SCOTT'S DAN 99SPEEDMART LANCAR KEMPEN BUY1DONATE1

SCOTT'S DAN 99SPEEDMART LANCAR KEMPEN BUY1DONATE1

Ruby
1
SCOTT'S DAN 99SPEEDMART LANCAR KEMPEN BUY1DONATE1 | Assalammualaikum semua! Selama satu bulan, bermula 13 Oktober hingga 13 November 2023 anda boleh membeli sambil menderma Scott's Multivitamin di kedai serbaneka 99Speedmart. 

Scott's yang merupakan jenama multivitamin yang dipercayai sejak bertahun-tahun telah melancarkan kempen BUY1DONATE1 bagi memenuhi keperluan nutrisi kepada 5,000 kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

SCOTT'S DAN 99SPEEDMART LANCAR KEMPEN BUY1DONATE1



Kempen BUY1DONATE1 yang berlangsung selama 1 bulan di seluruh negara ini, akan membolehkan sesiapa sahaja mengambil bahagian untuk menderma. Sumbangan produk Scott’s oleh orang ramai ini bertujuan untuk memenuhi keperluan nutrisi kepada 5,000 kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
 
Scott's, peneraju pasaran utama dalam kategori suplemen kanak-kanak, kini bekerjasama dengan 99Speedmart untuk kempen "BUY1DONATE1". Bagi setiap satu produk Scott's yang dibeli di mana-mana kedai 99Speedmart di seluruh negara bermula 13 Oktober hingga 13 November 2023, Scott's akan menderma satu produk Scott's yang lain. 

Matlamat kempen ini adalah untuk menderma sejumlah 30,000 produk Scott's seperti Scott’s Vitamin C, Scott’s Multivitamin Gummies dan Scott’s Emulsion kepada beberapa rumah anak yatim di Lembah Klang.
 
Bryan Wong, Pengurus Besar Haleon, Malaysia, Singapura dan Brunei (MSB), berkata: “Di Haleon, kami komited untuk melaksanakan lebih banyak usaha untuk menangani apa jua perkara yang menghalang kesihatan harian kanak-kanak untuk menjadi lebih baik. Jadi melalui kempen ini, kami menemukan banyak perkara yang sebenarnya telah menghalang untuk mereka mendapatkan kesihatan yang baik tersebut. 

Oleh itu, kami jadikan kempen ini sebagai peluang untuk kami menambah baik tahap kesihatan mereka. Kami percaya bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat akses kepada pemakanan yang betul dan peluang untuk menjalani kehidupan dengan lebih bahagia. 

Melalui kempen BUY1DONATE1 kami ini juga, kami turut berharap dapat memberi akses kesihatan baik kepada lebih ramai kanak-kanak di samping meneruskan usaha kami meningkatkan tahap kesihatan komuniti masyarakat. Kami teruja dapat bekerjasama dengan 99Speedmart demi memberi impak positif kepada kehidupan kanak-kanak ini semua.”


LAWATAN MINGGUAN KE RUMAH ANAK YATIM DI LEMBAH KLANG


Kempen ini juga akan merangkumi lawatan mingguan ke 5 hingga 10 buah rumah anak yatim di Lembah Klang oleh pasukan Scott's dan maskot Scott's yang akan dibawa bersama. Lawatan ini akan merangkumi edaran pelbagai produk Scott's, serta usaha kami membina hubungan baik yang tidak dapat dilupakan dan mencipta momen untuk mengukir senyuman kepada semua kanak-kanak di sana.

Scott's komited untuk terus memastikan tahap kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak Malaysia berada di tahap yang baik, termasuklah kanak-kanak yang menghadapi cabaran dalam mendapatkan akses sumber makanan yang betul. 

Selaras dengan komitmen jenama Scott's dalam berkongsi kegembiraan dan usaha untuk menangani isu keperluan pemakanan kanak-kanak yang memerlukan, kempen "BUY1DONATE1" bertujuan untuk membolehkan cara yang mudah tetapi bermakna bagi sesiapa sahaja untuk mengambil bahagian untuk menderma dalam membawa impak positif secara kolektif kepada komuniti kita.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen BUY1DONATE1 Scott's, sila layari Facebook Scott's Malaysia.

MENGENAI HALEON


Haleon (LSE: HLN) ialah peneraju global dalam sektor kesihatan pengguna, dengan usaha untuk sentiasa meningkatkan taraf kesihatan harian yang lebih baik kepada ramai orang. Portfolio produk Haleon merangkumi lima kategori utama - Kesihatan Mulut, Melegakan Sakit, Pernafasan, Penghadaman dan lain-lain serta Vitamin, Mineral dan Suplemen (VMS). 

Jenama Haleon yang tersedia di pasaran adalah - seperti Advil, Sensodyne, Panadol, Voltaren, Theraflu, Otrivin, Polident, parodontax dan Centrum - dibina berdasarkan teknologi sains yang terkini, inovasi dan telah melalui pemahaman manusia yang mendalam.
 

MENGENAI HALEON MALAYSIA 


Haleon (LSE: HLN) ialah peneraju global dalam sektor kesihatan pengguna, dengan jenama yang dipercayai oleh berjuta-juta pengguna di seluruh dunia. Sehingga hari ini, Haleon Malaysia telah mempunyai lebih 500 orang pekerja yang bekerja untuk menyediakan kesihatan harian yang lebih baik untuk semua. 

Dengan kedudukan sebagai peneraju pasaran dalam penjagaan mulut, melegakan kesakitan dan kesihatan, Haleon bekerja rapat dengan ahli farmasi, pakar perubatan dan peruncit untuk meningkatkan kesedaran tentang isu dan kebimbangan tahap kesihatan harian serta menekankan kepentingan penjagaan diri. 

Syarikat yang bertapak di Hulu Klang Kuala Lumpur ini juga telah membekalkan produk ke banyak negara di seluruh dunia dengan produk penjagaan kesihatan untuk pengguna yang berkualiti tinggi dan inovatif, seperti Panadol, ENO dan Polident.
Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. baguslah scott buat kempen macam ni. at least kesihatan semua orang akan diingatkan

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !