Projek LRT Laluan Shah Alam Catat Perkembangan Positif, Lima Set Tren Berjaya Lengkapkan Ujian FFR

KLANG, 30 Januari 2026 - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), pemilik Projek LRT Laluan Shah Alam (LRT3), bersama kontraktor utama, Setia Utama LRT3 Sdn Bhd (SULRT3), hari ini memaklumkan bahawa setakat 30 Januari 2026, lima daripada 22 set tren telah berjaya melengkapkan Ujian Larian Tanpa Gagal (Fault-Free Run, FFR).

Projek LRT Laluan Shah Alam Catat Perkembangan Positif, Lima Set Tren Berjaya Lengkapkan Ujian FFR
Dari kiri Ir Abdul Baser bin Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Projek, Projek LRT3, Dr Prodyut Dutt, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Strategi & Pembangunan), Encik Patrick Hwang, Pengarah Projek, SULRT3

Projek LRT Laluan Shah Alam Catat Perkembangan Positif, Lima Set Tren Berjaya Lengkapkan Ujian FFRDr Prodyut Dutt di Pusat Kawalan Operasi Laluan Shah Alam

Projek LRT Laluan Shah Alam Catat Perkembangan Positif, Lima Set Tren Berjaya Lengkapkan Ujian FFR
Dari kiri Ir Abdul Baser bin Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Projek, Projek LRT3, Dr Prodyut Dutt, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Strategi & Pembangunan), Encik Patrick Hwang, Pengarah, Projek, SULRT3, Ir Mohamed Zaimir Bin Mohamed Suffian, Ketua Sistem Projek LRT3, Muhammad Syafiq Abdullah, Ketua Jabatan Operasi Rel Laluan Shah Alam bergambar di Pusat Kawalan Operasi Laluan Shah Alam


Kelima-lima set tren ini daripada Kumpulan 1 menunjukkan prestasi operasi yang stabil dan konsisten. Satu lagi set tren dalam kumpulan sama kini berada pada fasa akhir pengujian dan dijangka melengkapkan ujian FFR pada lewat hari ini. Pada masa sama, lapan set tren Kumpulan 2 turut berada pada peringkat akhir pengujian dan dijangka selesai secara berperingkat menjelang 2 Februari 2026.

Sebaik proses pengujian Kumpulan 1 dan 2 selesai, kontraktor akan mempunyai tempoh 7 hari untuk mengemaskini perisian dan sistem operasi. Fasa pengujian FFR bagi Kumpulan 3, melibatkan baki lapan set tren, dijangka siap pada 28 Februari 2026.

Ujian FFR merupakan ujian integrasi menyeluruh yang melibatkan sistem isyarat, komunikasi, set tren (Light Rail Vehicle – LRV) serta sistem kawalan operasi. Kesemua 22 set tren akan kemudian melalui Pemeriksaan Cermat Akhir (PCA) bagi memastikan kesiapan kereta api mematuhi Skim Kereta Api dan dokumen Cadangan Teknikal, prasyarat utama sebelum permohonan Lesen Pengendali Rel dikemukakan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Fasa seterusnya melibatkan ujian operasi percubaan oleh Operator, Rapid Rail Sdn Bhd, sebelum laluan ini bersedia untuk memasuki fasa operasi sepenuhnya.

Dalam sesi taklimat yang sama, pihak kontraktor memaklumkan bahawa Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance – CCC) telah diperoleh sepenuhnya pada hujung Disember 2025. Pemeriksaan Cermat Akhir oleh APAD juga berjaya diselesaikan di 51 daripada 52 lokasi, dengan baki satu lokasi iaitu Guideway.
أحدث أقدم