PEMUZIK ORKESTRA IRINGI KONSERT CAKRA KHAN A DECADE LIVE IN KUALA LUMPUR 2.0

PEMUZIK ORKESTRA IRINGI KONSERT CAKRA KHAN A DECADE LIVE IN KUALA LUMPUR 2.0

Ruby
0
PEMUZIK ORKESTRA IRINGI KONSERT CAKRA KHAN A DECADE LIVE IN KUALA LUMPUR 2.0 | Assalammualaikum semua. Berita gembira buat semua peminat penyanyi Cakra Khan! Beliau kembali untuk menghiburkan peminat di Kuala Lumpur dengan persembahan konsert yang lebih menyentuh jiwa iaitu dengan diiringi oleh Pemuzik Orkestra! 

Setelah kejayaan konsert sulung Cakra Khan https://www.ruby.my/2022/11/konsert-sulung-cakra-khan-bersempena.html?m=1 dan selama 3 jam kami berhibur https://www.ruby.my/2023/01/galau-indah-selama-3-jam-di-konsert.html?m=1. Ternyata Cakra Khan didambakan lagi kehadirannya! We want more! Keunikan suara Cakra Khan sesuai menyanyikan pelbagai jenis genre lagu. Jika anda ingin melihat kelebihan vokal Cakra Khan, jom ke konsert Cakra Khan A Decade Live In Kuala Lumpur 2.0! 

PEMUZIK ORKESTRA IRINGI KONSERT CAKRA KHAN A DECADE LIVE IN KUALA LUMPUR 2.0



Konsert: Cakra Khan A Decade Live In Kuala Lumpur 2.0
Tarikh: 17 Februari 2023
Hari: Sabtu
Masa: 8:30 Malam
Lokasi: Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre


Sebagai penyanyi dan berada di dalam industri hiburan, pasti mempunyai impian dan keinginan untuk terus maju seiring dengan peredaran zaman. Tahun berganti tahun, muzik dan penyanyi sentiasa diingati kerana nostalgia lagu dan lirik sentiasa memainkan peranan besar kepada jiwa-jiwa manusia. 

Insan bernama Cakra Khan adalah figura selebriti yang memandang jauh dalam industri hiburan. What's next? Yakin Boleh! dan terus menimba ilmu. Belajar dan terus belajar. Walaupun sudah lebih 10 tahun dalam industri, Cakra Khan sentiasa ingin mendekati peminatnya. Malah pernah menyertai America's Got Talent 2023. Namun, pada pendapat Ruby. AGT adalah bukan platform untuk pertandingan nyanyian. Jadi, Cakra Khan boleh sertai pertandingan nyanyian yang selayaknya untuk keunikan vokal yang dimiliki beliau. Setuju?


Cakra Khan ingin beri persembahan istimewa semasa konsert Cakra Khan A Decade Live In Kuala Lumpur 2.0 dan paling best adalah diiringi oleh Pemuzik Orkestra sepenuhnya! Bilangan Pemuzik Orkestra dianggarkan sehingga 32 orang dan diketuai oleh Pengarah Muzik Datuk Ramli MS! Bayangkan selama 3 jam Cakra Khan menghiburkan kita dengan iringan muzik Orkestra. Pasti menusuk kalbu! Kali ni Ruby nak bawa tisu supaya boleh enjoy menangis. Hahaha.

PENGARAH MUZIK, DATUK RAMLI MS MENGETUAI ORKESTRA KONSERT CAKRA KHAN A DECADE LIVE IN KUALA LUMPUR 2.0


Datuk Ramli MS terajui orkestra konsert Cakra Khan A Decade Live In Kuala Lumpur 2.0. Ruby berbangga dengan pilihan Cakra Khan. Ini kerana tidak dinafikan Datuk Ramli MS atau lebih mesra dipanggil Tok Ram sangat arif tentang susunan muzik. Pendengaran Tok Ram memang padu dan jelas. Tegur secara langsung dan tiada selindung adalah cara beliau untuk beri yang terbaik sepanjang masa. 


Bersesuaian kerjasama bersama penyanyi kesayangan ramai Cakra Khan. Cakra Khan juga memiliki personaliti yang menginginkan kesempurnaan dalam kerjaya nyanyian beliau. Orang yang berusaha pasti berjaya. 

HARGA TIKET KONSERT CAKRA KHAN A DECADE LIVE IN KUALA LUMPUR 2.0


Lokasi konsert Cakra Khan A Decade Live In Kuala Lumpur 2.0 masih mengekalkan Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre. Pastinya keselesaan peminat diutamakan oleh Cakra Khan dan penganjur konsert.

Plenary Hall mampu menampung sehingga 3000 pengunjung. Paling mudah adalah parking di Kuala Lumpur Convention Centre selepas jam 5 petang hingga 5 pagi pada Sabtu adalah pada kadar tetap atau maksimum RM 17. Barulah seronok ke konsert carpool bersama keluarga atau sahabat galau. Hehehe. 

Dapatkan tiket anda sekarang di https://www.ticket2u.com.my/event/33398/cakra-khan-a-decade-live-in-kuala-lumpur-2.0
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !