DR MUSTAFA MOHAMMED TAHER PAKAR BEDAH BARIATRIK TERBAIK ASIA PASIFIK 2023

DR MUSTAFA MOHAMMED TAHER PAKAR BEDAH BARIATRIK TERBAIK ASIA PASIFIK 2023

Ruby
0
DR MUSTAFA MOHAMMED TAHER PAKAR BEDAH BARIATRIK TERBAIK ASIA PASIFIK 2023 | Assalammualaikum semua! Pada 5 September 2023 yang lalu Ruby telah menghadiri jemputan untuk meraikan kejayaan Dr Mustafa. Dr Mustafa Mohammed Taher, merupakan pakar bedah Bariatrik di Pusat Perubatan CENGILD telah diraikan pada acara Hi-Tea bersama Media bertempat di Restoran Hadramawt Kitchen, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Dr Mustafa Mohammed Taher telah diiktiraf sebagai salah seorang pakar bedah Bariatrik terbaik di Asia Pacific pada majlis Anugerah Kesihatan dan Pelancongan Global baru-baru ini di Kuala Lumpur. Dr Mustafa yang merupakan Pakar Bedah GI dan Bariatrik telah melakukan lebih daripada 2000 pembedahan Bariatrik di klinik swasta sepanjang tempoh 3 tahun yang lalu.

DR MUSTAFA MOHAMMED TAHER PAKAR BEDAH BARIATRIK TERBAIK ASIA PASIFIK 2023


Ramai pesakit yang mendapatkan rawatan daripada beliau merupakan penghidap pelbagai penyakit seperti mereka yang mengalami masalah obesiti dan berat badan yang berlebihan sehingga menimbulkan kesukaran buat mereka disamping pelbagai komplikasi kesihatan yang menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Pembedahan Bariatrik bukan sahaja berjaya membantu para pesakit untuk mengurangkan berat badan tetapi membantu merawat masalah kencing manis dan darah tinggi disamping membantu masalah tidur yang teruk, kemandulan,asma,serangan panik, kemurungan,sakit lutut, sakit belakang,dan anti sosial.


Pesakit Bariatrik Dr Mustafa juga telah mengambil inisiatif menubuhkan kumpulan sokongan mereka sendiri yang diketuai oleh Chef Bob@Alfie Sabri. Chef Bob sebelum ini telah berada di atas kerusi roda selama 3 tahun dan menggunakan keluli untuk menyokong kakinya akibat masalah obesiti yang sangat teruk. Chef Bob telah berjaya menurunkan berat badan beliau sebanyak 130kg dalam tempoh setahun selepas pembedahan dan kini menjalani kehidupan normal semula.

Diantara rakan Selebriti-Selebriti yang turut hadiri Datuk Khadijah Ibrahim, Zarina Zainuddin, Ziana Zain, Liza Abdullah. Mina, Dato Ziela Jalil rakan selebriti menceritakan pengalaman beliau yang pernah mengadakan sesi pembedahan bersama Doktor Mustafa. penceritaan yamg dialami dan didengari oleh rakan media ketika di Restoran Hawdramawt Kitchen jalan Ampang.


Pembedahan Bariatrik telah membantu menyelamatkan ramai pesakit dan ramai pesakit dalam dan di luar negara yang datang berjumpa Dr Mustafa untuk mendapatkan nasihat beliau demi kesihatan yang lebih baik.

Bagi Dr Mustafa misi beliau ialah untuk melihat lebih ramai orang menjalani kehidupan yang sihat dan beliau ingin memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa obesiti merupakan penyakit yang sangat berbahaya jika tidak dirawat namun ia tetap boleh dirawat.


Walau bagaimanapun NGO Mencari Dana, Malam Charity Dinner pada hari tersebut bersama Datin Alyah yang akan diadakan tidak lama lagi. 

Orang ramai boleh mengikuti Dr Mustafa melalui Instgram beliau @dr.mustafamt.my atau untuk maklumat lanjut boleh hubungi Puan Rafeah di talian +60162330678
Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !