ELLA ARTIS UNDANGAN UTAMA KONSERT UNGU DI KUANTAN

ELLA ARTIS UNDANGAN UTAMA KONSERT UNGU DI KUANTAN

Ruby
0
ELLA ARTIS UNDANGAN UTAMA KONSERT UNGU DI KUANTAN | Assalammualaikum semua! Buat warga Kuantan, Pahang, jom meriahkan Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air 2024 pada 4 Mei 2024 hari Sabtu bermula jam 5 petang di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang. 

ELLA ARTIS UNDANGAN UTAMA KONSERT UNGU DI KUANTAN 



Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air 2024 yang dinanti-nantikan ini akan lebih dihangatkan lagi dengan kemunculan artis undangan utama iaitu Ratu Rock Malaysia - Ella Aminuddin.  

“Memilih Ella sebagai artis undangan utama bukanlah satu keputusan yang susah, bahkan keputusan ini merupakan satu keinginan besar untuk kami menggabungkan lagenda Rock Malaysia sendiri bersama lagenda kumpulan muzik Rock Indonesia iaitu UNGU di atas pentas yang sama yang juga kebetulannya merupakan konsert di Pantai Timur buat julung kalinya untuk kedua-dua pihak,” ujar Pengarah Urusan Showpro Entertainment, Dato Sivakumaran Nair.


Tambahnya, “Kami ingin mencatat sebuah pengalaman muzik yang bersejarah dan bermakna di Kuantan, Pahang, sebagai satu penghormatan dan penghargaan kepada para peminat UNGU dan ELLA di Pantai Timur yang juga turut ingin menikmati pengalaman konsert yang istimewa ini di negeri mereka sendiri. Menganjurkan konsert ini pada bulan Syawal sememangnya akan mengukir sebuah memori yang amat manis lagi indah untuk para artis dan para peminat yang dihormati.”

Terdahulu dalam satu siaran akhbar, pihak Showpro Entertainment dengan berlapang dada menunda Pesta Muzik Kuantan (nama asal) pada tanggal 4 Mei 2024 demi menghormati bulan Ramadan. Malah pihak penganjur turut menukar judul konsert ini kepada Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air 2024.

“Selaku penganjur, Showpro Entertainment bertanggungjawab dan peka dengan semua situasi yang berlaku di dalam negara.

Kami dengan rendah hati mengambil keputusan menunda Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air 2024 yang dijadual 24 Februari lalu kepada 4 Mei 2024 demi menghormati kehadiran bulan Ramadan pada Mac depan.

Konsert yang bakal berlangsung di di Stadium Darul Makmur Kuantan turut disertai oleh Ara Johari, Naim Daniel, Eda Ezrin, Aswad Jalil, Achik Asrain dan Den Manjo. Marilah kita bersama-sama meraikan minggu akhir bulan Syawal tahun ini di Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air 2024!"

HARGA TIKET 


Harga tiket (SEJAUH MUNGKIN) RM58, (DEMI WAKTU) RM88, (CINTA DALAM HATI) RM98, (KEKASIH GELAPKU & SEPERTI YANG DULU) RM118, (GEGAR) RM128, (VIP B, NUMBERED SEATING) RM388, (VIP A, NUMBERED SEATING), RM448, 
(MIP, NUMBERED SEATING), RM628 telah dijual sejak 30 Disember 2023 di https://www.ticket2u.com.my

Untuk segala pertanyaan dan urusan MIP, VIP, boleh hubungi jurucakap di talian +60122682700 (Puan Haniah Hassan) dan hotline di talian +60124886225.

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !