Wardah UV Shield Light Matte Sun Stick SPF 50 PA++++

Wardah UV Shield Light Matte Sun Stick SPF 50 PA++++

Ruby
0
Wardah UV Shield Light Matte Sun Stick SPF 50 PA++++ | Assalammualaikum semua! Dua tahun juga Ruby tidak membeli produk kosmetik dari Wardah. Sebab duduk di rumah sepanjang pandemik COVID-19, Ruby jarang mekap. Hanya sibuk dengan rutin penjagaan wajah sahaja. 

1 November 2021 Ruby dah mula urusan persekolahan Adam. Agak sibuk. Baru sedar cuaca panas dan terlupa pakai sunscreen. Malah bedak berSPF pun tidak pakai. 

Apabila buka pelitup muka, maka nampaklah muka berbelang. Dari bawah mata ke dahi dah sunburned. Adududu. Penat je jaga muka sepanjang dua tahun. Tapi bila keluar sekali dah terbakar kulit. Huhu.

Wardah UV Shield Light Matte Sun Stick SPF 50 PA ++++

Ruby pun survey new teknologi nak apply sunscreen. Nampak jenama AHC ada sunscreen stick. Dalam hati terfikir, kalaulah Wardah ada sunstick. Hurmmm.

Jomlah masuk Shopee, scroll scroll scroll. Jumpa! Wardah UV Shield Light Matte Sun Stick SPF 50 PA ++++. Masa tu gembira ya amat! Saiz 20 gram dan harga 96000 Indonesian Rupiah. Convert ke Ringgit Malaysia sekitar RM 28 macam tu.

Di Malaysia, sunscreen stick belum masuk lagi di Guardian atau Watsons. Jadi, Ruby beli dari Indonesia!! Penantian selama 2 minggu berhasil. Barang yang dipesan sudah sampai! Jom kita cuba!

Mengenai Wardah UV Shield Light Matte Sun Stick SPF 50 PA ++++

Wardah UV Shield Light Matte Sun Stick SPF 50 PA ++++ adalah inovasi sunscreen matte dan ringan dalam kemasan stick on-the-go yang praktis dan nyaman digunakan setiap hari dan merupakan 3 in 1 on the go Sunstick (Serum + Primer + Sunscreen) pertama di Indonesia.

Diformulasikan dengan 0% Alkohol dan Broad Spectrum Protection menjaga kulit dari sinar UV A/ UV B serta pancaran blue light berlebih. 

Dengan Vitamin E serum untuk melembabkan dan melindungi kulit dari polusi serta radikal bebas, serta Sebum Absorber yang mengontrol minyak serta hasilkan tampilan wajah yang matte dan smooth, sehingga produk dapat digunakan juga sebagai primer sebelum menggunakan make up (membuat make up lebih menyatu dan tahan lama hingga 8 jam). 

Dilengkapi dengan Water and Sweat Resistant Technology sehingga cocok untuk aktivitas yang dinamis sehari-hari.  

Cara Penggunaan:


1. Buka cap bagian luar
2. Buka cap transparan bagian dalam.
3. Putar ulir bagian bawah untuk mengeluarkan bulk kurang lebih setinggi 5 mm
4. Oleskan sun stick ke seluruh bagian di wajah (3-4 kali oles), ulangi pemakaian 2-3 jam sekali bila diperlukan

Gunakan sun stick sebagai rangkaian terakhir dalam penggunaan skin care, dapat dipakai sebelum atau sesudah menggunakan makeup. Ia bagus sebagai primer. Selamat mencuba!

Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !