guardian Malaysia Sambut Tahun Baharu Cina Dengan Kempen ‘Stay ONG in Health and Radiance’

Setiap kali Tahun Baharu Cina menghampiri, satu perkataan yang sering kita dengar ialah ONG. Dulu, ONG selalu dikaitkan dengan tuah, rezeki dan kemakmuran. Tapi sebenarnya, dalam dunia yang semakin pantas hari ini, makna ONG sudah berkembang dan itulah yang cuba disampaikan oleh guardian Malaysia menerusi kempen terbaharu mereka tahun ini. 

guardian Malaysia Sambut Tahun Baharu Cina Dengan Kempen ‘Stay ONG in Health and Radiance’


Dengan tema ‘Stay ONG in Health and Radiance’ (旺出健康 旺出光彩), guardian mengajak kita semua melihat ONG dari sudut yang lebih dekat dengan kehidupan seharian: kesihatan, kesejahteraan dan keyakinan diri.

ONG Itu Berbeza Bagi Setiap Generasi


Menariknya, kempen ini bermula dengan satu realiti yang sangat relatable. Setiap generasi dalam keluarga sebenarnya melihat ONG dengan cara yang berbeza.

Bagi generasi terdahulu, ONG adalah simbol kebersamaan — saat keluarga berkumpul, makan besar dan meneruskan tradisi. Bagi generasi ibu bapa pula, ONG sering dikaitkan dengan kestabilan hidup dan kewangan. Manakala generasi muda hari ini melihat ONG sebagai sesuatu yang lebih peribadi — ekspresi diri, keyakinan dan rasa selesa dengan siapa diri mereka.

Dan di sinilah guardian masuk dengan pendekatan yang sangat santai tetapi bermakna.

Drama Mini Yang Buat Kita Senyum


Sebagai sebahagian daripada kempen ini, guardian Malaysia melancarkan drama mini lima episod bertajuk Stay ONG in Health and Radiance. Kisahnya ringkas tetapi dekat di hati — tentang sebuah keluarga bernama keluarga Ong yang sedang membuat persiapan menyambut Tahun Baharu Cina. 

guardian Malaysia Sambut Tahun Baharu Cina Dengan Kempen ‘Stay ONG in Health and Radiance’

Melalui episod-episod dengan tajuk kreatif seperti The Beauty Queen dan The Oral Ace, kita dibawa menyelami rutin, perbualan dan konflik kecil yang biasa berlaku dalam keluarga. Sedikit kelakar, sedikit menyentuh hati dan akhirnya membawa kepada satu kesimpulan yang sama:

ONG sebenar bukan sekadar kemewahan, tetapi kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan yang dikongsi bersama. Drama mini ini mula ditayangkan secara dalam talian dan memang sesuai ditonton santai-santai, sama ada seorang diri atau bersama keluarga.

Bila ONG Jadi Pengalaman, Bukan Sekadar Konsep


Kalau anda berada di sekitar Lembah Klang, guardian turut menghidupkan kempen ini secara fizikal menerusi acara ‘Unlock Your ONG’ di guardian Pavilion Bukit Jalil, dari 15 hingga 18 Januari.

guardian Malaysia Sambut Tahun Baharu Cina Dengan Kempen ‘Stay ONG in Health and Radiance’

Acara ini bukan sekadar promosi, tapi lebih kepada experience. Dengan kerjasama jenama seperti Dove, Skintific, Garnier dan Silkygirl, pengunjung boleh:

  • Cuba konsultasi penjagaan kulit 
  • Belajar tip solekan ringkas 
  • Dapatkan nasihat kesihatan 
  • Explore zon interaktif seperti Wall of ONG dan Trail of ONG 

Ditambah pula dengan suasana perayaan, tarian singa, ang pow dan kejutan-kejutan kecil yang buat orang senyum tanpa sedar.

ONG Yang Boleh Dibawa Balik Ke Rumah

Sudah tentu, Tahun Baharu Cina tak lengkap tanpa sedikit ‘reward’ untuk diri sendiri. Sepanjang Januari hingga Februari 2026, guardian menawarkan pelbagai promosi yang memang susah nak tolak:

  • Diskaun sehingga 50% untuk ribuan produk 
  • Hadiah eksklusif untuk ahli MYguardian Rewards 
  • Lucky Bag edisi terhad bernilai RM300 (harga cuma RM88) 
  • Peraduan Beli & Menang dengan hadiah sehingga 8,888,888 MYpoints 

Pendek kata, ini adalah masa terbaik untuk restock barang kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri sambil rasa ONG di awal tahun.

Akhirnya, ONG Itu Tentang Rasa Baik Dalam Hidup


Apa yang menarik tentang kempen guardian tahun ini ialah mesejnya yang ringkas tetapi kena pada masanya:

ONG bukan hanya tentang apa yang kita dapat, tetapi bagaimana kita menjaga diri dan orang tersayang.

Dengan pendekatan yang santai, visual yang ceria dan mesej yang dekat dengan kehidupan sebenar, kempen ini mengingatkan kita bahawa kesejahteraan adalah bentuk tuah yang paling berharga.

guardian Malaysia Sambut Tahun Baharu Cina Dengan Kempen ‘Stay ONG in Health and Radiance’

Dan siapa tahu, jawapannya mungkin bermula dengan menjaga diri dari satu langkah kecil, satu ruti dan menjadi satu pilihan yang terbaik. 

Post a Comment

PERHATIAN: Semua komen yang ditinggalkan adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen pembaca. Komen yang melanggar undang-undang adalah tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya.

Terbaru Lebih lama