Memahami Perimenopause: Perjalanan Yang Sering Dipendam Wanita Malaysia

Cyberjaya, 17 Mac 2026 - Tanpa sebarang jangkaan, kehadiran ke sebuah program sempena Hari Wanita Antarabangsa 2026 bertukar menjadi satu pengalaman yang cukup menyentuh emosi dan membuka mata. Bertempat di Cyberjaya, Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL) dengan kerjasama Parenthood Media menerusi komuniti KitaParents telah menganjurkan sesi santai berbentuk café talk bertajuk “Sip & Share: Perimenopause Unfiltered.”

Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif “What Women Want (For Health)”, yang bertujuan menyediakan ruang selamat untuk wanita berbincang secara terbuka tentang kesihatan hormon mereka.

Memahami Perimenopause: Perjalanan Yang Sering Dipendam Wanita Malaysia

Perimenopause Bukan Sekadar “Stress” atau “Tua”

Menurut Dr Premitha Damodaran, pakar Perbidanan dan Sakit Puan dari PHKL, perimenopause adalah fasa peralihan sebelum menopause yang sering disalah faham. Ramai wanita menganggap perubahan emosi, keletihan atau gangguan tidur sebagai perkara biasa sedangkan ia mungkin tanda awal perubahan hormon.

Setiap wanita melalui fasa ini secara berbeza. Bagi kebanyakan wanita di Malaysia, menopaus berlaku sekitar usia 45 hingga 55 tahun, namun simptom boleh bermula lebih awal.

Memahami Perimenopause: Perjalanan Yang Sering Dipendam Wanita Malaysia

Memahami Perimenopause: Perjalanan Yang Sering Dipendam Wanita Malaysia

Kenali Tanda-Tanda Awal

Seperti fasa akil baligh, tubuh wanita juga memberi “signal” sebelum memasuki menopaus. 

Antara simptom yang sering dialami:

  • Emosi tidak stabil 
  • Gangguan tidur 
  • Hot flush (rasa panas secara tiba-tiba) 
  • Sakit badan dan keradangan 
  • Kitaran haid yang tidak menentu 
Menopause hanya disahkan apabila seorang wanita tidak mengalami haid selama 12 bulan berturut-turut. Sekiranya berlaku pendarahan selepas tempoh tersebut, pemeriksaan lanjut amat penting bagi menolak risiko penyakit serius seperti kanser atau masalah kesihatan lain.

Ruang Selamat Untuk Wanita Bersuara 

Apa yang membezakan sesi ini adalah pendekatannya yang santai dan mesra komuniti. Peserta diberi peluang untuk berkongsi pengalaman melalui soalan seperti:

“Apa yang selama ini saya sangka stress… rupa-rupanya tidak?” 
“Simptom yang saya Google jam 2 pagi tapi takut nak tanya…” 

Malah, sesi soal jawab secara anonim memberi ruang kepada wanita untuk bertanya tanpa rasa malu atau dihakimi.

Dari Seorang Anak, Untuk Seorang Ibu

Di sebalik ilmu yang dikongsi, sesi ini turut menyentuh sisi emosi yang mendalam. Ia mengingatkan bahawa ramai wanita, termasuk ibu kita sendiri. Mungkin melalui fasa ini dalam diam, tanpa benar-benar difahami oleh orang sekeliling.

Kadangkala, pasangan hidup sendiri tidak menyedari perubahan yang berlaku, apatah lagi anak-anak yang masih belum mengerti. Namun apabila kita mula memahami, timbul rasa empati yang tidak pernah hadir sebelum ini. 

Belajar Mengenali Diri, Walau Tanpa Difahami

Hakikat yang mungkin sukar diterima, tidak semua wanita melalui fasa ini dengan sokongan yang cukup. Ada yang dipandang “terlebih emosi”, ada yang dianggap sekadar penat biasa, dan ada juga yang memilih untuk diam kerana tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan apa yang sedang dirasai. 

Namun di sinilah pentingnya kesedaran diri.
Wanita perlu belajar untuk:

  • Mengenali perubahan tubuh sendiri 
  • Peka terhadap emosi yang berubah 
  • Berani mendapatkan nasihat pakar 
  • Tidak menormalisasikan kesakitan yang berpanjangan 
Kerana menjaga diri bukan satu kemewahan — ia satu keperluan.

Dalam dunia yang sering menuntut wanita untuk kuat demi semua orang, mungkin sudah tiba masanya wanita juga belajar untuk hadir untuk diri sendiri.

Persediaan Bukan Sekadar Fizikal

Perimenopause bukan sekadar perubahan biologi.
Ia adalah perjalanan yang memerlukan: 
  • Kesedaran awal 
  • Pemeriksaan kesihatan berkala 
  • Kestabilan emosi 
  • Perancangan kewangan dan perlindungan diri 
Yang paling penting, wanita tidak perlu melalui fasa ini bersendirian. 

Wanita Berhak Faham Tubuh Sendiri

Melalui inisiatif seperti ini, PHKL membuka ruang untuk wanita Malaysia lebih memahami tubuh mereka sendiri tanpa stigma, tanpa rasa malu. Kerana hakikatnya, memahami perubahan ini bukan tanda kelemahan, tetapi satu bentuk kekuatan. 
  • Menghargai tubuh yang berubah. 
  • Menghargai emosi yang tidak selalu stabil. 
  • Dan menghargai wanita, termasuk diri sendiri. 
Kerana akhirnya, jika tiada siapa yang benar-benar memahami… kita masih boleh memilih untuk memahami diri sendiri. Dan itu sudah cukup kuat. 
أحدث أقدم