7 MAKANAN KEKAL HIDRAT UNTUK ELAK KULIT KERING SEMASA CUACA PANAS

7 MAKANAN KEKAL HIDRAT UNTUK ELAK KULIT KERING SEMASA CUACA PANAS

Ruby
0
7 MAKANAN KEKAL HIDRAT UNTUK ELAK KULIT KERING SEMASA CUACA PANAS | Assalammualaikum semua. Cuaca panas sepanjang tahun 2023 amat dirasai. Walau tidak berbuat apa-apa, kita mudah berpeluh dan berasa panas dalaman. Akibatnya kita mudah jatuh sakit. Sama ada heat stroke, selsema, demam atau mendapat penyakit kulit. 

Masalah kulit kering pada hari ini bukan hanya tertumpu kepada kita golongan dewasa sahaja. Kanak-kanak dan warga emas juga tidak terkecuali. Bayangkan mereka yang ada masalah kulit seperti eczema, pasti gatal-gatal melarat. 

Perkara ini terjadi kepada Ruby, bahagian simetri lipatan seperti bawah ketiak, leher dan lain-lain menjadi kemerahan dan seterusnya iritasi. Kulit kering bukan tertumpu hanya di wajah sahaja. Ini melibatkan seluruh badan kita semua. Jadi jom kita mulakan gaya hidup sihat dengan 7 makanan kekal hidrat.

7 MAKANAN KEKAL HIDRAT UNTUK ELAK KULIT KERING SEMASA CUACA PANAS


Aria Novitasari Pakar Pemakanan, Ahli Lembaga Penasihat Dietetik dan Lembaga Pemakanan Luar, Herbalife Nutrition berkongsi tentang 7 jenis makanan kekal hidrat agar kita semua upgrade gaya hidup mengikut perkembangan cuaca pada hari ni.

Pada pendapat Ruby, Climate Change bukan musim, ia tidak akan kembalikan cuaca seperti zaman kita kecil dulu ya. Ia sudah berubah dan akan berubah lagi dari masa ke semasa. Kita harus bersedia dan sedar.

Membiarkan badan anda mengalami penyahhidratan adalah salah satu cara paling pantas untuk menyebabkan kekeringan kulit dan keadaan ini mungkin bertambah teruk akibat gelombang haba yang sedang melanda Malaysia. 

Kekeringan dialami kerana kulit mengandungi kira-kira 30 peratus air, yang memberikan ciri-ciri kegebuan, keanjalan dan ketahanannya. Kulit yang mendapat bekalan air secukupnya akan kelihatan lebih sihat. 

Terdapat banyak cara untuk memastikan penghidratan kulit pada tahap yang sewajarnya, seperti menggunakan produk penjagaan kulit yang bersesuaian dengan jenis kulit anda dan menikmati makanan yang baik untuk kesihatan kulit.

Jika kulit anda kelihatan kering, menggelupas atau rengsa, mungkin sudah tiba masanya untuk anda menilai semula tabiat makanan dan minuman anda. 


Setiap hari, pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air. Selain daripada air, minuman juga boleh termasuk teh, susu dan kopi. Kulit anda juga pasti lebih berseri jika anda menikmati diet yang kaya dengan antioksidan seperti Vitamin A, C dan E. 

Anda tertanya-tanya di mana untuk bermula? Berikut adalah senarai makanan yang mengandungi banyak air yang boleh anda cuba dalam cuaca panas yang diburukkan lagi oleh gelombang haba: 

1. TEMBIKAI


Tembikai ialah buah yang mengandungi banyak air (lebih daripada 90 peratus) dan mengandungi mineral dan fitokimia seperti likopena, vitamin C dan beta karotena – yang semuanya mampu menjaga kesihatan kulit . Malah, jika dibandingkan dengan tomato, strawberi atau jambu batu, tembikai membekalkan jumlah antioksidan yang tinggi. Anda boleh menikmati tembikai sepanjang tahun sebagai snek atau mencampurkan buah ini dengan ramuan lain untuk menyediakan minumansmoothie yang lazat dan menyegarkan. 

2. OREN


Buah-buahan mempunyai aneka rasa, termasuk masam dan manis, dan juga mempunyai tekstur yang berbeza. Oren sememangnya pilihan sesuai untuk dimasukkan dalam senarai beli-belah atau bakul buah anda di rumah. Seperti tembikai, oren mengandungi banyak air (80-89 peratus) dan juga vitamin C. Anda boleh makan oren di mana-mana dan mengupasnya tanpa memerlukan pisau. 

3. SAYUR


Ibu bapa kita selalu mengingatkan kita agar banyak makan sayur. Tahukah anda bahawa sayur juga memainkan peranan dalam kesihatan kulit? Sayur tertentu mempunyai kandungan air yang tinggi, seperti bayam (90-99 peratus) serta lobak merah dan brokoli (80-89 peratus). Pastikan sayur menjadi sebahagian daripada makanan harian anda. 

4. YOGURT


Adakah anda pernah terfikir bahawa selain daripada menyokong kesihatan penghadaman, yogurt juga membekalkan cecair kepada badan? Satu sajian yogurt mengandungi kira-kira 80-89 peratus air.


5. JERUK


Jeruk atau acar sering diambil sebagai pembuka selera dan sebagai penambah rasa. Tahukah anda bahawa jeruk juga membekalkan air dalam pemakanan keseluruhan anda? Jeruk mengandungi 90 peratus air. Jumlah ini diperolehi daripada proses penapaian yang merangkumi langkah menambah bentuk cecair dan perasa lain untuk membantu mengekalkan dan menambah kandungan air. 

6. SALAD BUAH DAN SAYUR


Pupuk tabiat baharu, seperti menikmati salad sebagai pembuka selera atau sebahagian daripada sajian anda. Anda boleh mencuba salad buah, salad sayur atau campuran kedua-duanya. Selain daripada membuka selera, salad yang mengandungi buah dan sayur segar juga membekalkan air kepada badan anda. Malah daun salad yang sering digunakan dalam salad sayur merangkumi lebih daripada 90 peratus air. 


7. SUP


Sup ialah satu lagi sajian pembuka selera yang boleh anda hidangkan di atas meja makan. Semangkuk sup panas sebelum makan malam boleh mempersiapkan sistem penghadaman anda untuk sajian utama. 

8. MINUMAN SMOOTHIE ATAU PROTEIN SHAKE


Pengambilan minuman shake ialah cara yang mudah dan berkesan untuk meningkatkan pengambilan cecair. Anda boleh menyesuaikan minuman mengikut cita rasa anda. Jika buah kegemaran anda tiada dalam senarai, anda boleh mencampurkan ramuan anda sendiri atau menambah serbuk protein. Banyak buah bukan sahaja mengandungi banyak air, tetapi turut membekalkan serat. 


Anda juga boleh menyediakan minuman shake mengikut cita rasa tempatan! Cuba campur dengan durian, yang terkenal sebagai raja buah di Malaysia dan mengandungi vitamin C dan B serta kalium yang tinggi. 
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !