Bufet Ramadan 2026: Steak Premium Di Maria’s SteakCafe

Bulan Ramadan sentiasa hadir dengan makna yang mendalam waktu untuk refleksi diri, kesyukuran dan paling indah, kebersamaan bersama insan tersayang ketika berbuka puasa. Menyambut bulan mulia ini, Maria’s SteakCafe kembali memperkenalkan Menu Khas Ramadan & Raya, yang ditawarkan secara bermusim dari 19 Februari hingga 19 April 2026. Untuk makluman, ini bukan bufet ramadan. Ini adalah menu yang dihidangkan terus ke meja anda. Lebih selesa kan? Setelah seharian berpuasa, anda duduk, rehat dan menanti hidangan berbuka puasa dari pelayan mesra dari Maria's SteakCafe.

Bufet Ramadan 2026: Steak Premium Di Maria’s SteakCafe

Direka khusus untuk pengalaman dining secara berkongsi, menu ini menampilkan hidangan bertingkat yang melambangkan kemewahan rezeki dan nilai kebersamaan. Setiap susunan bermula dengan pembuka selera istimewa Maria’s, diikuti hidangan utama yang mengenyangkan serta pelengkap sampingan yang menyempurnakan suasana iftar dan jamuan Hari Raya bersama keluarga serta rakan terdekat.

Pilihan Set Untuk Pelbagai Cita Rasa


Menu Ramadan & Raya Maria’s SteakCafe ditawarkan dalam pilihan daging lembu dan bukan daging lembu, sesuai untuk dua atau empat orang, bagi memenuhi keperluan kumpulan kecil mahupun sederhana. Mengikut tradisi Ramadan, setiap set dimulakan dengan buah kurma serta minuman istimewa Rosé Zest, sebagai pembuka selera selepas seharian berpuasa.

Hidangan pembuka menyajikan Sup Labu Segar, diikuti N.Z Spicy Mussels dalam sos tomato yang kaya dengan rasa, lengkap dengan roti bawang putih rangup. Hidangan utama pula menggabungkan elemen Barat dan sentuhan rasa tempatan, diserikan dengan Sos Percik istimewa Maria’s sebagai pelengkap. 

Bufet Ramadan 2026: Steak Premium Di Maria’s SteakCafe
Fresh Pumpkin Soup

Bufet Ramadan 2026: Steak Premium Di Maria’s SteakCafe

Bufet Ramadan 2026: Steak Premium Di Maria’s SteakCafe
Percik Sauce & Mustard, Garlic Butter & Mint Sauce

Bufet Ramadan 2026: Steak Premium Di Maria’s SteakCafe
Kurma, Garlic Bread & Fresh Pumpkin Soup

Bufet Ramadan 2026: Steak Premium Di Maria’s SteakCafe
Kurma & Rose Zest

Bufet Ramadan 2026: Steak Premium Di Maria’s SteakCafe
N.Z. Spicy Mussels


Hidangan Utama Premium


Bagi set empat orang dengan pilihan daging, tetamu akan menikmati Australian Hereford Grainfed Ribeye (220g) dan New Zealand Lamb Cutlets. Untuk pengalaman yang lebih eksklusif, pelanggan boleh menaik taraf kepada Black Angus MB2 Ribeye, Wagyu MB7 Tenderloin atau Wagyu MB9 Ribeye (230g - 270g).

Pilihan bukan daging pula menampilkan Grilled Salmon dan Garlic Butter Tiger Prawns, dengan pilihan naik taraf kepada Pan-Fried Atlantic Cod. Sementara itu, set dua orang menawarkan pilihan Grilled Salmon atau Argentinian Striploin, dengan pilihan naik taraf yang sama bagi memenuhi selera individu. 

Bufet Ramadan 2026: Steak Premium Di Maria’s SteakCafe

Bufet Ramadan 2026: Steak Premium Di Maria’s SteakCafe

Bufet Ramadan 2026: Steak Premium Di Maria’s SteakCafe

Bufet Ramadan 2026: Steak Premium Di Maria’s SteakCafe

Bufet Ramadan 2026: Steak Premium Di Maria’s SteakCafe

Hidangan Sampingan & Pencuci Mulut

Setiap hidangan dilengkapkan dengan pilihan sampingan seperti Onion Rings, Roasted Potatoes dan Sautéed Vegetables. Untuk set empat orang, tambahan Steakhouse Fries yang rangup turut disertakan. Jamuan diakhiri dengan Prune Cake yang lembut dan kaya rasa, pencuci mulut yang memberi sentuhan manis dan menenangkan.

Bufet Ramadan 2026: Steak Premium Di Maria’s SteakCafe


Harga & Lokasi

Menu Khas Ramadan & Raya ini ditawarkan pada harga RM335++ untuk dua orang dan RM595++ untuk empat orang, dan boleh dinikmati di semua cawangan Maria’s SteakCafe sekitar Lembah Klang. 

Legasi Rasa Sejak 27 Tahun

Ditubuhkan oleh pasangan suami isteri, Encik Peter Tan dan isterinya Puan Maria, jenama ini lahir daripada kecintaan terhadap masakan yang bermula di dapur kecil keluarga mereka di Ipoh. Apa yang bermula sebagai usaha penuh kasih dalam suasana kekeluargaan, kini berkembang menjadi antara nama yang dikenali dalam dunia steak premium di Malaysia.

Memasuki tahun 2026, Maria’s Signature meraikan ulang tahun ke-27 penubuhannya — satu perjalanan panjang yang menyaksikan evolusi jenama daripada nama asalnya kepada identiti baharu sebagai Maria’s SteakCafe

Bufet Ramadan 2026: Steak Premium Di Maria’s SteakCafe
Cik Angeline Tan, Director Maria's StekCafe

Legasi ini kini diteruskan oleh generasi kedua keluarga tersebut. Anak perempuan pasangan pengasas, Cik Angeline, memegang peranan sebagai Director, manakala sahabat karibnya sejak kecil, Chong Ai Lee, berkhidmat sebagai Business Director. Gabungan visi generasi baharu dan nilai tradisi keluarga terus memperkukuhkan kedudukan jenama ini dalam industri F&B tempatan.

Sehingga kini, Maria’s SteakCafe mempunyai tiga cawangan utama di Lembah Klang:

  • Maria’s SteakCafe Suria KLCC 
  • Maria’s SteakCafe Bangsar 
  • Maria’s SteakCafe Sunway 

Dikenali dengan kepakaran dalam penyediaan steak premium termasuk pilihan Wagyu dan potongan daging berkualiti tinggi, Maria’s SteakCafe terus mengekalkan pendekatan hospitaliti yang berteraskan suasana mesra keluarga.


Bufet Ramadan 2026: Steak Premium Di Maria’s SteakCafe
Dari kiri, Cik Angeline Tan,  Maria's SteakCafe Director, Ruby dan Cik Chong Ai Lee, Maria's SteakCafe Business Director.

Tempahan dan pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi +60179020339 atau melayari laman web rasmi www.marias.com.my.
Terbaru Lebih lama