QNET MEMPERKASA GAYA HIDUP HOLISTIK MELALUI RANGKAIAN PRODUK YANG DIPERLUKAN OLEH MASYARAKAT PADA MASA KINI

QNET MEMPERKASA GAYA HIDUP HOLISTIK MELALUI RANGKAIAN PRODUK YANG DIPERLUKAN OLEH MASYARAKAT PADA MASA KINI

Ruby
0
QNET MEMPERKASA GAYA HIDUP HOLISTIK MELALUI RANGKAIAN PRODUK YANG DIPERLUKAN OLEH MASYARAKAT PADA MASA KINI | Asssalammualaikum semua! Pada 20 Julai 2023 yang lalu, Ruby berkesempatan ke Menara Qi di Petaling Jaya. Di sini merupakan pejabat cawangan Malaysia bagi rangkaian Qi Group. Produk jualan mereka di jual melalui laman e-dagang QNET. Di dalam QNET terdapat pelbagai produk kesihatan untuk memenuhi gaya hidup masyarakat pada hari ini.

QNET merupakan syarikat kesihatan dan gaya hidup terkemuka yang menggunakan model perniagaan jualan langsung yang dikuasakan oleh e-dagang untuk menawarkan pelanggan pelbagai produk dan perkhidmatan yang luar biasa. 

QNET MEMPERKASA GAYA HIDUP HOLISTIK MELALUI RANGKAIAN PRODUK YANG DIPERLUKAN OLEH MASYARAKAT PADA MASA KINI


Di QNET, mereka percaya dengan memperkasakan individu dengan memberi mereka peluang untuk membina perniagaan jualan sendiri melalui mempromosikan produk.

QNET berusaha untuk meningkatkan kehidupan pelanggan dengan menyampaikan produk dan perkhidmatan yang menggalakkan kesejahteraan dan gaya hidup yang memperkaya. Kami komited untuk menawarkan barangan unik dan berkualiti premium yang memenuhi keperluan yang pelbagai, daripada kesihatan dan pemakanan, penjagaan diri, ke rumah dan kediaman, perjalanan dan kemewahan, dan pendidikan.

Dikenali sebagai sebuah syarikat jualan langsung berasaskan e-dagang, QNET iaitu anak syarikat kumpulan Qi juga turut memasarkan pelbagai rangkaian produk kesihatan yang memfokuskan kepada kesejahteraan dan gaya hidup kepada pelanggannya di seluruh dunia. 

Pengurus Besar QNET bagi Wilayah Asia Tenggara B. Pushpalatha berkata antara produk kesihatan yang berjaya menarik ramai pelanggan adalah Amezcua Bio Disc 3 dan Chi Pendant 4 di mana masing-masing telah mencatatkan jualan kira-kira sebanyak 2 juta dan 3 juta unit di seluruh dunia.


“Amezcua Bio Disc 3 ini mempunyai kelebihan di mana ia membantu memberi tenaga kepada air untuk meningkatkan penyerapan nutrisi, membantu dalam detoksifikasi sel, meningkatkan tenaga dan beberapa lagi kelebihan yang lain.

“Chi Pendant 4 pula membantu meningkatkan tahap tenaga, meningkatkan prestasi fizikal, meningkatkan imuniti dan beberapa kebaikan lagi di mana apabila seseorang individu itu menggunakannya,” katanya kepada media pada sesi memperkenalkan produk berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkongsi QNET turut memasarkan pelbagai produk bagi kesihatan, penjagaan peribadi dan kecantikan, penjagaan rumah dan kursus e-pembelajaran.

Pada 2018, ia disenaraikan sebagai satu daripada 100 Syarikat MLM Utama oleh portal berita jualan langsung, Business For Home.

“Kami juga mempunyai memasarkan produk minuman kesihatan iaitu EDGE3 PLUS iaitu minuman penggalak (booster) kesihatan pelbagai fungsi yang menyokong imuniti, fungsi penghadaman, kesihatan sendi dan jantung.

“Minuman ini berbentuk sachet yang perlu dicampur dalam 120 mililiter air dan diambil lima hari seminggu manakala untuk hasil terbaik disarankan ambil EDG3 Plus sebelum makan,” katanya.

QNET merupakan perniagaan utama QI Group yang beribu pejabat di Malaysia, mempunyai kehadiran di hampir 30 negara dengan pejabat di Asia, Eropah, Afrika dan Timur Tengah.

Secara global, QNET adalah ahli Persatuan Penjualan Langsung di Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia.

Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !