CINTA LUAR BIASA ANDMESH KAMALENG BAKAL BIKIN JIWA GALAU DI KUALA LUMPUR

CINTA LUAR BIASA ANDMESH KAMALENG BAKAL BIKIN JIWA GALAU DI KUALA LUMPUR

Ruby
0
CINTA LUAR BIASA ANDMESH KAMALENG BAKAL BIKIN JIWA GALAU DI KUALA LUMPUR | Assalammualaikum semua! Siapa yang tidak mengenali Andmesh Kamaleng yang memiliki vokal gemersik bak buluh perindu. Nyanyiannya penuh penghayatan dan terus menusuk jiwa kita yang mendengarnya. 

Muzik video setiap lagi Andmesh Kamaleng yang penuh dengan seni juga memberi impak kepada kita yang menontonnya. Tahun ini, pada 4 Jun 2023, Ahad, 8.30 malam Andmesh Kamaleng bakal mengadakan konsert di Plennary Hall, Kuala Lumpur Convention Center. 

CINTA LUAR BIASA ANDMESH KAMALENG BAKAL BIKIN JIWA GALAU DI KUALA LUMPUR


Penyanyi dan pencipta lagu popular Indonesia Andmesh Kamaleng yang membawa genre Jazz, R&B Kontemporari dan Pop bakal mengadakan konsert di Malaysia. Siapa yang tidak mengenali penyanyi lagu viral 'Cinta Luar Biasa' dan 'Hanya Rindu' iaitu Andmesh Kamaleng. Beliau adalah anak kelahiran Pulau Alor, Nusa Tenggara Timur, Indonesia yang bergelar Juara di Rising Star Indonesi Musim Ke-2. Setelah kejayaan beliau pada 2017, nama Andmesh Kamaleng sering menjadi sebutan kerana memiliki bakat yang luar biasa.

Kini, beliau digelar sebagai penyanyi dan pencipta lagu popular. Malah, telah memenangi banyak anugerah serta pengiktirafan. Andmesh Kamaleng bakal ke Kuala Lumpur, Malaysia pada bulan Jun ini bagi mengadakan konsert pertamanya di Malaysia anjuran syarikat penganjur acara yang semakin popular, Kharisma Music. 

“Tidak sabar rasanya hendak menghiburkan peminat di Malaysia pada bulan Jun ini dalam sebuah konsert istimewa yang bertemakan cinta. Ini merupakan konsert pertama saya di Malaysia dan sudah lama saya idamkan untuk membuat persembahan di sana,” jelas pemilik nama sebenar Jeandmesh Antonio Kamaleng, 25 tahun. 

Berasal dari sebuah keluarga pemuzik, Andmesh memperoleh bakat semulajadinya dari mendiang bapanya yang merupakan seorang pemain keyboard profesional. 

“Sewaktu kecil, saya sering mengikuti ayah membuat persembahan di pentas dan minat dalam bidang muzik lahir secara semulajadi dari situ. Kemudian, pada tahun 2016 saya beranikan diri menyertai sebuah program pencarian bakat di Indonesia iaitu “Rising Star Indonesia Musim Ke-2” dan rezeki ternyata berpihak kepada saya apabila dinobatkan sebagai juara,” jelas Andmesh. 

Lagu “Cinta Luar Biasa' yang diambil dari album pertamanya dengan judul yang sama berjaya melonjakkan lagi namannya sehingga dikenali ramai di rantau Asia Tenggara, bukan itu sahaja lagu tersebut mendapat perhatian global apabila turut dinyanyikan semula dalam pelbagai bahasa, antaranya Inggeris dan juga Korea. 


Kini, Andmesh dan pemuzik dari Indonesia bakal hadir di Malaysia dalam sebuah konsert yang ditunggu-tunggu peminatnya di sini, kata Andmesh dalam nada yang teruja, “Sesungguhnya ini merupakan impian saya dari dahulu lagi untuk menghiburkan peminat di Malaysia, saya sudah persiapkan 'team' yang rapi agar semuanya berjalan dengan lancar. 

“Seramai 6 orang pemuzik profesional dari Indonesia bakal mengiringi saya ketika konsert itu nanti yang dijangkakan berlangsung selama 2 jam dengan kurang lebih 15 buah lagu yang dipersembahkan. 

“Konsep konsertnya nanti bertemakan cinta, saya mahu kesemua penonton konsert yang hadir merasakan “cinta” melalui muzik, lirik dan nada yang saya bawakan.

Setakat ini, segala persiapan menuju konsert sedang dijalankan dan 'team' Andmesh memastikan setiap pengunjung konsert merasai pengalaman yang maksimal. 

“Istimewanya pada konsert itu nanti, susunan muziknya juga akan mengalami perubahan, khas untuk peminat-peminat di Malaysia, jadi rugi bagi siapa tidak menghadirkan diri. Pastinya ada juga kejutan yang dipersembahkan nanti dan kalau hendak tahu kenalah beli tiket konsert nanti. 

“Saya berharap agar pengunjung konsert terkesan dengan lagu-lagu yang saya persembahkan, merasakan cinta dengan karya-karya saya, dan pulang ke rumah dengan memori yang indah. Jangan lupa dengan janji kita pada Jun tahun ini, salam sayang dari Andmesh Kamaleng,” akhiri Andmesh. 

SENARAI PLAYLIST LAGU ANDMESH KAMALENG


1. Jangan Rubah Takdirku (2017)
2. Cinta Luar Biasa (2018)
3. Hanya Rindu (2019)
4. Nyaman (2019)
5. Kumau Dia (2019)
6. Jangan Lupakan Aku (2019)
7. Sampai Tua Nanti (2019)
8. Senyumlah (2019)
9. Apalah Cinta (2020)
10. Tiba-Tiba (2021)
11. Bisa Tanpamu (2021)
12. Ego (2021)
13. Jangan Semudah Ini (2022)
14. Andaikan Kau Datang (2022)
15. Putus Tapi Cinta (2022)
16. Anugerah Terindah (2023)

HARGA TIKET KONSERT ANDMESH KAMALENG LIVE IN KUALA LUMPUR


Peminat Andmesh Kamaleng boleh dapatkan tiket konsert Andmesh Kamaleng Live In Kuala Lumpur sekarang. Boleh dikatakan tiket konsert ini lebih seronok kerana ada manfaat untuk setiap jenis tiket. Dapat poster, hadiah daripada penaja dan kalau nak bertemu Andmesh Kamaleng, anda boleh dapatkan tiket Anugerah Terindah. Harga tiket bermula RM 288 hingga RM 1288


Encik Ahmad Jeffny, CEO & Pengasas Kharisma Music , turut mengucapkan terima kasih kepada penaja utama “Kamya”, pengurusan bersama “HAPM", rakan sidang media The Curve & Royale Chulan, serta rakan radio, Era FM and GeGar FM serta semua yang terlibat. 

Dapatkan tiket konsert Andmesh Kamaleng Live In Kuala Lumpur di andmesh.ubertickets.asia 


Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !