APOLLO 2.0 Catat Rekod 587 Juta Kek Lapis, Tingkat Kapasiti Pengeluaran 40 Peratus

JOHOR BAHRU, 6 November 2026 – APOLLO melangkah ke fasa baharu perkembangan perniagaannya menerusi inisiatif APOLLO 2.0: Redefining A New Era of Yumminess, yang menyaksikan peningkatan keupayaan pengeluaran, penggunaan teknologi automasi dan pembangunan produk berteraskan inovasi. 

APOLLO 2.0 Catat Rekod 587 Juta Kek Lapis, Tingkat Kapasiti Pengeluaran 40 Peratus

Jenama konfeksi tempatan yang ditubuhkan pada tahun 1953 itu turut mencatat pencapaian penting apabila menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records bagi kategori Most Layer Cakes Produced in a Year, selepas menghasilkan sebanyak 587,736,544 unit kek lapis pada tahun 2026.

Pencapaian tersebut diumumkan sempena pelancaran APOLLO 2.0 di premis pengeluarannya di Larkin, Johor Bahru, yang turut memperlihatkan pelaburan strategik syarikat dalam memperkukuh keupayaan pengilangan dan inovasi produk.

Kapasiti Pengeluaran Kek Dijangka Meningkat 40%


Antara komponen utama transformasi APOLLO 2.0 ialah pengenalan barisan pengeluaran kek baharu yang dilengkapi teknologi automasi lebih menyeluruh.

Sistem tersebut merangkumi pelbagai peringkat pengeluaran, bermula daripada pengendalian ramuan sehingga proses pembungkusan akhir produk.

Menerusi penaiktarafan ini, kapasiti pengeluaran kek APOLLO dijangka meningkat sekitar 40% berbanding sebelumnya, selain membolehkan syarikat menyokong operasi pengeluaran selama 24 jam apabila diperlukan. 

APOLLO 2.0 Catat Rekod 587 Juta Kek Lapis, Tingkat Kapasiti Pengeluaran 40 Peratus


Penggunaan automasi yang lebih meluas turut bertujuan mengurangkan kebergantungan terhadap pengendalian manual, meningkatkan konsistensi pengeluaran serta memperkukuh aspek kebersihan, keselamatan makanan dan kecekapan operasi.

Pelaburan berkenaan juga dilihat sebagai langkah penting bagi membolehkan APOLLO memenuhi permintaan pengguna dengan lebih berkesan, di samping menyediakan asas untuk pembangunan produk baharu.

Pengiktirafan Malaysia Book of Records Bukti Keupayaan Pengilangan


Pengiktirafan The Malaysia Book of Records bagi penghasilan 587,736,544 unit kek lapis dalam tempoh setahun mencerminkan skala operasi dan keupayaan pengeluaran APOLLO dalam industri konfeksi tempatan. 

APOLLO 2.0 Catat Rekod 587 Juta Kek Lapis, Tingkat Kapasiti Pengeluaran 40 Peratus

Menurut Pengarah Urusan APOLLO, Cheah Jia Ming, pencapaian tersebut merupakan satu detik penting dalam perjalanan transformasi syarikat.

“Ini merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan transformasi APOLLO. Pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records membuktikan pencapaian kami selama ini, manakala pelaburan dalam peningkatan keupayaan pengilangan dan inovasi mencerminkan hala tuju kami untuk masa hadapan,” katanya. 

APOLLO 2.0 Catat Rekod 587 Juta Kek Lapis, Tingkat Kapasiti Pengeluaran 40 Peratus


Beliau turut menegaskan bahawa APOLLO akan terus memberikan tumpuan kepada pembangunan tenaga kerja, teknologi dan inovasi bagi memastikan syarikat kekal relevan serta berdaya saing.

“Kami melabur dalam warga kerja, teknologi, keupayaan pengeluaran dan inovasi kerana kami mahu APOLLO terus kekal relevan dan berdaya saing untuk generasi akan datang. Kami berazam untuk terus memantapkan kedudukan kami di Malaysia sambil meneroka peluang baharu untuk pertumbuhan pada masa depan.”

Innovation Lab Perkukuh Pembangunan Produk Baharu


Selain meningkatkan keupayaan pengeluaran, APOLLO turut mewujudkan Makmal Inovasi (Innovation Lab) khusus bagi mempercepat pembangunan produk dan meneroka peluang inovasi dalam industri konfeksi.

Makmal tersebut memberikan tumpuan kepada pembangunan perisa baharu, penambahbaikan format produk serta penghasilan produk yang memenuhi perubahan cita rasa pengguna.

Dengan mengintegrasikan pembangunan produk dan barisan pengeluaran di bawah satu bumbung, APOLLO berupaya membangunkan, menguji dan memperluas pengeluaran idea baharu dengan lebih berkesan.

Pendekatan ini turut membuka peluang kepada syarikat untuk meneroka penggunaan bahan berkualiti, cita rasa tempatan serta inovasi dalam menghasilkan produk yang lebih relevan kepada pengguna masa kini. 

APOLLO 2.0 Catat Rekod 587 Juta Kek Lapis, Tingkat Kapasiti Pengeluaran 40 Peratus

Ketua Pemasaran APOLLO, Warren Chan, berkata syarikat mahu memperkukuh hubungan dengan pengguna melalui inovasi yang mengambil kira kehendak dan pengalaman mereka.

“Kami mahu APOLLO menjadi jenama yang bukan sahaja dikenali dan digemari rakyat Malaysia; kami mahu menjadi jenama yang sentiasa dekat di hati, menjadi bualan dan dinanti-nantikan para pengguna,” katanya.

Menurut beliau, APOLLO akan terus memberikan tumpuan kepada pembangunan perisa baharu serta format produk yang lebih menarik, mudah dinikmati dan menyeronokkan.

Syarikat juga akan menjadikan maklum balas pengguna sebagai antara sumber inspirasi utama dalam pembangunan produk pada masa hadapan.

APOLLO Sumbang RM250,000 kepada Tabung Kebajikan & Pelajaran YPJ


Selain meraikan pencapaian industri dan pengembangan operasinya, APOLLO turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM250,000 kepada Tabung Kebajikan & Pelajaran YPJ sempena majlis APOLLO 2.0. 

APOLLO 2.0 Catat Rekod 587 Juta Kek Lapis, Tingkat Kapasiti Pengeluaran 40 Peratus
Pengerusi APOLLO Food Holdings Berhad, Dato’ Cheah See Yeong menyerahkan sumbangan RM250,000 kepada Tabung Kebajikan & Pelajaran YPJ sebagai sebahagian daripada komitmen APOLLO untuk menyumbang kembali kepada masyarakat Johor. 

Dari kiri: Pengarah Urusan Kumpulan APOLLO Food Holdings Berhad, Cheah Jia Ming; Pengerusi APOLLO Food Holdings Berhad, Dato’ Cheah See Yeong; Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor, Lee Ting Han; serta Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah. 
Foto: APOLLO Food Holdings Berhad / Edaran media

Sumbangan tersebut memperlihatkan penglibatan syarikat dalam inisiatif tanggungjawab sosial korporat, khususnya berkaitan kebajikan dan pendidikan.

Majlis APOLLO 2.0 turut dihadiri YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, bersama barisan kepimpinan syarikat serta wakil media.

Program berkenaan turut menampilkan demonstrasi penyediaan pencuci mulut oleh cef selebriti Dato’ Fazley Yaakob, menggunakan produk APOLLO sebagai sebahagian daripada pengisian acara. 

APOLLO 2.0 Catat Rekod 587 Juta Kek Lapis, Tingkat Kapasiti Pengeluaran 40 Peratus

Memperkukuh Legasi Jenama Tempatan Sejak 1953


APOLLO 2.0 Catat Rekod 587 Juta Kek Lapis, Tingkat Kapasiti Pengeluaran 40 Peratus

Ditubuhkan pada tahun 1953, APOLLO telah membina kedudukannya sebagai antara jenama konfeksi tempatan yang dikenali menerusi rangkaian kek lapis, wafer dan produk coklat.

Sepanjang lebih tujuh dekad, syarikat itu terus mengembangkan portfolio produknya untuk memenuhi keperluan pengguna merentasi generasi.

Kini, produk APOLLO bukan sahaja dipasarkan di seluruh Malaysia, malah turut berada di pasaran antarabangsa terpilih. Menerusi APOLLO 2.0, syarikat berhasrat memperkukuh legasinya dengan menggabungkan pengalaman industri, teknologi moden dan pembangunan produk berasaskan kehendak pengguna.

Dalam tempoh dua tahun akan datang, APOLLO akan memberikan tumpuan kepada usaha mendekatkan jenama dengan pengguna sedia ada, di samping menarik minat generasi baharu melalui inovasi produk.

Berpandukan falsafah jenama “Delighting The World, One Bite At A Time”, APOLLO menyasarkan pertumbuhan berterusan sambil mengekalkan identiti dan warisan yang telah dibina sejak penubuhannya.

Transformasi ini memperlihatkan usaha syarikat untuk memastikan jenama tempatan yang telah bertapak selama lebih tujuh dekad terus relevan dalam landskap industri makanan yang semakin kompetitif.

Post a Comment

أحدث أقدم