEL MAYA KUALA LUMPUR

Sahur bermula seawal 5 pagi kami sudah bergegas ke Tingkat 1 hotel. Setibanya di kafe, kami teruja dengan hidangan yang disediakan. Ada bubur nasi, salad, buah-buahan, roti, aneka mee, kaunter omelette, nasi campur, cereals dan minuman jus. Kopi pun ada! Memang best!

KOS PENGINAPAN KAMI


Pasti anda semua nak tahu RM berapa kos kami 2H1M di Hotel Maya Kuala Lumpur.

Pakej Simfoni Rembulan @ Maya: RM 370
Extra Bed: RM 100
Citarasa Simfoni Buffet Dinner (2 Kanak-Kanak) x RM 55: RM 110
Jumlah: RM580

Penginapan 2H1M, Iftar dan Sahur di Hotel Maya Kuala Lumpur sememangnya satu pengalaman yang indah buat kami sekeluarga. Jumpa lagi pada Ramadan tahun hadapan!

MENGENAI HOTEL MAYA KUALA LUMPUR


Disiapkan pada tahun 1996, bangunan 22 tingkat ini dahulunya dikenali sebagai Park Plaza Hotel Kuala Lumpur. Ia mempunyai 280 bilik tetamu yang serba lengkap. 

Hotel Maya Kuala Lumpur dimiliki oleh Selangor Dredging Berhad, pemaju hartanah mewah. Keluasan dan konsep terbuka membolehkan banyak cahaya semula jadi dan ruang pengudaraan. 

Terdapat empat jenis bilik, Bilik Studio, Suite Junior, Suite Deluxe dan Suite Eksekutif; semuanya menekankan gaya bandar yang sesuai dengan kemodenan Kuala Lumpur. Semua bilik yang luas dilengkapi dengan televisyen, telefon, akses internet jalur lebar dan Wi-Fi untuk kemudahan tetamu pada setiap masa. 

138, Jln Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Untuk tempahan:
No Tel: +60 3 2333 1310

Catat Ulasan

7Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Not bad juga yaa harga dia, kalau stay time ramadan ni untung, sekali pakej sahur dan buffet, puas makan kannnn..

    BalasPadam
  2. Perghhh terliur tengok makanan yang dihidangkan tu. Apam balik, udang berlada....hmmm nak kena plan masak untuk berbuka nanti.

    BalasPadam
  3. Ok. I am sold bilamana Ruby kata ada bathtub. Rawlins just nak relax myself dalam tab mandi je. Fuh bestnya

    BalasPadam
  4. HOTEL MAYA KUALA LUMPUR ni nampak cantik, makanan pun nampak sedap. Kepada yang ada kelapangan bolehlah ke sni.

    BalasPadam
  5. Hotel ni nearby jer office Nell, boleh la nak experience staycation kat sini.. nampak selesa ye , siap ada sahur and iftar sekali dalam package!

    BalasPadam
  6. Best dpt menginap dan berbuka puasa di Hotel Maya, lgpun tak jauh kl jer

    BalasPadam
  7. Wow nice! The package price is very reasonable with stay and also sahur plus buka puasa buffet.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !