PEMBUKAAN SEMULA LALUAN LRT STESEN MASJID JAMEK DAN STESEN BANDARAYA

PEMBUKAAN SEMULA LALUAN LRT STESEN MASJID JAMEK DAN STESEN BANDARAYA

Ruby
0
PEMBUKAAN SEMULA LALUAN LRT STESEN MASJID JAMEK DAN STESEN BANDARAYA | Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) mengumumkan perkhidmatan LRT di antara Stesen Bandaraya dan Stesen Masjid Jamek kini dibuka sepenuhnya bermula 6 pagi, 17 Februari 2024 selepas selesai menjalani ujian percubaan terakhir selama dua minggu sejak 1 Februari lalu. Bermula hari ini, pengguna harian LRT Laluan Ampang/Sri Petaling boleh menikmati perjalanan yang lebih selesa dan mudah.

Selaras dengan itu, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), selaku pengendali perkhidmatan LRT, menyasarkan purata penggunaan harian akan bertambah sehingga 200,000 menjelang penghujung tahun 2024 berbanding 155,000 sepanjang penutupan laluan tersebut.

Serentak dengan pembukaan semula laluan di antara kedua-dua stesen tersebut, kekerapan tren pada waktu puncak kembali normal dengan masa menunggu tiga minit bagi Daerah Pusat Perniagaan (CBD) dan enam minit di luar Daerah Pusat Perniagaan (non-CBD) dengan pengoperasian 37 buah tren.

PEMBUKAAN SEMULA LALUAN LRT STESEN MASJID JAMEK DAN STESEN BANDARAYA


PEMBUKAAN SEMULA LALUAN LRT STESEN MASJID JAMEK DAN STESEN BANDARAYA
PEMBUKAAN SEMULA LALUAN LRT STESEN MASJID JAMEK DAN STESEN BANDARAYA


Laluan di antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya telah ditutup semenjak 27 Januari 2023 atas faktor keselamatan akibat kerosakan struktur jejambat dan landasan berhampiran Stesen Bandaraya. Kerja-kerja membaik pulih kerosakan telah dimulakan pada 17 Mac 2023, melibatkan dua fasa merangkumi kerja-kerja menyokong jejambat di P163, P164 dan P165 serta mengembalikan struktur jejambat ke kedudukan asal. 

Proses membaik pulih telah selesai sepenuhnya pada 30 Disember 2023 dan pemeriksaan serta pengesahan telah dilakukan oleh pihak jurutera perunding. Sebagai mematuhi piawaian operasi serta bagi memastikan keselamatan dan kebolehpercayaan sistem rel, beberapa siri ujian dan pemantauan menyeluruh telah dilaksanakan bermula 1 Januari 2024 hingga 16 Februari 2024.

Pembukaan semula laluan tersebut dibuat setelah mendapat kelulusan daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) berdasarkan penilaian dan pemeriksaan yang dijalankan.

PEMBUKAAN SEMULA LALUAN LRT STESEN MASJID JAMEK DAN STESEN BANDARAYA

PEMBUKAAN SEMULA LALUAN LRT STESEN MASJID JAMEK DAN STESEN BANDARAYA

PEMBUKAAN SEMULA LALUAN LRT STESEN MASJID JAMEK DAN STESEN BANDARAYA
Pengerusi Prasarana Tan Sri Jamaludin Ibrahim (kiri) dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menaiki LRT menuju ke Stesen Masjid Jamek selepas sidang media pembukaan semula laluan LRT antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya. 


Dengan pembukaan semula laluan ini, Rapid Rail berharap pergerakan penumpang dipermudahkan, jumlah penumpang dapat dipertingkatkan dan aktiviti ekonomi disekitar laluan yang tersebut akan kembali rancak. Pihak Rapid Rail ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada pengguna setia LRT di atas kesabaran dan sokongan berterusan ketika penutupan laluan ini.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !