Perfect Italiano Lancar Trak Ramadan Pertama, Hidangkan Sajian Keju di Bazar & Lokasi Moreh Sekitar Lembah Klang

Kuala Lumpur, 27 Februari 2026 — Sempena bulan Ramadan, Perfect Italiano tampil dengan inisiatif istimewa menerusi pelancaran trak makanan Ramadan pertamanya, membawa hidangan berasaskan keju ke bazar Ramadan dan lokasi moreh di masjid sekitar Lembah Klang.

Perfect Italiano Lancar Trak Ramadan Pertama, Hidangkan Sajian Keju di Bazar & Lokasi Moreh Sekitar Lembah Klang

Buat julung kalinya, jenama keju ini turun mendekati komuniti setempat dengan memperkenalkan sajian ringkas dan mudah dinikmati, selari dengan suasana berbuka puasa dan moreh yang sering diraikan bersama keluarga dan sahabat.

Sajian Ringkas, Rasa Lebih Sempurna


Bermula hari ini hingga 12 Mac, trak Perfect Italiano akan mengedarkan hidangan percuma kepada orang ramai di lokasi terpilih. Setiap sajian menampilkan bagaimana keju Perfect Italiano mampu memperkayakan rasa hidangan tempatan, menjadikannya lebih lazat, memikat dan memuaskan walaupun disediakan secara ringkas.

Lebih daripada sekadar berkongsi makanan, inisiatif ini mencerminkan semangat kebersamaan Ramadan — dengan kehadiran di bazar serta masjid terpilih, Perfect Italiano bukan sahaja mendekati komuniti, malah menginspirasikan keluarga untuk menyediakan menu berbuka dan moreh yang mudah namun sempurna di rumah.

Kehadiran Pempengaruh Popular Meriahkan Jelajah


Bagi menambahkan kemeriahan suasana di beberapa lokasi terpilih, pempengaruh popular tanah air seperti Hazeman Huzir, Akiejack dan Mark Warn turut dijadualkan hadir bersama trak Perfect Italiano.

Kehadiran mereka dijangka menceriakan suasana di lokasi jelajah serta menghangatkan perkongsian momen Ramadan di media sosial, sekaligus menarik minat lebih ramai pengunjung untuk singgah dan merasai sendiri sajian yang disediakan.

Perfect Italiano Lancar Trak Ramadan Pertama, Hidangkan Sajian Keju di Bazar & Lokasi Moreh Sekitar Lembah Klang

Ikuti Jelajah Trak Ramadan Perfect Italiano


Jelajah Ramadan ini akan berlangsung di beberapa bazar dan lokasi moreh terpilih sekitar Lembah Klang. Orang ramai digalakkan untuk mengikuti saluran media sosial Dairylicious Malaysia bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai jadual jelajah, lokasi, serta waktu kemunculan pempengaruh. Inisiatif ini mencerminkan komitmen Perfect Italiano dalam menyatukan komuniti menerusi hidangan yang mudah disediakan, lazat dinikmati, dan sesuai untuk dinikmati bersama pada bulan penuh keberkatan ini.

أحدث أقدم