Guardian Malaysia Perkenalkan MY40+ Rewards, Sokong Gaya Hidup Sihat & Berkeyakinan Selepas Usia 40

Guardian Malaysia sekali lagi melangkah ke hadapan dalam memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, yakin dan seimbang. Enam bulan selepas pelancaran program kesetiaan MYguardian Rewards, peruncit kesihatan dan kecantikan No.1 di Malaysia ini memperkenalkan MY40+ Rewards, satu tahap manfaat baharu yang direka khas untuk pelanggan berusia 40 tahun ke atas.

Dilancarkan pada 12 Disember 2025 di Kuala Lumpur, inisiatif ini mencerminkan komitmen guardian Malaysia dalam menghargai setiap fasa kehidupan, khususnya usia 40-an dan seterusnya yang sering dianggap sebagai tempoh kematangan, kejelasan dan keyakinan diri. 

Guardian Malaysia Perkenalkan MY40+ Rewards, Sokong Gaya Hidup Sihat & Berkeyakinan Selepas Usia 40

MY40+ Rewards: Manfaat Eksklusif Untuk Fasa Kehidupan Lebih Bermakna


Memasuki usia 40 bukan lagi dilihat sebagai satu kekangan, sebaliknya satu fasa kehidupan yang penuh kekuatan, kebijaksanaan dan kecantikan tersendiri. Menyedari hakikat ini, guardian Malaysia memperkenalkan MY40+ Rewards sebagai sokongan praktikal untuk membantu pelanggan kekal sihat, aktif dan berseri. 

Antara manfaat utama yang ditawarkan kepada ahli MYguardian Rewards berusia 40 tahun ke atas termasuk:

  • Penilaian kesihatan tahunan percuma 
  • Pemeriksaan kesihatan kulit tahunan percuma 
  • Nasihat profesional daripada ahli farmasi guardian Malaysia 
  • Diskaun tambahan RM10 bagi pembelian produk penjagaan kesihatan bernilai RM150 setiap hari Selasa 
  • Jemputan ke acara eksklusif bertemakan kesihatan dan kesejahteraan 

Guardian Malaysia Perkenalkan MY40+ Rewards, Sokong Gaya Hidup Sihat & Berkeyakinan Selepas Usia 40


Kesemua manfaat ini melengkapkan ganjaran sedia ada dalam program MYguardian Rewards, sekali gus memberikan dorongan tambahan untuk ahli terus menjaga diri dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik pada setiap peringkat usia. 


Guardian Malaysia Perkenalkan MY40+ Rewards, Sokong Gaya Hidup Sihat & Berkeyakinan Selepas Usia 40


Menurut Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia,

“MY40+ Rewards ialah cara kami meraikan fasa kehidupan yang benar-benar istimewa. Kami berharap pelanggan setia kami akan menemukan lebih banyak sebab untuk menghargai pencapaian hidup mereka dan terus menikmati detik-detik bermakna pada masa hadapan.”


MYguardian Partners: Lebih Banyak Cara Meraih MYpoints


Seiring pelancaran MY40+ Rewards, guardian Malaysia turut memperkenalkan MYguardian Partners, sebuah program afiliasi yang menghimpunkan 31 jenama terkemuka merangkumi kategori gaya hidup, kembara, fesyen dan makanan.

Program ini terbuka kepada semua 5 juta ahli MYguardian Rewards, tanpa mengira peringkat umur. Ahli boleh mengumpul MYpoints dengan mudah melalui pembelian dalam talian bersama rakan jenama seperti Uniqlo, Klook, Expedia, Agoda, AirAsia dan Focus Point. Inisiatif ini memberi lebih fleksibiliti dan nilai tambah kepada ahli, membolehkan mata ganjaran diperoleh bukan sahaja ketika membeli produk guardian, malah dalam aktiviti gaya hidup harian.

MYguardian Rewards Year-End Fiesta di The Campus Ampang


Bagi meraikan pelancaran MY40+ Rewards dan MYguardian Partners, guardian Malaysia menganjurkan MYguardian Rewards Year-End Fiesta di The Campus Ampang sehingga 14 Disember 2025. Acara hujung minggu ini menampilkan pelbagai aktiviti berkaitan kecantikan, penjagaan diri dan kesejahteraan, sekali gus mencipta pengalaman membeli-belah yang lebih bermakna. 


Guardian Malaysia Perkenalkan MY40+ Rewards, Sokong Gaya Hidup Sihat & Berkeyakinan Selepas Usia 40

Guardian Malaysia Perkenalkan MY40+ Rewards, Sokong Gaya Hidup Sihat & Berkeyakinan Selepas Usia 40


Majlis pelancaran eksklusif turut diadakan khusus untuk media, pempengaruh dan rakan jenama, dengan persembahan yang meraikan keremajaan, gaya hidup seimbang dan keanggunan klasik. Antara tarikan istimewa ialah persembahan Kumpulan Elite, persembahan bertenga dari penari-penari dan persembahan seni pasir yang menginspirasikan oleh Bernice Wong dari Pulau Pinang.

Sepanjang fiesta ini, ahli MYguardian Rewards berpeluang menikmati pelbagai ganjaran menarik, termasuk:

  • 150 MYpoints untuk ahli dan rakan baharu melalui sistem rujukan 
  • 10x MYpoints untuk ahli baharu yang mendaftar di lokasi acara 
  • Tambahan 50 MYpoints bagi pembelian jenama terlibat 
  • Beg beli-belah guardian percuma 
  • Pelbagai perkhidmatan percuma seperti pemeriksaan kulit, pembalutan hadiah, warna kuku, ukiran dan hadiah bagasi 

Guardian Malaysia Perkenalkan MY40+ Rewards, Sokong Gaya Hidup Sihat & Berkeyakinan Selepas Usia 40

Guardian Malaysia Perkenalkan MY40+ Rewards, Sokong Gaya Hidup Sihat & Berkeyakinan Selepas Usia 40

Guardian Malaysia Perkenalkan MY40+ Rewards, Sokong Gaya Hidup Sihat & Berkeyakinan Selepas Usia 40

Guardian Malaysia Perkenalkan MY40+ Rewards, Sokong Gaya Hidup Sihat & Berkeyakinan Selepas Usia 40


Priscilla Wu menegaskan bahawa usaha ini selari dengan visi guardian Malaysia:

“Kami mahu rakyat Malaysia merasa dihargai bukan sahaja ketika membeli-belah, tetapi setiap kali mereka memilih untuk menjaga diri, mengamalkan gaya hidup sihat dan meraikan diri mereka hari ini.”


Komitmen Berterusan Guardian Malaysia


Dengan lebih 550 stor di seluruh negara dan melayani lebih 33 juta pelanggan setiap tahun, guardian Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri kesihatan dan kecantikan. Pada tahun 2025 sahaja, guardian Malaysia meraih pelbagai pengiktirafan berprestij termasuk Health & Beauty Retailer of the Year (Malaysia) di Retail Asia Awards 2025, selain anugerah berkaitan inovasi rantaian bekalan, inisiatif kesihatan dan kesejahteraan, serta kecemerlangan pengalaman pekerja. 


Guardian Malaysia Perkenalkan MY40+ Rewards, Sokong Gaya Hidup Sihat & Berkeyakinan Selepas Usia 40


Pelancaran MY40+ Rewards dan MYguardian Partners membuktikan bahawa guardian Malaysia bukan sekadar destinasi membeli-belah, tetapi rakan setia dalam perjalanan kesejahteraan rakyat Malaysia pada setiap fasa kehidupan.

Post a Comment

PERHATIAN: Semua komen yang ditinggalkan adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen pembaca. Komen yang melanggar undang-undang adalah tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya.

Terbaru Lebih lama