ROYALE KUKUR MENERIMA ANUGERAH EXCELLENCE IN KUKUR MUSHROOM PRODUCTION 2022 DI ASEAN FOOD & TRAVEL AWARDS 2022

ROYALE KUKUR MENERIMA ANUGERAH EXCELLENCE IN KUKUR MUSHROOM PRODUCTION 2022 DI ASEAN FOOD & TRAVEL AWARDS 2022

Ruby
0
ROYALE KUKUR MENERIMA ANUGERAH EXCELLENCE IN KUKUR MUSHROOM PRODUCTION 2022 DI ASEAN FOOD & TRAVEL AWARDS 2022 | Assalammualaikum semua! Pada 31 March 2022 yang lalu, syarikat Impian Ramai F&B Sdn Bhd telah menerima anugerah Excellence in Kukur Mushroom Production 2022 oleh Asean Food & Travel Awards 2022 sebagai pengeluar produk cendawan kukur yang pertama di Malaysia. 

Ia adalah satu pencapaian hebat bagi produk baharu yang mengambil risiko inovasi dengan hanya produk berasaskan Cendawan Kukur. Tahniah buat semua pasukan Royal Kukur. Semoga terus sukses!

EXCELLENCE IN KUKUR MUSHROOM PRODUCTION 2022


Melihat kepada kategori kejayaan jenama Royale Kukur, pasti kita tertanya-tanya bagaimana cendawan kukur ini boleh memenuhi permintaan produk. Sebab pada pengetahuan kita, cendawan kukur ini tumbuh di kayu-kayu. Malah, ia di petik oleh orang kampung untuk jualan di pasar. 

Namun, Royale Kukur percaya teknologi dan inovasi pasti ada untuk menuai cendawan kukur. Buat masa ini, sumber cendawan kukur masih melalui dari peniaga-peniaga tempatan. Pada masa akan datang, Royale Kukur akan bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) untuk teknologi Pengewapan Cendawan secara bongkah dan dilaksanakan di lokasi yang bersesuaian dari proses menjaga cendawan kukur sehingga penyediaan makanan. 

MENGENAI IMPIAN RAMAI F&B


Impian Ramai F&B telah ditubuhkan pada 7 Januari 2021 dan ia adalah 100% Syarikat Bumiputera. Diinspirasikan oleh dua adik-beradik Kerabat di Raja kelahiran Pahang, YM Tengku Datin Nazaziah Bt Tengku Abdullah, 59, dan adiknya, YM Tengku Roziah Bt Tengku Abdullah, 57 yang juga merupakan sepupu kepada Yang di Pertuan Agong. 


Puan Azera Bt Abu Hussan selaku Ketua Pengarah Eksekutif yang juga merupakan anak saudara sulung kepada YM Tengku Datin Nazaziah dan YM Tengku Roziah telah memulakan langkah dalam penjenamaan dan pengeluaran cendawan kukur berdasarkan pengalaman beliau di dalam bidang pertanian hampir 10 tahun. 

JANA PENDAPATAN BERSAMA ROYALE KUKUR


Royale Kukur menggunakan pendekatan modul ‘business to business’ dengan menyediakan platform latihan dan pembangunan kerjaya untuk agen. Buat masa ini, Royale Kukur sedang membuka peluang untuk anda yang berminat untuk menjadi agen berdaftar di seluruh negeri. 

Royale kukur berhasrat untuk membantu mereka yang terkesan akibat pandemik wabak COVID-19, yang terkesan dengan banjir melanda negara, golongan suri rumah, pelajar universiti dan mereka yang tidak bekerja untuk menjana pendapatan sampingan. 

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !