SAMSUNG GALAXY A54 5G DAN GALAXY A34 5G: PENGALAMAN PALING HEBAT UNTUK SEMUA

SAMSUNG GALAXY A54 5G DAN GALAXY A34 5G: PENGALAMAN PALING HEBAT UNTUK SEMUA

Ruby
1
SAMSUNG GALAXY A54 5G DAN GALAXY A34 5G: PENGALAMAN PALING HEBAT UNTUK SEMUA | Assalammualaikum semua! Pasti ramai menantikan apakah kelebihan baharu siri Galaxy A dari Samsung. Ternyata telefon pintar ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan sejak diperkenalkan dahulu. Harga yang berbaloi dengan prestasi Awesome!

Ruby pasti ramai ingin memiliki telefon pintar ini untuk dijadikan hadiah kepada anak-anak memandangkan Ramadan dan Syawal bakal tiba. Anak-anak pasti gembira apabila menerima Samsung Galaxy A34 5G atau Galaxy A54 5G. 

SAMSUNG GALAXY A54 5G DAN GALAXY A34 5G: PENGALAMAN PALING HEBAT UNTUK SEMUA



Dengan paparan Samsung yang lebih cerah, kamera yang lebih canggih dan hayat bateri yang lebih lasak berbanding model sebelumnya, siri Galaxy A baharu menyampaikan teknologi mudah alih yang luar biasa untuk semua. 

SEOUL, Korea – Mac 15, 2023 - Samsung Electronics hari ini telah melancarkan Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G, dua telefon pintar inovatif yang memajukan lagi komitmen Samsung Galaxy untuk mencipta pengalaman mudah alih yang tiada berbanding. 

Tambahan terkini kepada siri Galaxy A yang popular ini membolehkan pengguna merakam video yang mantap, menatap kandungan paparan dengan jelas walaupun dalam keadaan pencahayaan yang terlampau terang dan bergiat bersama lebih banyak aktiviti kegemaran dengan hayat bateri yang menjangkaui tempoh penggunaan lebih daripada dua hari.

"Pengalaman mudah alih yang termaju semakin diperlukan untuk kehidupan seharian," kata TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan Mobile eXperience di Samsung Electronics. "Dengan penambah-baikan berterusan pada siri Galaxy A, kami komited meluaskan akses bagi inovasi transformatif kami kepada seramai mungkin orang di seluruh dunia."

TAK KIRA SIANG ATAU MALAM, TANGKAP GAMBAR HEBAT YANG DIPERTINGKATKAN DENGAN ALAT PENYUNTINGAN KREATIF


ak Kira Siang atau Malam, Tangkap Gambar Hebat yang Dipertingkatkan dengan Alat Penyuntingan Kreatif 

Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G menyampaikan imej yang menakjubkan dengan kualiti yang dipertingkatkan walaupun dalam keadaan pencahayaan yang terlampau terang, dengan menggunakan keupayaan Nightography dan AI terkemuka Samsung Galaxy.

Sama ada untuk rakaman swafoto yang sempurna atau bersambung melalui panggilan video yang tersangat lancar, Galaxy A54 menawarkan perincian visual yang menakjubkan berkat kamera hadapan 32MP.

Telefon pintar baharu ini menghasilkan video berkejelasan tinggi untuk rakaman kandungan yang hebat. Dengan menggunakan penstabil imej optikal (OIS) dan penstabil imej digital video (VDIS) yang mampu mencegah kekaburan akibat pengeggaran, pengguna boleh menghasilkan kandungan yang hebat dengan penuh keyakinan. 

Untuk pengembara si kutu embun dan penghasil kandungan dalam suasana pencahayaan malap, mod Malam membantu penangkapan visual yang lebih terperinci dengan memperluaskan saiz piksel kamera. 

Bagi pertama kalinya untuk peranti dalam siri Galaxy A, pengguna juga boleh menghapuskan bayang-bayang dan pantulan yang tidak diingini dalam rakaman dengan menggunakan alat penyunting imej yang dipertingkatkan.

NIKMATI PRESTASI HEBAT DENGAN PAPARAN MANTAP, 5G PANTAS DAN BATERI BERHAYAT PANJANG 


Kedua-dua peranti menampilkan paparan Super AMOLED yang mengasyikkan, bersaiz 6.4 inci pada Galaxy A54 5G dan 6.6 inci pada Galaxy A34 5G. Kedua-dua paparan ini telah dinaik taraf untuk memberikan keterlihatan yang menakjubkan, walaupun di bawah silau cahaya matahari. 

Dengan ciri Vision Booster yang dipertingkatkan dan kadar penyegaran semula 120Hz yang dipertingkatkan, paparan ini bersesuaian dengan pelbagai keadaan pencahayaan yang berbeza.

Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G juga dijamin peningkatan OS sehingga ke 4 generasi, kemaskini keselamatan untuk 5 tahun, dan waranti 2 tahun. Ciri-ciri ini membolehkan pengguna mengakses perisian, ciri keselamatan terkini, dan jaminan untuk memaksimumkan hayat penggunaan telefon pintar.

KEKAL BERHUBUNG TANPA RISIKO KESELAMATAN


Pengalaman mudah alih hanya terjamin dengan kehadiran ciri keselamatan yang mantap. Dengan Samsung Knox, data anda kekal tertanggung dengan keselamatan mudah alih bertahap gred pertahanan. 

Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G memberikan pengguna akses kepada Papan Pemuka Keselamatan dan Privasi, untuk memantau bagaimana apl menjejak data dan membolehkan kawalan pengumpulan data yang tidak diingini secara mudah. 

Perkongsian fail penting yang mengandungi maklumat sensitif atau peribadi dengan tahap privasi dan kawalan tertinggi juga khusus dilindungi ciri Private Share. Ciri ini membolehkan perkongsian fail hanya dengan penerima yang ditetapkan untuk had masa yang tertentu dan juga menawarkan perlindungan daripada tangkapan skrin tanpa kebenaran.

Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G juga serasi dengan ekosistem Samsung Galaxy yang menyediakan pengalaman bersambung yang lancar antara peranti.

SPESIFIKASI GALAXY A54 5G DAN GALAXY A34 5G


GALAXY A54 5G


Paparan:
✅️ FHD+ 6.4-inci
✅️ Paparan Super AMOLED
✅️ Kadar penyegaran 120Hz
✅️ Vision booster
* Ukuran menyerong saiz skrin ialah 6.4-inci dalam segi empat tepat penuh dan 6.3-inci merangkumi bucu bulat. Kawasan paparan terlihat yang sebenar adalah kurang disebabkan oleh bucu bulat dan lubang kamera.

Ukuran dimensi & Berat: 
✅️ 158.2 x 76.7 x 8.2mm, 202g

Kamera:
✅️ Kamera Ultra-Lebar 12MP
•F2.2
✅️ Kamera Utama 50MP
• F1.8, AF, OIS
✅️ Kamera Makro 5MP
• F2.4
✅️ Kamera Depan 32MP
• F2.2

AP:
✅️ Octa-core

Memori:
✅️ Memori 8GB + Storan 256GB
✅️ Storan boleh dikembangkan sehingga 1 TB dengan kad microSD
*Kapasiti storan sebenar yang tersedia tertakluk kepada perisian yang dipramuat.
*Pilihan memori mungkin berbeza mengikut pasaran.
*Kad MicroSD dijual berasingan. Ketersediaan ciri tertentu (seperti Memori dan Pemproses) mungkin berbeza mengikut pasaran dan pembawa.

Batteri: 
✅️ 5,000mAh (piawai)
*Nilai piawai diuji di bawah keadaan makmal pihak ketiga. Nilai piawai adalah anggaran nilai purata yang mengambil kira sisihan dalam kapasiti bateri antara sampel bateri yang diuji di bawah piawaian IEC 61960. Kapasiti terkadar (minimum) ialah 4,860mAh. Hayat bateri sebenar mungkin berbeza bergantung kepada keadaan rangkaian, corak penggunaan jumlah panggilan dan mesej, kekerapan pengecasan dan faktor lain.

OS:
✅️ Android 13
✅️ One UI 5.1
* Ketersediaan ciri, apl dan perkhidmatan One UI mungkin berbeza bergantung kepada versi OS.

Keselamatan:
✅️ Samsung Knox

GALAXY A34 5G


Paparan:
✅️ FHD+ 6.6-inci
✅️ Paparan Super AMOLED
✅️ Kadar penyegaran 120Hz
✅️ Vision booster
* Ukuran menyerong saiz skrin ialah 6.6-inci dalam segi empat tepat penuh dan 6.4-inci merangkumi bucu bulat. Kawasan paparan terlihat yang sebenar adalah kurang disebabkan oleh bucu bulat dan lubang kamera.

Ukuran dimensi & Berat:
✅️ 161.3 x 78.1 x 8.2mm, 199g

Kamera:
✅️ Kamera Ultra-Lebar 8MP
• F2.2
✅️ Kamera Utama 48MP
• F1.8, AF, OIS
✅️ Kamera Makro 5MP
• F2.4
✅️ Kamera Depan 13MP
• F2.2

AP:
✅️ Octa-Core 
Memori  
✅️ Memori 8GB + Storan 256GB
✅️ Storan boleh dikembangkan sehingga 1 TB dengan kad microSD
*Kapasiti storan sebenar yang tersedia tertakluk kepada perisian yang dipramuat.
*Pilihan memori mungkin berbeza mengikut pasaran.
*Kad MicroSD dijual berasingan. Ketersediaan ciri tertentu (seperti Memori dan Pemproses) mungkin berbeza mengikut pasaran dan pembawa.

Batteri:
✅️ 5,000mAh (piawai)
* Nilai piawai diuji di bawah keadaan makmal pihak ketiga. Nilai piawai adalah anggaran nilai purata yang mengambil kira sisihan dalam kapasiti bateri antara sampel bateri yang diuji di bawah piawaian IEC 61960. Kapasiti terkadar (minimum) ialah 4,905mAh. Hayat bateri sebenar mungkin berbeza bergantung kepada keadaan rangkaian, corak penggunaan jumlah panggilan dan mesej, kekerapan pengecasan dan faktor lain.

OS:  
✅️ Android 13
✅️ One UI 5.1
* Ketersediaan ciri, apl dan perkhidmatan One UI mungkin berbeza bergantung kepada versi OS.

Keselamatan:
✅️ Samsung Knox

HARGA DAN KETERSEDIAAN

Galaxy A54 5G akan tersedia dalam empat pilihan warna, termasuk Awesome Lime, Awesome Graphite, Awesome Violet dan Awesome White. Galaxy A34 5G akan tersedia dalam empat pilihan warna, termasuk Awesome Lime, Awesome Graphite, Awesome Violet dan Awesome Silver. 

Untuk maklumat lanjut tentang siri Galaxy A, sila layari:


Catat Ulasan

1Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Wow so many functions and features that i like about this model, and price point pun affordable

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !