GUARDIAN MALAYSIA RAIH TIGA ANUGERAH DI RETAIL ASIA AWARDS 2025

Assalammualaikum semua! Berita gembira buat semua pelanggan guardian Malaysia! Setelah banyak kempen dilaksanakan untuk memberi kita peluang dan mampu menjalani gaya hidup sihat. Pelbagai promosi dan ilmu dikongsikan. guardian Malaysia telah menerima pengiktirafan tertinggi di Retail Asia Awards 2025! Tahniah guardian Malaysia! Usaha tidak mengkhianati hasil. 

GUARDIAN MALAYSIA RAIH TIGA ANUGERAH DI RETAIL ASIA AWARDS 2025

GUARDIAN MALAYSIA RAIH TIGA ANUGERAH DI RETAIL ASIA AWARDS 2025

GUARDIAN MALAYSIA RAIH TIGA ANUGERAH DI RETAIL ASIA AWARDS 2025
Priscilla Wu, (4 dari kiri) MD for guardian Malaysia & Brunei bersama pasukan guardian - Nik Ibrahim Yusuf bin Nik Abd Halim, Project Development Manager, Store Design, Michelle Yeap Hoon Li- Brand & Trade Marketing Senior Manager, Anna Ng -Marketing Director, Loh Yen Hon, guardian Singapore, Malaysia & Brunei Supply Chain Director, Ng Mee Choo - Operations Controller, Manivannan Raman - Distribution Centre Senior Manager, Supply Chain & Sheryn Soo - Head of Health


guardian Malaysia menang besar apabila dinobatkan sebagai Health & Beauty Retailer of the Year (Malaysia) di Majlis Anugerah Berprestij Retail Asia Awards 2025. Selain itu, guardian turut meraih anugerah Health & Wellness Initiative of the Year (Malaysia) dan Supply Chain Innovation of the Year (Malaysia) di majlis gilang-gemilang yang berlangsung di Singapura. 

guardian Malaysia mencatat kejayaan besar apabila diumumkan sebagai Health & Beauty Retailer of the Year (Malaysia) di majlis anugerah Retail Asia Awards 2025, yang berlangsung pada 4 Jun 2025 di Pusat Ekspo & Konvensyen Marina Bay Sands, Singapura. Kemenangan sulung ini merupakan pencapaian tertinggi bagi guardian Malaysia, sekaligus menjadi detik kemuncak pengiktirafan dalam kalangan peruncit kesihatan dan kecantikan dari Malaysia di peringkat serantau.

Bercakap di acara anugerah tersebut, Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia berkata, “Kemenangan ini mengiktiraf guardian Malaysia sebagai Peruncit Kesihatan & Kecantikan No. 1 tanah air. Sejak cawangan pertama kami dibuka 58 tahun lalu, ahli pasukan kami di semua peringkat telah menggandakan usaha sepanjang tahun lalu untuk memberikan imej yang lebih segar, pilihan produk dan perkhidmatan yang lebih baik serta pengalaman membeli-belah yang lebih memuaskan kepada pelanggan. Kami bekerja setiap hari dengan misi untuk menyediakan pilihan terbaik kepada pelanggan kami dalam sektor industri yang sangat kompetitif ini.”


Selain anugerah utama, guardian Malaysia turut merangkul dua lagi anugerah berprestij iaitu Health & Wellness Initiative of the Year (Malaysia) dan Supply Chain Innovation of the Year (Malaysia).

Kejayaan memenangi ketiga-tiga anugerah ini memperkukuhkan pendekatan guardian Malaysia yang berteraskan keperluan pelanggan dalam semua inisiatif inovasi dari dalam organisasi hingga ke barisan hadapan. Usaha membina jenama, kolaborasi strategik dengan pembekal dan penyewa, serta pendekatan saluran-omni sepanjang tahun lalu, semuanya direka dengan tujuan untuk memberi manfaat kepada pelanggan. Inilah faktor utama yang meletakkan guardian Malaysia di tangga teratas sebagai Peruncit Kesihatan & Kecantikan No. 1.

“Semuanya adalah tentang pelanggan kami. Kami ingin mereka rasa dihargai, kami ingin mereka belajar dan berkembang, kami ingin mereka terlibat secara aktif, dan kami ingin mereka datang kepada kami untuk semua keperluan kesihatan dan kecantikan mereka! Kami benar-benar ingin berjaya bersama pelanggan kami!” tambah Priscilla.


Retail Asia Awards merupakan acara tahunan berprestij yang mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada pencapaian cemerlang, inovasi serta kecemerlangan dalam industri peruncitan di seluruh rantau Asia-Pasifik. Pemain utama industri peruncitan dari pelbagai kategori termasuk pasar raya besar, pasar raya, farmasi, peruncit kesihatan dan kecantikan serta lain-lain bersaing setiap tahun untukmerebut anugerah ini.

Barisan juri bagi anugerah ini terdiri daripada pakar-pakar berpengalaman dari pelbagai latar belakang, dipilih untuk memastikan ketepatan tertinggi dan tahap keadilan yang seimbang. Barisan juri terkemuka bagi edisi tahun ini termasuk David Eu dari RSM Singapore, Anson Bailey dari KPMG, Olivier Gergele dari EY-Parthenon, Quan Yao Peh dari Euromonitor International, Brian Man dari PWC dan Siddarth Pathak dari Kearney.

guardian telah giat berinteraksi dengan para pelanggannya sejak beberapa bulan kebelakangan ini: daripada pelancaran kempen Own Your Beautiful hinggalah inisiatif kesejahteraan Get.Set.Glow! yang memenangi anugerah, kempen #IYKYK yang menampilkan jenama terkini dan terhangat di stor, guardian Awards Beauty & Wellness, Love is in the Hair serta program #LoveforLocal.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada anda semua di seluruh Malaysia kerana memilih kami, guardian Malaysia, sebagai Peruncit Kesihatan & Kecantikan No. 1 anda! Walaupun kami mungkin bukan pemain terbesar di pasaran, kami percaya bahawa setiap rakyat Malaysia berhak mendapat pilihan yang bermakna. Dengan kemenangan ini, kami komited untuk terus memberikan pilihan terbaik, penjagaan terbaik dan nilai terbaik untuk anda dan orang tersayang,” kata Priscilla mengakhiri.



Kami dari ruby.my mengucapkan tahniah kepada guardian Malaysia! Perjalanan guardian yang tidak pernah berhenti berinovasi dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini wajib kita contohi. guardian Malaysia tidak boleh putus asa kerana rakyat Malaysia diberi peluang pekerjaan, mendapat produk terbaik, kami mula menjaga kesihatan, legasi guardian ada sejarahnya berjalan bersama-sama kami. Tahniah guardian Malaysia! 

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama