KOLEKSI EDISI TERHAD SPYXFAMILY KINI DI GUARDIAN

KOLEKSI EDISI TERHAD SPYXFAMILY KINI DI GUARDIAN

Ruby
2
KOLEKSI EDISI TERHAD SPYXFAMILY KINI DI GUARDIAN | Koleksi barangan salah satu siri manga terlaris di Jepun dan siri televisyen adaptasi anime, SPYxFAMILY kini boleh didapati di semua cawangan Guardian dan di dalam talian mengikut tarikh yang ditetapkan. 

Menariknya, Guardian bersama-sama dengan cosplay 3 watak utama siri animasi SPYxFAMILY turut menjayakan acara temu mesra bersama para peminat di Centre Town, MyTOWN Shopping Centre pada 6 Januari 2024 sekitar jam 3 petang. 

KOLEKSI EDISI TERHAD SPYXFAMILY KINI DI GUARDIAN


SPY×FAMILY merupakan sebuah siri manga Jepun yang ditulis dan dilukis oleh Tatsuya Endo. Ia mengisahkan tentang misi penyamaran seorang pengintip yang berkahwin dan mengambil anak angkat sebagai sebahagian daripada penyamarannya, tanpa menyedari bahawa anak angkatnya itu memiliki kuasa telepati dan wanita yang dikahwininya pula ialah pembunuh upahan yang handal. Ketiga-tiga mereka perlu berusaha untuk kekal bersama.

Sebagai sebuah siri web animasi, SPYxFAMILY telah dipilih sebagai Komik Web Paling Popular Nombor 1 pada 2019 dan ia telah mencecah 480 juta tontonan pada Ogos 2022. Menjelang Disember 2023, SPYxFAMILY telah mencapai lebih 34 juta edaran, menjadikannya salah satu siri manga terlaris di pasaran.  


Anna Ng, Pengarah Pemasaran, Guardian Malaysia berkata: “Kami sangat teruja untuk menawarkan EMPAT set barangan koleksi daripada siri manga dan anime SPYxFAMILY. EMPAT set barangan koleksi ini dihasilkan berdasarkan karakter dalam siri manga tersebut dan keempat-empatnya boleh didapati dengan harga RM99 setiap satu setiap kali pelanggan membelanjakan RM20 untuk jenama yang mengambil bahagian seperti Adidas, Aiken, Avene, Bio-Essence, Blackmores, Catrice, Cetaphil, Colgate, Darlie, Dermo- Expertise, Dettol,Enchanteur, Eucerin,Garnier, Garnier, Gatsby, Kotex, Libresse, Liese ,Lifebuoy, Listerine, Loreal, Maybelline, Mise Es Scene, Nano White, Nivea Deo, Nivea Skin, Nutox, Olay, Pantene, Rexona, Safi Hair, Salonpas, Shokubutsu, Silkygirl, Summerie, Sunsilk, Surbex, True To Skin dan Zenyum, atau RM50 untuk jenama lain dalam satu resit.”

KOLEKSI LOID: 27.12.2023 - 10.01.2024


Set Barangan Koleksi 1 dikenali sebagai LOID FORGER, sempena watak bapa dalam siri anime itu. Koleksi Loid yang bernilai RM199 telah pun ditawarkan mulai 27 Disember 2023 dan didatangkan dalam Kotak Rekaan Loid khas yang mengandungi satu sarung komputer riba 14 inci, satu pemegang telefon akrilik Loid dan pelekat kalis air lentikular Loid.

KOLEKSI YOR: 11.02.2024 - 24.01.2024


Set Barangan Koleksi 2 dikenali sebagai YOR FORGER, sempena watak ibu dalam siri anime tersebut. Koleksi Yor juga bernilai RM199 dan akan ditawarkan di stor Guardian mulai 11 Januari 2024 dan didatangkan dalam Kotak Rekaan Yor khas yang mengandungi satu uncang Yor Beauty, satu rantai kunci akrilik Yor beserta cermin dan pelekat kalis air lentikular Yor. 


KOLEKSI ANYA: 25.01.2024 - 07.02.2024


Set Barangan Koleksi 3 dikenali sebagai ANYA FORGER, sempena watak anak perempuan dalam siri anime itu. Koleksi Anya yang bernilai RM230 akan ditawarkan di stor Guardian mulai 25 Januari 2024 dan didatangkan dengan Kotak Rekaan Anya khas mengandungi satu fail Anya bersaiz A4, satu kotak puzzle 500 keping Anya, satu pek kad permainan memori Anya dan pelekat kalis air lentikular Anya.


Terakhir, Set Barangan Koleksi 4 dikenali sebagai pek Kotak Forger Series akan dikeluarkan pada 28 Februari 2024

“Ini adalah peluang keemasan untuk mengumpul beberapa koleksi edisi terhad yang hebat daripada salah satu siri manga dan anime paling popular pernah dihasilkan di Jepun, yang mungkin boleh menjadi barangan kegilaan pengumpul di masa hadapan. 

“Lebih menarik, ia juga memuatkan barangan praktikal yang menepati gaya hidup aktif pelanggan kami. Jadi segeralah berkunjung ke stor Guardian berdekatan anda untuk mendapatkan set koleksi istimewa ini sebelum terlambat,” tambah Anna.


إرسال تعليق

2تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !