PENCARIAN GUARDIAN ‘THE FACE OF HEALTHY BEAUTY’ 2023

PENCARIAN GUARDIAN ‘THE FACE OF HEALTHY BEAUTY’ 2023

Ruby
0

PENCARIAN GUARDIAN ‘THE FACE OF HEALTHY BEAUTY’ 2023 | Assalammualaikum semua, rasa macam baru semalam Ruby menyaksikan sendiri Pusingan Akhir Guardian The Face of Healthy Beauty 2019 di AEON Mall Shah Alam. 4 tahun sudah berlalu dan Ruby menyaksikan sendiri bagaimana 4 pemenang glow up. Wajah mereka di poster dan kempen kecantikan serta kesihatan Guardian.

Kemunculan mereka di acara Guardian juga kelihatan eksklusif. Paling ketara peningkatan yang Ruby lihat adalah Puan Yasmin Khalid. Beliau kini Duta untuk jenama kecantikan SimplySiti, peguam dan ibu. Transisi dari pelajar jurusan undang-undang ketika masuk pertandingan The Face of Healthy Beauty 2019 kepada wanita yang elegan dan menjadi inspirasi kepada yang lain amat memberi impak positif. 

Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 55 tahun lalu. Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 600 buah stor di seluruh negara. 

PENCARIAN GUARDIAN ‘THE FACE OF HEALTHY BEAUTY’ 2023

Guardian lancar pencarian seluruh negara untuk individu yang melambangkan keunggulan Healthy Beauty. Bermula 26 Jun 2023, Guardian Malaysia telah mengadakan kembali peraduan popularnya untuk mencari The Face of Healthy Beauty (TFHB).

Angela Teo,Ketua Pemasaran Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata, “Pencarian pertama The Face of Healthy Beauty Guardian pada tahun 2019 adalah satu kejayaan besar dimana kita telah berjaya menemui ramai wanita Malaysia yang hebat yang melambangkan visi kecantikan sihat kami. Malangnya, disebabkan pandemik kami terpaksa menangguhkan acara tersebut sehingga tahun ini dan kini, kami sangat teruja.

Pencarian The Face of Healthy Beauty Guardian BUKAN pertandingan kecantikan. Kempen ini meraikan kecantikan yang sihat dan menggalakkan orang ramai untuk menerima segala keunikan diri mereka luar dan dalam, kecantikan dalaman dan luaran mereka. 

Healthy Beauty ialah individu yang positif, dinamik, lemah lembut tetapi bersemangat, ceria, penyayang dan menginspirasi dengan keyakinan yang lahir dari perasaan yang baik secara holistik. Mereka juga mahu memberi inspirasi kepada orang lain untuk menjalani kehidupan yang sihat dan indah melalui perkara yang menggembirakan dan memuaskan hati mereka.”


Disebut-sebut sebagai yang pertama seumpamanya di Malaysia, pencarian The Face of Healthy Beauty adalah usaha seluruh negara untuk mencari EMPAT individu yang paling sesuai dinobatkan sebagai ‘The Face of Healthy Beauty’, untuk menjadi duta kecantikan sihat Guardian.

Teo menjelaskan bahawa konsep Healthy Beauty adalah teras falsafah jenama Guardian dan ia terhasil daripada wawasan pengguna yang meyakini bahawa kesihatan yang baik adalah asas kepada kecantikan sebenar.

“Kami mendapati bahawa pelanggan kami percaya bahawa kecantikan sebenar datang daripada tubuh badan yang sihat dan mental yang sejahtera,” kata Teo.

“Dan trend ini juga telah membantu Guardian berkembang daripada sebuah stor kesihatan dan kecantikan, kepada sebuah jenama dengan matlamat untuk memberi inspirasi kepada pelanggan untuk menjalani hidup yang sihat dan indah. 

Untuk mencapai misi ini, kakitangan jualan kami telah dilatih untuk menjadi penasihat penjagaan kecantikan dan kesihatan, manakala stor kami terus menawarkan produk terkini dan paling inovatif dari seluruh dunia pada nilai terbaik kepada pelanggan,” tambah Teo.

Empat (4) pemenang Peringkat Akhir masing-masing akan menerima:

Kontrak satu (1) tahun dengan Guardian

Penampilan muka hadapan Katalog Guardian & material jualan lain

Wang tunai RM10,000 dan Baucar bernilai RM10,000

Produk daripada penganjur yang mengambil bahagian

Produk Penjagaan Mandian Guardian bernilai RM5,000 untuk disumbangkan kepada badan kebajikan pilihan pemenang

Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas dengan penyertaan yang perlu dihantar secara dalam talian mulai 26 Jun 2023 hingga 6 Ogos 2023 di https://theface.guardian.com.my atau klik pada kod QR di semua platform media sosial Guardian dan di stor Guardian. 


Peserta perlu memuat naik video berdurasi 30 saat, menerangkan ‘Mengapa mereka ingin menjadi The Face of Healthy Beauty?’, satu gambar berukuran penuh dan satu gambar passport.

Satu ratus dua puluh (120) peserta yang disenarai pendek akan dipilih untuk menghadiri peringkat separuh akhir di:

  • Plaza Gurney, Pulau Pinang (26-27 Ogos 2023), 

  • Pusat Membeli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur (2-3 September 2023), 

  • Paradigm Mall, Johor Bahru (9-10 September 2023) dan 

  • Vivacity Mall, Kuching Sarawak (16-17 September 2023). 

Lima peserta separuh akhir dari setiap wilayah akan berentap di Pusingan Akhir yang bakal berlangsung di Pusat Membeli-Belah Sunway Pyramid di Petaling Jaya pada 21 Oktober 2023.

Mulai 18 September 2023 hingga 8 Oktober 2023, pelanggan Guardian juga boleh mengundi di laman mikro untuk memilih pemenang pilihan mereka pada Pusingan Akhir. Undian yang diterima untuk setiap finalis akan menyumbang 40% daripada jumlah markah di Peringkat Akhir.

Butiran lanjut tentang pencarian, serta terma dan syarat penuh penyertaan boleh didapati di https://theface.guardian.com.my

#GuardianMYApp #guardianMy #faceofguardianmy #FaceofHealthyBeauty2023

GUARDIAN | FACEBOOK | INSTAGRAM | YOUTUBE

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !