About

Bismillahirahmanirahim, Assalammualaikum kepada kalian yang sedang membaca info tentang "About" ini. Saya dikenali sebagai Ruby. Nama pena yang saya gunakan sepanjang saya menulis blog. Saya bermula menulis blog pada tahun 2003 ketika masih di bangku sekolah. Dari suka-suka, menjadi luar biasa. Ia menjadi hobi dan seterusnya karier. Walaupun tidak menulis secara sepenuh masa. Saya memanfaatkan perkongsian penulisan blog untuk memberi informasi terkini kepada semua pembaca.


About ruby.my


Latar belakang pendidikan saya adalah Teknologi Maklumat. Diploma Information Technology (2009) & Bachelor of Information Technology (Hons) in Network Technology (2012). Pengalaman bekerja pula sangat menyeronokkan. Ia mematangkan saya dan memberi sesuatu kekuatan yang baru untuk sentiasa kemaskini impian.

  • IKEA Exit Bistro, Mutiara Damansara (2002) 
  • Sales Coordinator, Watson’s Personal Care Store, KLCC (2004) 
  • Cashier, Bukit Bintang Bistro, Bintang Walk (2005) 
  • Barista, Delifrance Bistro, KLCC (2005) 
  • Waitress, Manhattan Fish Market, Ampang (2006) 
  • Cashier, London Fish Tale, KLCC (2006) 
  • SEM RIS, IT Helpdesk, 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd, Plaza Berjaya (2007 – 2010) 
  • Executive Event & Marketing – Social Media, Tourism Selangor Sdn Bhd, Shah Alam (2011) 
  • Freelance Social Media Team for Manoah Consulting (2014) 
  • Advisor – Blogger Community (2014 – 2015) 
  • Owner – Ruby.MY (2013 – Present) 
  • Founder - RUBYDOTMY NETWORKS (KT0502066-X) (2021 - Present)

Kronologi domain blog ini adalah bermula pada 18 Okt 2003 – 1 Feb 2010, saya menggunakan www.rabiatuladawiyahzakaria.blogspot.com. Panjang sungguh nama domain, ketika itu hanya ingin menulis dan tidak ambil pusing tentang pentingnya nama domain yang catchy. Kemudian pada 2 Feb 2010 – 2 Feb 2014, saya mula berjinak-jinak untuk menggunakan domain dan hosting berbayar. Maka lahirlah www.rabiatuladawiyah.com. Ketika ini, saya berpindah dari blogger.com ke wordpress.com. Susah ya untuk belajar perkara baru tambahan dua platform yang berbeza bahasa pengaturcaraan. Pada tahun 2013, Mynic telah menjadi penjual utama domain untuk .my dan .com.my. Maka, Ruby merebut peluang membeli domain www.ruby.my pada 17 April 2013 dan menggunakannya sehingga sekarang! Alhamdulillah.

About ruby.my



Seiring dengan perubahan usia, peningkatan pengalaman dan status dari bujang ke isteri. Kemudian bergelar seorang ibu, penulisan Ruby pun berubah-ubah seiring dengan kesesuaian gaya hidup. Untuk terus berada di dalam industri penulisan blog dan media ini. Ruby sentiasa menitik beratkan keupayaan diri. Status bukan penghalang untuk kita terus mengejar kerjaya yang kita inginkan. Tetapi perlulah fleksibel. Supaya amanah Allah s.w.t iaitu suami serta anak-anak dijaga dengan baik dan kami juga cekal positif baik dengan semua orang untuk terus mendapat keredaan Allah s.w.t. InsyaAllah.

Terima kasih sudi membaca blog ini. Assalammualaikum!