PADANGS ON WHEELS HIDANG LEBIH 60 JUADAH NUSANTARA

PADANGS ON WHEELS HIDANG LEBIH 60 JUADAH NUSANTARA

Ruby
7

PADANGS ON WHEELS HIDANG LEBIH 60 JUADAH NUSANTARA | Assalammualaikum semua! Sedapnya masakan minang kan? Kebiasaannya susah nak mencari  yang betul-betul sedap dan kena dengan selera. Ruby dah jumpa restoran masakan minang atau lebih mesra dikenali Nasi Padang. Sangat dekat dengan rumah. Melalui Lebuhraya AKLEH sahaja, Ruby boleh sampai ke Restoran Padangs on Wheels cawangan Kuala Lumpur dalam masa 10 minit.


Keunikan restoran ini terletak kepada keenakan lauk-pauk dan dekorasi restoran yang estatik. Malah, konsep restoran yang banyak pencahayaan begini amat Ruby suka! Tidak berasa terperangkap dan ruang udara pun tidak terbatas. Kalau nak bergambar, memang sesuai sangat!


PADANGS ON WHEELS HIDANG LEBIH 60 JUADAH NUSANTARA


PADANGS ON WHEELS HIDANG LEBIH 60 JUADAH NUSANTARA


Pengalaman makan Nasi Padang semasa berada di Jakarta, Indonesia sememangnya memberi pendapat berbeza. Kalau di Malaysia kita panggil Nasi Campur. Di Indonesia kalau lapar, menu Nasi Padang memang mudah untuk didapati. Pasti ada restoran berdekatan. Dari jauh, kalau nampak susunan pinggan bertingkat dan tersusun rapi. Terus happy! Haha!


Hidangan Nasi Padang atau masakan Minangkabau ialah masakan orang Minangkabau Sumatera Barat, Indonesia. Ia merupakan masakan paling popular di Asia Tenggara. Dikenali di seluruh Indonesia sebagai Masakan Padang yang namanya berasal dari Ibu Kota Wilayah Sumatera Barat. Dihidangkan di restoran yang kebanyakannya dimiliki oleh orang Minangkabau perantauan di Indonesia. Makanan Padang terdapat di mana-mana bandar di Indonesia dan popular di negara jiran Malaysia dan Singapura.


Hidangan Padang dikenali di Malaysia melalui masakan minang dari Negeri Sembilan. Terkenal dengan penggunaan santan dan cili. Masakan Minang terdiri daripada tiga elemen utama: gulai (masakan berkuah), lado (cili lada) dan bareh (nasi). Antara tradisi memasak dalam masakan Indonesia, masakan Minangkabau dan kebanyakan masakan Sumatera menunjukkan pengaruh India dan Timur Tengah, dengan hidangan yang dimasak berkuah dengan santan dan penggunaan campuran rempah yang banyak.


Oleh kerana kebanyakan orang Minangkabau beragama Islam, masakan Minangkabau mematuhi undang-undang pemakanan halal dengan ketat. Kebanyakan proteinnya diambil daripada daging lembu, ayam, kerbau, kambing dan ikan. Orang Minangkabau terkenal dengan kesukaan mereka terhadap produk daging lembu termasuk organ dalaman. Hampir semua bahagian lembu digunakan dalam masakan Minangkabau. 


Makanan laut popular di bandar pesisir pantai Sumatera Barat, dan kebanyakannya dibakar atau digoreng dengan sos cili pedas atau dalam kuah kari. Ikan, udang, dan sotong dimasak dengan cara yang sama. Kebanyakan makanan Minangkabau dimakan bersama nasi kukus panas atau nasi mampat seperti ketupat. Sayur-sayuran kebanyakannya direbus, seperti daun ubi kayu rebus, atau direbus dalam berkuah sebagai ulam, seperti gulai nangka muda atau kobis.



PADANGS ON WHEELS HIDANG LEBIH 60 JUADAH NUSANTARA

PADANGS ON WHEELS HIDANG LEBIH 60 JUADAH NUSANTARA

PADANGS ON WHEELS HIDANG LEBIH 60 JUADAH NUSANTARA

MENU-MENU KAMI ENJOY DI PADANGS ON WHEELS

MINUMAN:

  • Teh Botol Special RM 13.50 (Teh Botol Terbalik with Ice Frappe)
  • Markisar Dream RM 13.50 (Markisar Iced Tea)
  • Air Suam RM 1.50

MAKANAN SEISI KELUARGA:

  • Gulai Sayur Putih RM 5.90
  • Ayam Kalio RM 6.90
  • Daging Dendeng RM 13.90
  • Gulai Tunjang RM 11.50
  • Bergedil RM 3.50
  • Lala RM 7.90
  • Nasi Putih RM 2.50
  • Kangkung Tumis RM 4.90

PENCUCI MULUT:

  • Es Teller Speacial RM 12
  • Victoria Sandwich Cake RM 18.50 (Classic Buttercake With Jam)
  • Horlicks Cake RM 14.90 (Cake with a hint of classic Horlicks and topped with crumbs)

DEKORASI RESTORAN PADANGS ON WHEELS

Melangkah di dalam kawasan restoran pasti membuatkan pengunjung lapang fikiran dan berasa selesa. Tema putih dan coklat, minimalis bersama sentuhan perabot kayu import dari Indonesia. Ternyata suasana di Restoran Padangs on Wheels beri suasana yang menakjubkan. Ibarat berada di rumah baru. Bersih dan lengkap dengan barang keperluan sahaja. Tidak berlebihan tetapi mencukupi. 


PADANGS ON WHEELS HIDANG LEBIH 60 JUADAH NUSANTARA

PADANGS ON WHEELS HIDANG LEBIH 60 JUADAH NUSANTARA

PADANGS ON WHEELS HIDANG LEBIH 60 JUADAH NUSANTARA

PADANGS ON WHEELS HIDANG LEBIH 60 JUADAH NUSANTARA

PADANGS ON WHEELS HIDANG LEBIH 60 JUADAH NUSANTARA

PADANGS ON WHEELS HIDANG LEBIH 60 JUADAH NUSANTARA

PADANGS ON WHEELS HIDANG LEBIH 60 JUADAH NUSANTARA


CAWANGAN PADANGS ON WHEELS


Restoran Padangs On Wheels KL, Jalan Kamunting
Lot. No.2, Jalan Kamunting, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur

Restoran Padangs On Wheels Damansara Utama
92G & 94G Jalan SS21/62 Damansara Utama 47400, Petaling Jaya, Selangor.

Restoran Padangs On Wheels Sek 13 Shah Alam
60, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Restoran Padangs On Wheels Subang Bestari
63-1, Jalan Nova K U5/K, Subang Bestari, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi:
Selasa - Ahad
7:30PM - 7PM
Tags

Catat Ulasan

7Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Sedap makanan minang ni. Nanti in laws dari Singapore datang cuti-cuti shopping Raya boleh la cuba bawa derang cuba makan kat sini , seems ada juga keturunan adik beradik .

    BalasPadam
  2. Wah nampak sedap betul menu dkt sini. Selalu jugak nampak kawan2 blogger dtg makan kt sini. In shaa Allah satu hari nanti saya nak try juga makan dkt Padangs on Wheels :)

    BalasPadam
  3. Lawa kedai dia ya and menu dia banyak betul rupanya. Nak kena g try lah juga ni

    BalasPadam
  4. Wah, baca cerita pasal Restoran Padangs on Wheels ni, teringin pulak nak pergi cuba! Deko dia cun, nampak cozy je. Lagi best, ada lebih 60 hidangan Nusantara pulak tu. Auto rasa nak try semua! Kena pergi jugak ni, baru boleh rasa sendiri macam mana sedapnya kannnnnn!

    BalasPadam
  5. This is the first time I heard of Padang On Wheels. Menu dia nampak menarik. Reading your review makes me wanna try this place. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  6. Memang sedap makanan kat sini, i like their sambal hijau and so many dishes

    BalasPadam
  7. hidangan dekat POV mmg best.. suka dengan rasa autentik masakan padang

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !