Kuala Lumpur, 27 Februari 2026 — AEON Bank, bank digital Islamik pertama di Malaysia, memperkenalkan kemudahan pembayaran zakat secara digital menerusi aplikasi perbankannya, sekali gus memudahkan pelanggan Muslim menunaikan kewajipan zakat fitrah sepanjang bulan Ramadan dengan lebih tenang dan tersusun.
Inisiatif ini direalisasikan menerusi kerjasama strategik bersama Tulus Digital, sebuah platform teknologi kewangan sosial Islamik yang dilantik sebagai ejen bertauliah kutipan zakat bagi institusi zakat negeri termasuk Pusat Pungutan Zakat MAIWP dan Lembaga Zakat Selangor.
Melalui kerjasama ini, pelanggan AEON Bank kini boleh membuat pembayaran zakat secara terus di dalam aplikasi, tanpa perlu hadir ke kaunter fizikal, sekaligus menjadikan proses pembayaran lebih mudah, sah dan selamat di hujung jari.
Ketua Pegawai Eksekutif AEON Bank, YM Raja Datin Paduka Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata, perbankan digital seharusnya melangkaui urusan kewangan semata-mata dan turut menyokong gaya hidup serta nilai murni pelanggan.
Menurut beliau, integrasi ciri pembayaran zakat ini merupakan sebahagian daripada usaha AEON Bank untuk memudahkan pelanggan menunaikan kewajipan agama tanpa kerumitan, khususnya sepanjang bulan Ramadan. Kerjasama bersama Tulus Digital pula mencerminkan komitmen bank dalam menggabungkan teknologi beretika yang selari dengan tuntutan Syariah, sambil memastikan aspek teknikal diuruskan secara menyeluruh dan selamat.
Kemudahan pembayaran zakat ini direka untuk memberi pengalaman yang ringkas namun menyeluruh kepada pengguna. Antara kelebihannya termasuk:
Pengarah Komersial Tulus Digital, Ubaida Othman menjelaskan bahawa fokus utama syarikat adalah menyediakan penyelesaian kewangan sosial dan pembayaran digital yang selamat serta berlandaskan Syariah.
Melalui integrasi API dan aplikasi mudah alih, Tulus Digital menyokong keperluan pihak berkuasa zakat negeri, institusi kewangan serta rakan korporat di seluruh Malaysia. Kerjasama bersama AEON Bank dilihat sebagai langkah strategik untuk memperkukuh ekosistem kewangan Islam digital negara menerusi tadbir urus Syariah, inovasi beretika dan teknologi bermatlamat.
Bayar Zakat Dalam 4 Langkah Mudah
Proses pembayaran zakat di aplikasi AEON Bank direka agar mudah difahami dan pantas:
Langkah 1 : Log masuk ke aplikasi AEON Bank
Muat turun aplikasi AEON Bank dan aktifkan Akaun Simpanan-i.
Langkah 2 : Pilih ikon ‘Zakat’ pada skrin Utama
Klik ikon ‘Zakat’, kemudian pilih agensi Zakat bertauliah serta jenis Zakat yang ingin ditunaikan.
Langkah 3 : Masukkan maklumat yang diperlukan
Lengkapkan butiran pembayaran, termasuk bilangan tanggungan atau kategori beras yang dipilih (untuk Zakat Fitrah sahaja).
Langkah 4 : Sahkan dan selesaikan pembayaran
Semak butiran, klik ‘Terma & Syarat’ serta ‘Aqad’, kemudian sahkan transaksi melalui aplikasi
AEON Bank untuk melengkapkan pembayaran Zakat anda.
Dari kiri ke kanan: Idham Baharum, Bendahari, AEON Bank; Ustaz Ibrahim Mohd Hasan, Ketua Pegawai Syariah, AEON Bank; Mohd Shahril Emran, Ketua Pegawai Operasi, Tulus Digital; Tsutomu Kamagata, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, AEON Bank; Ubaida Othman, Pengarah Komersial, Tulus Digital; Aizuddin Danian Izham Cheong, Ketua Pegawai Perbankan Peribadi, AEON Bank; Hafizzul Ariffin, Ketua Pegawai Perniagaan, Tulus Digital
Inisiatif ini direalisasikan menerusi kerjasama strategik bersama Tulus Digital, sebuah platform teknologi kewangan sosial Islamik yang dilantik sebagai ejen bertauliah kutipan zakat bagi institusi zakat negeri termasuk Pusat Pungutan Zakat MAIWP dan Lembaga Zakat Selangor.
Melalui kerjasama ini, pelanggan AEON Bank kini boleh membuat pembayaran zakat secara terus di dalam aplikasi, tanpa perlu hadir ke kaunter fizikal, sekaligus menjadikan proses pembayaran lebih mudah, sah dan selamat di hujung jari.
Perbankan Digital Yang Menyokong Nilai & Kehidupan Muslim
Ketua Pegawai Eksekutif AEON Bank, YM Raja Datin Paduka Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata, perbankan digital seharusnya melangkaui urusan kewangan semata-mata dan turut menyokong gaya hidup serta nilai murni pelanggan.
Menurut beliau, integrasi ciri pembayaran zakat ini merupakan sebahagian daripada usaha AEON Bank untuk memudahkan pelanggan menunaikan kewajipan agama tanpa kerumitan, khususnya sepanjang bulan Ramadan. Kerjasama bersama Tulus Digital pula mencerminkan komitmen bank dalam menggabungkan teknologi beretika yang selari dengan tuntutan Syariah, sambil memastikan aspek teknikal diuruskan secara menyeluruh dan selamat.
Kenapa Pembayaran Zakat di Aplikasi AEON Bank Lebih Praktikal?
- Mudah & Fleksibel — Bayaran boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa perlu beratur.
- Pilihan Zakat Lengkap — Merangkumi 11 jenis zakat termasuk Zakat Fitrah, Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Emas dan Zakat KWSP.
- Patuh Syariah — Setiap transaksi disertakan lafaz akad digital bagi memastikan pembayaran dilaksanakan mengikut tuntutan Syariah.
- Rekod Automatik & Teratur — Resit pembayaran disimpan dalam aplikasi AEON Bank, disertai notifikasi rasmi daripada Tulus Digital serta akses kepada resit rasmi pengecualian cukai melalui portal institusi zakat negeri.
Disokong Infrastruktur Fintech Islamik Berlesen
Pengarah Komersial Tulus Digital, Ubaida Othman menjelaskan bahawa fokus utama syarikat adalah menyediakan penyelesaian kewangan sosial dan pembayaran digital yang selamat serta berlandaskan Syariah.
Melalui integrasi API dan aplikasi mudah alih, Tulus Digital menyokong keperluan pihak berkuasa zakat negeri, institusi kewangan serta rakan korporat di seluruh Malaysia. Kerjasama bersama AEON Bank dilihat sebagai langkah strategik untuk memperkukuh ekosistem kewangan Islam digital negara menerusi tadbir urus Syariah, inovasi beretika dan teknologi bermatlamat.
Bayar Zakat Dalam 4 Langkah Mudah
Proses pembayaran zakat di aplikasi AEON Bank direka agar mudah difahami dan pantas:
Muat turun aplikasi AEON Bank dan aktifkan Akaun Simpanan-i.
Langkah 2 : Pilih ikon ‘Zakat’ pada skrin Utama
Klik ikon ‘Zakat’, kemudian pilih agensi Zakat bertauliah serta jenis Zakat yang ingin ditunaikan.
Langkah 3 : Masukkan maklumat yang diperlukan
Lengkapkan butiran pembayaran, termasuk bilangan tanggungan atau kategori beras yang dipilih (untuk Zakat Fitrah sahaja).
Langkah 4 : Sahkan dan selesaikan pembayaran
Semak butiran, klik ‘Terma & Syarat’ serta ‘Aqad’, kemudian sahkan transaksi melalui aplikasi
AEON Bank untuk melengkapkan pembayaran Zakat anda.
Selepas pembayaran berjaya, pelanggan akan menerima :
Buat masa ini, kemudahan pembayaran zakat ini meliputi pembayaran kepada Lembaga Zakat Selangor dan Pusat Pungutan Zakat MAIWP. AEON Bank memaklumkan bahawa perkhidmatan ini akan diperluaskan kepada institusi zakat negeri lain secara berperingkat dalam masa terdekat.
Langkah ini sekali gus mengukuhkan peranan AEON Bank sebagai platform perbankan digital Islamik di Malaysia yang bukan sahaja memudahkan urusan kewangan harian, malah menyatukan keperluan kewangan dan kewajipan Syariah dalam satu ekosistem digital yang dipercayai.
- Resit pembayaran Zakat melalui aplikasi AEON Bank
- Notifikasi pembayaran Zakat daripada Tulus Digital, dihantar ke alamat e-mel berdaftar
- Resit rasmi Zakat yang dikeluarkan oleh agensi Zakat yang berkaitan, boleh diakses melalui laman sesawang agensi tersebut
Perluasan Kemudahan Zakat Secara Berperingkat

.jpg)