ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2024 TAHUN KE-3 KINI BERADA DI DUA LOKASI | Assalammualaikum semua! Setelah kejayaan dua tahun menganjurkan Bazaar Raya bermula dengan Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2022 dan Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2023. Kini pada tahun 2024, Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya kembali dengan sorotan acara yang lebih meriah!
ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2024 TAHUN KE-3 KINI BERADA DI DUA LOKASI
Pada tahun ini, Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya (ABxFGR) 2024 bersiap sedia untuk mengukir kenangan yang tidak terlupakan dalam program tahun ketiganya. Festival Raya ini merupakan anjuran bersama My Events International dan Absolut Events & Management yang bakal berlangsung pada 29 Mac (12pm) – 1 April (6am) 2024 selama 66 jam tanpa henti di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia



(MITEC).
Dengan prestasi luar biasa yang dicapai sepanjang dua tahun lalu, berikut merupakan pencapaian ABxFGR;
• RM21.4 juta hasil jualan
• 927 tapak reruai
• 2.9 juta jumlah pengunjung
• 117 jumlah vendor F&B
• 120 selebriti
• 20 rakan penaja
• 12,548-meter persegi ruang pameran
• 1,204 usahawan
• lebih daripada 200 jenama pakaian dan kecantikan
Pihak penganjur berharap agar pengunjung dapat merasai pengalaman membeli belah yang memuaskan di bawah satu bumbung.
ABXFGR terus berkembang secara progresif pada kadar 25% setiap tahun. Pencapaian ini memberikan peluang yang baik kepada usahawan dan pemilik perniagaan kecil, terutamanya kepada perusahaan kecil dan sederhana (SMEs). Dengan kepesatan peningkatan seperti ini, ABXFGR menjadi pilihan yang ideal bagi mereka yang ingin memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka kepada ramai, serta membina rangkaian perniagaan yang lebih meluas.
Menurut Encik Ben Ali, Pengarah, Absolut Event & Management, "Kelainan tahun in 66 jam tanpa henti akan bermula 29 Mac Jumaat jam 12 tengah hari sehingga 1 April 2024 Isnin 6 pagi, menghimpunkan 720 reruai. Jika dibandingkan pada tahun 2022 sebanyak 369 dan pada tahun 2023 sebanyak 558 reruai.
Dengan keluasan 15,666 kaki persegi, seramai 500 usahawan menyertai Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya tahun ini yang meliputi lebih 400 jenama. Kami menjangkakan jumlah keuntungan dari penyertaan pempamer sekitar RM 13.5 juta dan kehadiran seramai 2 juta pengunjung.
Pengunjung boleh berada di sini sepanjang hari dari waktu siang, berbuka puasa dengan membeli makanan di 80 peniaga Mini Absolut FoodFest, kemudian anda boleh sambung membeli-belah, menyertai pelbagai aktiviti yang telah kami sediakan, menonton persembahan selebriti dan macam-macam lagi! Happy Hour juga menjanjikan penjimatan berganda buat mereka yang mencari keperluan Aidilfiti. Ruang solat yang luas turut disediakan. Seisi keluarga akan selesa dengan penghawa dingin di MITEC. Kemudian anda boleh sambung sahur di sini.
Penaja bersama iaitu Wardah, Hermo, NIMS, Minaz, Buttonscarves, Panasonic, Ainaa, Sugar Bomb, Super Sky, Kunafa Aiwahhh, Bulan Bintang dan dijangka akan bertambah sehingga 20 penaja yang sudi bekerjasama. Pada tahun ini Media Prima Berhad merupakan media rasmi untuk Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya. Kami ingin meneroka stratergi baharu dan penambahan demografik ini pasti akan memberi impak yang efektif." jelas beliau.
MEDIA PRIMA SEBAGAI MEDIA RASMI
Penganjur dengan sukacitanya mengumumkan satu perkembangan gembira dengan penyertaan Media Prima Berhad sebagai Rakan Rasmi Media untuk ABxFGR2024. Media Prima Berhad, sebagai kumpulan media terkemuka di Malaysia, akan membantu menyampaikan liputan besar besaran ke seluruh negara melalui saluran televisyen, radio, dan platform media di mana-mana.
Kebergantungan pada rangkaian luas Media Prima Berhad akan memberikan platform yang unggul bagi ABxFGR2024 untuk sampai kepada penonton yang lebih ramai. Liputan yang menyeluruh melibatkan berita, program hiburan, dan segmen khas di televisyen dan radio akan memberi tumpuan kepada kemunculan festival raya dan keunikan acaranya.
20 PENAJA BERSAMA MEMERIAHKAN ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA
Selain itu, penganjur juga mengumumkan barisan Penaja Bersama yang terdiri daripada Wardah, Hermo, NIMS, Minaz, Buttonscarves, Panasonic, Ainaa, Sugar Bomb, Super Sky, Kunafa Aiwahhh dan Bulan Bintang.
Tidak hanya terhad kepada sektor pakaian, kecantikan, dan makanan, ABXFGR tahun ini turut memberikan peluang kepada sektor elektronik dan pelbagai sektor lain.
MINI ABSOLUT FOODFEST
Program penuh warna ini akan menyajikan lebih banyak aktiviti kejutan yang menarik perhatian pengunjung. Antara tarikan utama adalah mini Absolut FoodFest yang dianggarkan melebihi 80 vendor yang akan menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman untuk berbuka puasa atau bersahur, menjadikan ABxFGR24 destinasi ideal untuk keluarga dan rakan-rakan berkumpul.
AKTIVITI MENARIK DI ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA
Penganjur juga berkongsi tentang aktiviti yang bakal diadakan pada tahun ini, termasuk Money Chamber, Wheel of Fortune, Hamper Raya, dan Happy Hour yang pasti memeriahkan suasana.
Dikatakan aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan menawarkan lebih daripada RM250,000 nilai ganjaran keseluruhan yang boleh dimenangi.