SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK 2024 GARDEN FAIRIES

Assalammualaikum semua! Pada 15 Jun 2024 semalam, kami kembali untuk tahun ke dua Suria KLCC Picnic In The Park! MasyaAllah seronok betul! Sejak kali pertama sertai, kami dah set dalam jadual tahunan. Suria KLCC Picnic In The Park adalah acara wajib kami sekeluarga sertai. 

Kami berbangga dengan kejayaan Malaysia dengan Menara Berkembar Petronas dan pusat membeli belahnya iaitu Suria KLCC. Sejak 1999 Ruby sudah ke sini. Membesar bersama-sama dan melihat perubahan dan penambahbaikan Suria KLCC. Mudahnya ke Suria KLCC dengan menaiki LRT. Mewujudkan kemudahan untuk gaya hidup seisi keluarga untuk beriadah di tengah hati Kuala Lumpur.

SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK 2024 GARDEN FAIRIES


SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK 2024 GARDEN FAIRIES

Pengembaraan ‘fairy-tale’ di Suria KLCC Picnic in the Park merupakan tema pada kali ini. Tahun lalu semasa pengenalan Suria KLCC Picnic in the Park, kami gembira picnic makan-makan Burger & Lobster, enjoy pemandangan KLCC Lake Symphony Light and Sound Water Fountain, nikmati suasana angin bayu bersama alunan music dari Malaysian Philharmonic Orchestra. 

Suria KLCC memahami keseronokan dengan memberi Free flow minuman teh Whittard of Chelsea Malaysia, Popocorn dan Cotton Candy. Untuk bergambar? semua tempat sesuai untuk bergambar! Kami OOTD di bunga sensor, bergambar di teepee, bergambar di belon udara panas. Memang seronok! Boleh baca pengalaman kami di sini https://www.ruby.my/2023/07/suria-klcc-picnic-in-park.html

Suria KLCC, merupakan destinasi membeli-belah pengalaman ikonik Kuala Lumpur, merangkumi intipati kecemerlangan perniagaan runcit. Dengan slogan ‘Always Something New’, Suria KLCC menjemput pengunjung di kompleksnya seluas 1 juta kaki persegi, menempatkan lebih 360 kedai terpilih yang menampilkan jenama eksklusif dan trend terkini.

Di sebalik tawaran runcitnya yang pelbagai, Suria KLCC menawarkan kepelbagauan kulinari yang meriah, menjemput tetamu untuk menerokai pelbagai pilihan tempat makan berlatar belakangkan taman yang tenang dan air pancut simfoni. Daripada kafe bergaya kepada pelbagai restoran dan medan selera yang menawarkan pelbagai masakan, destinasi ini memastikan pengalaman kulinari yang menarik untuk semua.

Suria KLCC mewujudkan suasana membeli-belah dan santai yang menenangkan. Menggabungkan suasana beli belah, makan dan bersantai dengan harmoni. Membuktikan pengalaman indah, di mana setiap lawatan menjanjikan detik-detik yang tidak dapat dilupakan. Kita pasti akan datang kembali!

SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK 2024 GARDEN FAIRIES

SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK 2024 GARDEN FAIRIES

SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK 2024 GARDEN FAIRIES

SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK 2024 GARDEN FAIRIES

SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK 2024 GARDEN FAIRIES

SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK 2024 GARDEN FAIRIES

SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK 2024 GARDEN FAIRIES

Rasai pengembaraan magis melalui suasana piknik mewah, aktiviti interaktif dan simfoni musikal indah!

Destinasi Beli-belah Ikonik Malaysia, Suria KLCC kini kembali dengan aktiviti riadah yang mendapat sambutan hangat dikalangan para pengunjung pada tahun lalu. Selepas kejayaan luar biasa debutnya pada tahun 2023, “Picnic in the Park” 2024 menjanjikan pengalaman yang lebih mempesonakan untuk seisi keluarga serta para pengunjung pada tahun ini.

Bermula dari 7 sehingga 21 Jun, para pengunjung berpeluang untuk menebus slot untuk merasai pengalaman sambutan piknik eksklusif. Aktiviti ‘Picnic in the Park’ ini dimulakan dengan acara media pada hari ini, dan setereusnya akan diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad di antara 15 sehingga 23 Jun untuk para pengunjung yang telah mendapat slot mereka.

Para pengunjung yang berbelanja RM2,500 ke atas melalui dua resit yang bertarikh antara 7 sehingga 21 Jun layak menebus 4 keping tiket “Picnic in the park”. Aktiviti eksklusif dan menarik ini terhad kepada 55 kumpulan untuk setiap 4 orang pengunjung setiap hari. Pengalaman eksklusif dan unik ini juga turut membawakan persembahan yang bertakhtakan pemandangan matahari terbit yang berlatar belakangkan Petronas Twin Towers bermula dari jam 5 petang sehingga 8:30 malam.

“Kami amat teruja untuk membawa kembali pengalaman 'Picnic in the Park' Suria KLCC untuk tahun kedua," kata Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd. “Aktiviti ini membolehkan kami mempersembahkan keindahan Taman KLCC dan menawarkan para pengunjung pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Dengan suasana yang mempesonakan diatur khas selain dari aktiviti eksklusif yang menarik, aktiviti 'Picnic in the Park' ini pastinya akan menjadi pengalaman luar biasa yang akan dihargai oleh para pengunjung.”



SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK 2024 GARDEN FAIRIES

SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK 2024 GARDEN FAIRIES

SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK 2024 GARDEN FAIRIES


Para peserta akan disambut dalam suasana bertemakan 'Garden Fairies' yang penuh dengan hiasan magikal. Tidak kurang dari itu, aktiviti ini juga lengkap dengan hiasan landskap piknik yang menarik yang bakal menjadi tumpuan untuk sesi fotografi. Dekorasi khemah ‘teepee’ dan meja piknik yang dihiasi dengan susunan bunga dan lampu yang memukau juga disasarkan bakal menjadi tumpuan para peserta. 

Setiap kumpulan akan menerima bakul piknik yang mengandungi pelbagai aksesori dan barangan keperluan khas, termasuk pelindung matahari Guardian, tisu basah, dan pelekat Buzzaway Patch; kipas mini tangan Remax; permainan gelembung bebas toksik dan buku aktiviti dari Toys “R” Us; bersama dengan air mineral dan banyak lagi.

Pengalaman bermakna ini juga tidak lengkap tanpa juadah yang beraneka dan melazatkan. Hidangan dari Burger & Lobster, dilengkapi dengan sajian manisan dari stesen ‘flaaah and ONO’ yang menawarkan pelbagai pilihan ‘hojicha’,‘matcha’, dan pastri yang enak. Selain itu, tetamu juga boleh mendapatkan gula-gula kapas dan ais-krim dari gerai yang disediakan.

Suasana indah dan magis tidak lengkap tanpa kehadiran si Pari-Pari. Penghibur yang akan mengenakan kostum pari-pari akan bermesra dan berinteraksi dengan pengujung untuk sesi bergambar selain daripada mengendalikan aktiviti seperti membuat mahkota bunga. 

Aktiviti menarik yang lain termasuk aktiviti mengukir belon bunga dan bergambar di ruang OOTD yang dihias dengan landskap unik di mana para pengunjung berpeluang menggayakan sayap pari-pari untuk gambar kenangan yang akan diedarkan secara percuma dalam bentuk cetakan instax juga turut tersedia.

Para pengunjung juga boleh menyertai bengkel ‘succulent planting’, bengkel “layering” minyak wangi dan sesi urutan tangan yang akan dikendalikan oleh The Body Shop, selain dari aktiviti solekan yang akan dijalankan di stesen Gucci Beauty.

Debaran aktiviti cabutan bertuah akan meningkatkan keterujaan setibanya waktu malam apabila pelbagai hadiah menarik turut menanti para pengunjung yang dibawakan khas oleh Burger & Lobster dan juga Hoka.

Buat sekian kalinya, Orkestra Filharmonik Malaysia akan memukau para tetamu dengan persembahan indah ‘string quintet’. Aktiviti piknik malam itu akan diakhiri dengan persembahan kemuncak menakjubkan dari Pertunjukan Pancuran Taman Tasik KLCC.

SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK 2024 GARDEN FAIRIES

Terima kasih Suria KLCC kerana menyediakan Picnic In The Park untuk tahun kedua dan Ruby memang teringin nak berkelah di Taman KLCC. Masa zaman sekolah dulu pernah mak bawa kami mandi dekat tempat kolam kanak-kanak tu. Kali ini, Ruby bawa mak ke sini dan tak sangka dari 5pm sampai 8:30 malam kami di sini. Banyak kali juga kami menggamit memori bercerita tentang kisah-kisah dulu. Sampai melunjur kaki Ruby sembang dengan mak. Hahaha. 

Di Suria KLCC Picnic In The Park ni selesa. Kalau nak solat Asar dan Maghrib boleh ke surau dalam Suria KLCC di tingkat Concourse Area kawasan Uniqlo dan Guardian tu. Nampak Maybank dah boleh belok kiri dan Surau Suria KLCC berdekatan Garrett's Popcorn. Untuk muslimah tak perlu bimbang tentang telekung sebab ada Telekung Siti Khadijah. 

Kalau nak solat di Masjid pun boleh. Masjid Asy-Syakirin di utara Taman KLCC tersedia untuk anda solat. Hanya 5 minit berjalan dari Suria KLCC Picnic In The Park. Sambil jalan kaki, kita boleh rasa angin petang di sini. Nyaman sangat. 

Tahun 2025 dengar cerita Taman KLCC akan ada renovasi untuk luaskan lagi. Kita akan nampak Masjid Asy-Syakirin dari trek berlari. Aaaa terima kasih Suria KLCC luaskan lagi kawasan kita bersenam. Suami dah happy sebab dari Tabung Haji dia dah boleh berlari terus satu pusingan Taman KLCC dan balik ke pejabat. Inilah gaya hidup sihat di bandar yang kami idamkan. Syukur alhamdulillah. 

www.suriaklcc.com.my


Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم