PANDANG PERTAMA SAMSUNG GALAXY A53 5G

PANDANG PERTAMA SAMSUNG GALAXY A53 5G

Saiful Naim
0
PANDANG PERTAMA SAMSUNG GALAXY A53 5G | Assalamualaikum semua! Kali ini Ruby ingin bercerita mengenai telefon pintar dari Samsung. Ianya adalah Samsung Galaxy A53 5G yang baru di lancarkan dari siri keluarga "A". Samsung Galaxy A53 5G lebih mantap lagi dari keluaran sebelumnya. Ini disebabkan chip pemprosen kali ini dikuasa kan oleh Exynos 1280 berbanding keluaran siri "A" yang terdahulu menggunakan Qualcomm Snapdragon 778G. Ruby dah seronok kerana biasanya chip Exynos akan digunakan pada produk tier yang atas dr siri "A". Dah rasa guna telefon "high end" pula. Hehehe.
Dari segi reka bentuk, ianya mempunyai penutup plastik "matte" yang licin dan terdapat lengkungan di bahagian sisi badan telefon. Samsung Galaxy A53 5G ini amat sedap bila dipegang, ringan dan kelihatan begitu padu di tapak tangan.
Reka bentuk yang unik di bahagian kamera untuk menyerlahkan lagi lensa-lensa yang ada di bahagian belakang menunjukkan hasil seni yang halus buat Samsung Galaxy A53 5G.
Samsung Galaxy A53 5G ini mempunyai beberapa warna pastel seperti "Awesome Blue", "Awesome White", "Awesome Peach" dan "Awesome Black". Ruby memilih warna "Awesome White" kali ini, warna putih ini adalah antara warna kesukaan Ruby dan ini membuatkan Ruby jatuh cinta dengan Samsung Galaxy A53 5G ini.
Kita bercerita mengenai paparan skrin pula ya, mempunyai 6.5 inci paparan skrin "SuperAmoled Full HD + infinity - O" dan mempunyai paparan segaran sebanyak 120Hz. Ini menunjukkan paparan telefon menjadi lebih menarik dan jitu bila menggunakannya. Ianya juga mempunyai "fitur" cap jari di bahagian bawah paparan skrin.

Kali ini kita ke bahagian utama telefon pintar, iaitu chip pemprosesannya. Sebagaimana yang anda tahu, Samsung Galaxy A 53 5g ini telefon pintar keluaran siri "A" yang pertama dikuasakn oleh chipset baru 5nm Samsung Exynos 1280 dengan ketersambungan talian 5G. Ianya di datangkan dengan 8GB RAM dan ruang simpanan sebanyak 256GB serta menyokong ruang simpanan dengan menggunakan "mico SD" sehingga 1TB.
Kamera belakangnya disusun dengan empat kamera, kameranya  mempunyai fungsi 64 - megapixel f/2.2 "ultra wide", 5 megapixels macro dan "depth sensor". Sementara kamera hadapan di lengkapi dengan 32 megapixel. Baterinya juga di naik tarafkan sehingga 5000mAH, menurut dari pihak Samsung ianya boleh berfungsi selama 2 hari berturut-turut. Selain itu, telefon ini menyokong "fast charging" atau dengan nama lain cas laju sebanyak 25W dan boleh mencapai 50% bateri dalam kadar 30 minit. "OS" atau "Operating System" telefon ini menggunakan yang paling baru dibina oleh Samsung iaitu "OneUI 4 dan menggunakan "Android" versi 12 yang biasanya diggunakan untuk telefon tier kelas atasan.

Pada kepuasan Ruby semasa "unboxing" telefon ini, Samsung Galaxy A53 5G ini lebih menyerlah dari telefon kelas pertengahan yang lain. Selepas ini, nantikan ulasan penuh Samsung Galaxy A53 5G dari Ruby setelah memakainya. Ianya boleh didapati di pasaran dengan harga Rm 1,849.


Samsung juga mempunyai e-store, di situ anda boleh melihat pelbagai jenis perkakasan dan promosi yang sedang hangat sekarang ini. Anda boleh melayarinya di laman sesawang Samsung Malaysia di bawah.






 


Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !