KUALA LUMPUR, 21 Januari 2026 — World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) memperkenalkan Bufet Ramadan 2026 bertemakan “Laman Tradisi”, mengetengahkan gabungan sajian warisan serta suasana kampung yang penuh nostalgia sepanjang bulan Ramadan.
Diketuai Chef Rusmi, bufet tahun ini menyajikan lebih 200 pilihan juadah dengan lima menu rotasi berbeza. Tetamu boleh menikmati 22 hidangan utama berasaskan ayam, lembu dan kambing, 21 pilihan makanan laut, 13 jenis ulam-ulaman, 28 sajian manisan serta 11 jenis minuman.
Pengalaman berbuka turut dilengkapkan dengan dekorasi berinspirasikan kampung, mencerminkan nilai kesederhanaan dan kemesraan Ramadan. Antara tarikan istimewa termasuk Nasi Kandar Saddam yang popular di Kuala Lumpur, serta Nasi Mandy dan Kunafa hasil kolaborasi bersama Mandy Al Yemen.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Dato’ Sri Dr Irmohizam bin Ibrahim, tema tersebut dipilih bagi mencerminkan semangat kekeluargaan dan tradisi.
Bufet Ramadan WTCKL akan berlangsung dari 23 Februari hingga 19 Mac 2026 di Aras 2 Legar, setiap hari dari 6.00 petang hingga 10.00 malam. Harga early bird ditawarkan pada RM118, manakala harga biasa ialah RM138 untuk dewasa dan RM85 bagi warga emas serta kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun. WTCKL turut memperkenalkan Flash Deal serendah RM100 khas buat pengikut media sosial mereka.
Tempahan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman rasmi WTCKL www.riverside.wtckl.com.
Bagi keselesaan tetamu Muslim, Surau Ar-Rahman disediakan lengkap dengan kemudahan solat berjemaah untuk Maghrib, Isyak dan Tarawih. Caj parkir turut ditetapkan pada kadar rata RM6 bagi kemasukan selepas jam 5.00 petang. Untuk pelanggan korporat, Pakej Banquet Ramadan ditawarkan bermula RM148 nett dengan tempahan minimum 100 orang.
Seiring komitmen terhadap prinsip ESG, WTCKL turut mengambil langkah proaktif mengurangkan pembaziran makanan dengan menyediakan tiffin carrier edisi terhad dan bekas bento pelbagai saiz bagi kemudahan tetamu membawa pulang makanan selepas berbuka.
WTCKL juga meneruskan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat menerusi Infaq Kasih 3.0 bersama ikhlas.com, Creative Seven Legacy, Mamee, Wipro Unza dan sokongan Jabatan Kebajikan Malaysia. Program ini dijadualkan berlangsung pertengahan Ramadan di Rumah Sri Kenangan Cheras, melibatkan Doa Selamat, Tazkirah, Iftar Jama’i, solat Tarawih berjemaah serta agihan barangan keperluan asas.

“Ramadan bukan sekadar tentang hidangan yang pelbagai, tetapi tentang kebersamaan, kesyukuran dan perkongsian. Melalui konsep Laman Tradisi, WTCKL menawarkan pengalaman berbuka puasa yang lebih bermakna, di mana tradisi, suasana dan rasa disatukan,” katanya.
Bufet Ramadan WTCKL akan berlangsung dari 23 Februari hingga 19 Mac 2026 di Aras 2 Legar, setiap hari dari 6.00 petang hingga 10.00 malam. Harga early bird ditawarkan pada RM118, manakala harga biasa ialah RM138 untuk dewasa dan RM85 bagi warga emas serta kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun. WTCKL turut memperkenalkan Flash Deal serendah RM100 khas buat pengikut media sosial mereka.
Tempahan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman rasmi WTCKL www.riverside.wtckl.com.
Bagi keselesaan tetamu Muslim, Surau Ar-Rahman disediakan lengkap dengan kemudahan solat berjemaah untuk Maghrib, Isyak dan Tarawih. Caj parkir turut ditetapkan pada kadar rata RM6 bagi kemasukan selepas jam 5.00 petang. Untuk pelanggan korporat, Pakej Banquet Ramadan ditawarkan bermula RM148 nett dengan tempahan minimum 100 orang.
Seiring komitmen terhadap prinsip ESG, WTCKL turut mengambil langkah proaktif mengurangkan pembaziran makanan dengan menyediakan tiffin carrier edisi terhad dan bekas bento pelbagai saiz bagi kemudahan tetamu membawa pulang makanan selepas berbuka.
Inisiatif CSR Infaq Kasih 3.0