ECO-SHOP RAI ULANG TAHUN KE-20 MELALUI KEMPEN SYOKPPING GILA-GILA SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA

ECO-SHOP RAI ULANG TAHUN KE-20 MELALUI KEMPEN SYOKPPING GILA-GILA SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Ruby
0

ECO-SHOP RAI ULANG TAHUN KE-20 MELALUI KEMPEN SYOKPPING GILA-GILA SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA | Assalammualaikum semua! Siapa pelanggan setia Eco-Shop? Pasti ramai di antara kita menyayangi kedai berhantu ini. Walau ada kenaikan harga dari RM 2, RM 2.10 dan sehingga RM 2.40. Sebagai Rakyat Malaysia, kita tetap memberi sokongan dengan berbelanja di Eco-Shop. Sebab kualiti dan kuantiti yang berbaloi-baloi untuk seisi keluarga. Setuju? 

Siapa akan menolak apabila diajak ke Eco-Shop? Kalau Ruby cakap nak ke Eco-Shop, mesti anak-anak gembira. Sebab mereka suka snacks di Eco-Shop. Ruby pula suka bahagian peralatan tulis, barang-barang laundry dan produk pembersihan rumah. Di Eco-Shop kami dapat berjimat dengan lebih banyak.

12 jenis kategori terdapat di Eco-Shop pastinya setiap kategori itu menjadi kegemaran para pelanggan setia. Kini, Eco-Shop sudah mempunyai 240 cawangan di seluruh Malaysia. Tahniah Eco-Shop dan selamat ulang tahun ke-20 tahun! Kedai 2 ringgit kegemaran kita semua sudah menginjak dewasa! Terima kasih terus menggembirakan dan memudahkan rakyat Malaysia!

ECO-SHOP RAI ULANG TAHUN KE-20 MELALUI KEMPEN SYOKPPING GILA-GILA SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Pada 5 Julai 2023, Eco-Shop Malaysia mengumumkan pelancaran kempen “SYOKPPING GILA-GILA” Dengan Satu Harga di LRT Masjid Jamek bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-20 Eco-Shop. Pelbagai produk inovatif dan menarik di bawah jenama sendiri (home brands) diperkenalkan untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia pada harga yang tetap.

Ruby ingin kongsikan kisah Eco-Shop yang telah diasaskan oleh Dato’ Sri Lee Kar Whatt. Beliau telah memperkenalkan Eco-Shop, sebuah usaha revolusi yang berpusat di Jementah, Johor pada tahun 2003.

Eco-Shop menonjol berbanding pesaingnya kerana komitment kukuh mereka terhadap harga yang berpatutan. Malah, mereka sentiasa memastikan setiap isi rumah di Malaysia dapat menikmati produk yang berkualiti tinggi, tanpa bebanan kos berlebihan dengan harga yang sangat rendah iaitu RM2.40. 

Eco-Shop Malaysia telah mendapat pelbagai anugerah berprestij antaranya adalah Golden Eagle Award, Superbrands Award dan The Brand Laureate Award. Sehingga hari ini Eco-Shop dikenali dengan slogan yang menarik iaitu “Jenama Harian untuk Setiap Isi Rumah!”.

JOM KE LRT MASJID JAMEK 1-31 JULAI 2023

Untuk memupuk rasa cinta pada jenama Eco-Shop di hati rakyat Malaysia, sedang berlangsung pameran dan aktiviti Eco-Shop “SYOKPPING GILA-GILA” dari 1 hingga 31 Julai 2023 di LRT Masjid Jamek. Ianya merangkumi beberapa siri acara dan aktiviti yang menarik bertujuan untuk mengetengahkan beberapa produk di bawah jenama Eco-Shop seperti Kreati, Delicies, Excue, Ganso dan Mama.


10,000 PILIHAN PRODUK DI 240 CAWANGAN ECO-SHOP

Terdapat lebih 10,000 pilihan produk yang ditawarkan oleh Eco-Shop. Ianya merangkumi pelbagai segmen termasuk keperluan rumah, makanan, minuman, alat tulis, peralatan memasak, mainan serta makanan kucing! Dengan lebih daripada 240 cawangan, pelanggan tidak perlu ke kedai lain kerana semuanya ada di bawah satu bumbung, pada satu harga tetap yang berpatutan.

MUAT TURUN ECO-APP UNTUK MENANG BESAR!

Ketua Pegawai Operasi Eco-Shop, Cik Jessica Ng memperkenalkan Eco-App dimana pelanggan boleh mengumpul mata ganjaran dengan setiap pembelian di Eco-Shop. 

Pelanggan yang mendaftar di aplikasi Eco-Shop akan menerima 500 mata ganjaran serta-merta, menikmati pelbagai faedah serta kemas kini terkini. Eco-App merupakan salah satu daripada 10 aplikasi beli belah yang popular di Malaysia, dengan keahlian semasa sebanyak 800 ribu.

Muat turun aplikasi Eco-Shop sekarang! Masukkan sekali Referal Code dari Ruby, MEP1493. Terima kasih. 

Play Store (Android): https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.ecoshop

App Store (Apple): https://apps.apple.com/my/app/eco-shop-my/id1620999773

SELAMAT ULANG TAHUN KE-20 ECO-SHOP!

Dua dekad yang lalu, Eco-Shop memulakan perjalanan untuk memperjuangkan jenama harian untuk setiap isi rumah di Malaysia, dan hari ini, Eco-shop dengan bangganya meraikan Ulang Tahunnya yang ke-20. “Kempen “SYOKPPING GILA-GILA" dengan Satu Harga mencerminkan komitmen berterusan Eco-shop dan rasa terima kasihnya kepada masyarakat atas sokongan tidak pernah putus terhadap mereka."

Eco-Shop akan berusaha untuk berkembang dengan mengekalkan harga semasa dan sebolehnya tidak menaikkan harga jualan walaupun berdepan dengan kenaikan harga komoditi global, supaya rakyat Malaysia mampu membeli pelbagai barangan pada harga mampu milik iaitu RM2.40. 

Misi utama Eco-Shop adalah untuk menyediakan barangan rumah pada harga yang paling berpatutan supaya semua rakyat Malaysia mampu untuk membelinya.

HADIAH PERADUAN ECO-SHOP SYOKPPING GILA-GILA

Untuk menambah keterujaan, peraduan Eco-Shop “SYOKPPING GILA-GILA” menawarkan sehingga RM100,000 nilai Eco-Coins untuk pemenang menebus hadiah pilihan mereka daripada kereta serba baharu kepada hadiah lain seperti Pakej Umrah untuk keluarga, Perjalanan percutian, komputer riba, jam tangan pintar dan banyak lagi. 


Kempen ini menjanjikan acara yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan kerana Eco-Shop Malaysia terus mengorak langkah dalam berkhidmat kepada masyarakat dan menyediakan persekitaran mesra keluarga kepada pelanggan sejak dua dekad yang lalu.

Terma & Syarat: https://sites.google.com/eco-shop.com.my/syokpping-gila-gila-tnc/home

ECO-SHOP | INSTAGRAM | FACEBOOK | TIKTOK

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !